Jom Masak

Jom Masak

Share

All about cooking..Koleksi resipi di sini sekadar apa yang saya pernah buat dan untuk rujukan sendiri

09/09/2025

Pulut kuning

Tips pulut kuning tahan lama dan tak cepat basi-
1- Rendam beras pulut dengan air sejuk
2-Masukkan garam kasar 2 atau 3 butir
3-Rendamkan asam keping bersama beras pulut
4-Rendam sekurang-kurangnya 6 jam
5-Pastikan sebelum di rendam wajib di bilas atau dibilas sehingga hilang air keruh. Bilas hingga
air jernih. Baru direndam
6.Semasa rendam letak sekali 2 sudu kunyit serbuk

Kaedah Kukus Beras Pulut-
1- Kukus pertama
Beras pulut dicampur bersama sedikit minyak
masak dan dikukus selama 10 minit.
2. Air Kukusan
Pastikan air kukusan betul-betul mendidih baru
letakkan pengukus beras pulut.
Letakkan 3 atau 4 helai Daun pandan di dalam air pengukus supaya wap air naik ke permukaan
atas.
3. Semasa mengukus
Langkah kukusan pertama 10 minit
rehatkan seketika sebelum mengukus kali ke-2
Langkah kukusan kedua 20 minit-
Pulut dicampur bersama:
1/2 cawan Minyak atau Marjerin
Pewarna kuning telur
200ml Santan
2 cawan air
1 sudu kecil garam
4. Beras pulut nampak berkilat
Campurkan sedikit minyak atau marjerin bagi
kilat pulut kuning tersebut.
Campurkan sedikit pewarna kuning telur bagi
naikkan lagi seri pulut tersebut.
Pulut kuning akan nampak sebiji-sbiji bila dihias.
Tidak perlu risau walaupun pulut kuning nampak
Berbiji tapi tekstur sangat lembut.
(Terima kasih pd yg sudi berkongsi resepi - cuma panjangkan aje - semoga Pahala mengalir seperti air Sungai Nil kpd Pemilik Resepi Amin. Mohon dihalal kan Resepi yg kami kongsi)

02/06/2025

Marble Jelita

Resepi Kek Marble Jelita Ayu Confirm Jadi

Hari ni ariana nak share resepi kek marble kesukaan umie ariana. Kat bawah ni ariana akan bagi 3 cara untuk buat kek marble menggunakan resepi yang sama iaitu bakar (atas nampak cantik), bakar biasa dan kukus.

Cara membuat 👇

Want your school to be the top-listed School/college in Jertih?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Jertih
22000