mpp_ibest

mpp_ibest

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from mpp_ibest, Youth Organization, Kompleks Imtiaz, Jerteh.

02/08/2025
20/06/2025

🌟Assalamualaikum wbt🌟

Alhamdulillah dengan kurniaan Allah SWT kami MPM Ibest mengucapkan Syabas dan Tahniah kepada Siti Aisyah, Shuhadaa’, Rabiatul Adawiyah, Nik Aisya Faqihah dan semua ahli Kawad Kaki KRS diatas pencapaian NAIB JOHAN Pertandingan Kawad Kaki Sekolah Menengah Peringkat Daerah Besut Tahun 2025 yang berlangsung pada 19 Jun 2025 (Khamis) dengan bimbingan daripada Ustaz Fathi Yakan bin Zakaria.

Didoakan semoga anak solehah pintar Siti Aisyah, Shuhadaa’, Rabiatul Adawiyah, Nik Aisya Faqihah dan semua ahli Kawad Kaki KRS, turut mendapat kejayaan pada peringkat seterusnya.

Semoga dengan pencapaian hebat ini dapat membina lebih ramai pemimpin muda yang soleh-solehah dan berketerampilan pada masa hadapan.

Insya-Allah

💛

/26🌟

09/06/2025

🌟Assalamualaikum wbt🌟

Kami MPM Ibest mengucapkan takziah dan rasa dukacita yang amat mendalam atas insiden tragis kemalangan bas yang melibatkan pelajar UPSI di Jalan Gerik–Jeli, berhampiran Tasik Banding pada pagi 9 Jun 2025.

Tragedi ini turut mengorbankan seorang insan mulia yang amat dikasihi, berakhlak sopan, solehah serta merupakan Hafizah Al-Quran 30 Juzu’, iaitu Nurly Sahirah binti Azman, alumni SM Imtiaz YT Besut, lepasan tahun 2023. Kehilangan beliau merupakan satu tamparan hebat buat kami semua. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin.

Kami juga menzahirkan doa penuh pengharapan agar dua lagi alumni Imtiaz Besut yang tercedera dalam kejadian ini:
• Nurul Atirah binti Zakaria (SPM 2019),
• Mohd Amirul Fadhli bin Zulkiflie (SPM 2003),

diberikan kesembuhan yang sempurna, kekuatan jiwa, serta ketabahan menghadapi ujian yang berat ini.

Al-Fatihah buat yang telah pergi, dan doa tidak putus buat mereka yang sedang berjuang.

doa kami sentiasa bersama kalian. 🤲🏻

💛

Photos from mpp_ibest's post 04/04/2025
Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Jerteh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Kompleks Imtiaz
Jerteh