Sk Kota Rentang, Alor Setar.

Sk Kota Rentang, Alor Setar.

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sk Kota Rentang, Alor Setar., School, Jitra.

22/05/2026

πŸ“šβœ¨ Selamat Bercuti Penggal buat seluruh murid-murid hebat SK Kota Rentang! βœ¨πŸ“š

Bermula 22 Mei hingga 6 Jun, manfaatkan cuti ini dengan sebaiknya. Rehatkan minda, luangkan masa bersama keluarga, bantu ibu bapa di rumah dan jangan lupa ulang kaji pelajaran agar sentiasa bersedia apabila kembali ke sekolah nanti. 😊

Walau bercuti, jaga disiplin, keselamatan dan kesihatan diri di mana sahaja anda berada. Semoga semua murid SK Kota Rentang sentiasa dalam lindungan Allah dan kembali ke sekolah nanti dengan semangat yang lebih ceria dan bersemangat! πŸ’ͺπŸŽ’

Selamat bercuti dan jumpa lagi nanti warga kecil SK Kota Rentang! 🌸🏫

Photos from Sk Kota Rentang, Alor Setar.'s post 21/05/2026

🌹 *Sambutan Hari Guru SK Kota Rentang 2026* 🌹
πŸ“… 21 Mei 2026 | Khamis

Alhamdulillah, sambutan Hari Guru di SK Kota Rentang pada hari ini berlangsung dengan penuh meriah, ceria dan penuh makna. Lebih istimewa apabila tema pakaian *retro* menjadi pilihan guru-guru dan murid-murid yang tampil sporting dengan pelbagai gaya klasik dan unik, sekaligus memeriahkan suasana sambutan tahun ini. πŸ•ΊπŸŽ‰πŸ‘—

Majlis dimulakan dengan perarakan masuk guru-guru, AJK PIBG serta staf sekolah yang disambut penuh semangat oleh murid-murid. Seterusnya majlis diteruskan dengan bacaan doa bagi memohon keberkatan dan kelancaran sepanjang program berlangsung.

Turut memeriahkan majlis ialah ucapan daripada Ketua Murid yang begitu menyentuh hati serta ucapan daripada Puan Norani Ismail, Guru Besar SK Kota Rentang yang penuh dengan kata-kata semangat dan penghargaan buat semua warga pendidik.

Majlis diteruskan lagi dengan bacaan perutusan Hari Guru oleh GPK HEM dan GPK Kokurikulum, diikuti bacaan ikrar guru serta nyanyian lagu *Kami Guru Malaysia* yang membangkitkan rasa bangga menjadi seorang pendidik. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŽΆ

Pelbagai persembahan murid yang menarik berjaya menceriakan suasana majlis. Gelak tawa dan sorakan turut menghangatkan acara sukaneka guru yang berlangsung dengan penuh sporting dan semangat kekeluargaan. πŸ˜„πŸŽŠ

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan murid sebelum melabuhkan tirai pada jam 12.45 tengah hari dengan penuh kenangan indah dan penghargaan buat semua guru yang tidak pernah jemu mendidik anak bangsa.

🌷 *Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru, murid, AJK PIBG, staf sekolah serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Sambutan Hari Guru SK Kota Rentang 2026.*

❀️ *Tema Retro, Memori Indah Selamanya*
β€œGuru Bitara, Pemacu Negara Madani”

19/05/2026

Assalamualaikum. Pihak sekolah akan mengadakan program seperti berikut:

πŸ“Œ Program: Ihya’ Aidiladha – Menyemai Nilai Pengorbanan
πŸ“… Tarikh: 20 Mei 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 10:15 pagi - 12.45 tgh hari
🏫 Tempat: SK Kota Rentang

🎯 Aktiviti yang akan dijalankan:
* 🎨 Pertandingan Mewarna (murid diminta bawa pensel warna)
* 🎀 Ceramah
* ❓ Kuiz

Program ini bertujuan untuk menyemai nilai pengorbanan serta membentuk sahsiah mulia dalam kalangan murid.

πŸ“*Aktiviti Kokurikulum pada minggu ini ditangguhkan*

Harap maklum

19/05/2026

18 Mei 2026.
Alhamdulillah, tahniah kepada dua atlit SK Kota Rentang yang telah berjaya menjadi Johan dan ketiga dalam Kejohanan Olahraga Zon PKG Alor Janggus.

Lompat Jauh 3P

Emas: Nur Zara Saffiya Binti Azizan
Gangsa: Nur Syifa Binti Mohd Muzni

Photos from Sk Kota Rentang, Alor Setar.'s post 10/05/2026

Terima kasih dan syabas kepada En. Mohd Yusuf atas usaha kreatif menjadikan laluan di kawasan sekolah sebagai kebun sayur, khususnya tanaman kacang panjang.

Inisiatif ini bukan sahaja menceriakan persekitaran sekolah, malah telah mula membuahkan hasil yang boleh dinikmati bersama. Ia juga menjadi contoh terbaik bagaimana ruang terhad boleh dimanfaatkan untuk aktiviti pertanian kecil yang memberi impak besar kepada warga sekolah.

Semoga usaha seperti ini terus diperkasa dan menjadi inspirasi kepada murid-murid untuk mencintai alam sekitar serta belajar menghargai hasil tanaman sendiri.

Tahniah dan terima kasih sekali lagi! πŸŒ±πŸ‘

Photos from Sk Kota Rentang, Alor Setar.'s post 07/02/2026

✨ SEKALUNG PENGHARGAAN & UCAPAN TERIMA KASIH ✨

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung PIBG SK Kota Rentang Kali Ke-47 Tahun 2026 telah berlangsung dengan lancar dan jayanya.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada Dato’ Wira Othman bin Aziz, DGMK, DSDK, Pengerusi Aktiviti KEMAS Jerlun atas kesudian hadir serta merasmikan mesyuarat ini.

Kehadiran dan sokongan Dato’ amat bermakna dan menjadi suntikan semangat kepada seluruh warga sekolah.

Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa dan waris yang sudi meluangkan masa untuk hadir, memberi komitmen serta sokongan padu demi kecemerlangan anak-anak dan sekolah tercinta.

Penghargaan turut ditujukan kepada AJK PIBG SKKR atas kerjasama erat, idea dan komitmen yang berterusan dalam menjayakan program ini.

Akhir kata, terima kasih kepada seluruh barisan guru dan warga kerja SK Kota Rentang atas usaha, pengorbanan dan kerjasama yang tidak berbelah bahagi.
Semoga segala usaha ini diberkati dan hubungan silaturahim antara sekolah dan komuniti terus kukuh demi kecemerlangan bersama. 🌟

Want your school to be the top-listed School/college in Jitra?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Jitra
06000