Team Building Kedah
Team Building & Soft Skills Trainer | Helping Organizations Build High-Performance Teams | Leadership Development Expert.
12/02/2026
Alhamdulillah selesai program team building bersama Serba KREATIF Sdn Bhd di Al Qarni Resort and Recreation
Kaizan Nazlan | www.teambuildingkedah.com
09/01/2026
MASTER BUSINESS CARD WORKSHOP
Bengkel intensif penghasilan buku berimpak tinggi untuk founder, jurulatih professional, pendidik & pemimpin industri
Detail di ruangan komen
Kaizan Nazlan | www.teambuildingkedah.com
Bina Diri, Bina Pasukan & Bina Legasi
06/01/2026
Pagi ini aku berada di Teratak Al-Qarni, Jitra Kedah.
Aku termenung sekejap. Menghirup udara segar pagi
Suasana awal pagi ini sunyi. Yang ada hanya suara burung. Pekerja pun belum masuk
Tempat yang sebelum ini penuh dengan manusia, gelak tawa, arahan fasilitator, dan semangat berpasukan…
hari ini ia kembali tenang.
Menariknya, rasa takut itu tak muncul. Ia kosong sebab kami baru selesai satu program team building bersama sebuah syarikat besar.
Dulu aku pernah anggap sunyi itu petanda bahaya.
Sekarang aku faham, sunyi itu petanda peralihan fasa.
Dalam hidup, kita selalu keliru.
Kita sangka “ramai” itu berjaya,
dan “kosong” itu bermasalah.
Sedangkan hakikatnya, hidup memang bergerak dengan naik dan turun. Kosong itu adalah fasa "pause" untuk kita realign balik gerak kerja kita.
Hari ini aku sedar satu perkara penting.
Kosong ini bukan untuk ditakuti.
Kosong ini adalah ruang untuk aku fokus balik.
Duduk diam, bernafas dan menyusun semula arah.
Ruang yang ada inilah, adalah ruang untuk aku mula berfikir tentang hala tuju hidup dan perjuangan aku untuk tahun 2026.
Kalau kau sedang berada di fasa sunyi hari ini,
jangan cepat mengalah.
Mungkin itu ruang yang Tuhan beri supaya kau boleh nampak jalan dengan lebih jelas.
Percaya pada jalan yang kau pilih.
Teruskan melangkah walaupun perlahan.
Dan lakukan yang terbaik walaupun tiada siapa sedang melihat.
Kerana setiap turun naik itu bukan untuk menjatuhkan kita,
tetapi untuk menguatkan jiwa kita.
Kaizan Nazlan | www.teambuildingkedah
We build, we bond and we bound. Together we create a BIG legacy
Alhamdulillah, selesai program team building bersama team Sarinani (Perodua & Petron)
P.A.D.U!
Kaizan Nazlan | www.teambuildingkedah.com
20/12/2025
Kepuasan bagi aku bukan semata mata wang ringgit. Apabila kita dapat deliver nilai yang terbaik untuk client kita, mereka sangat berpuas hati, dan mereka nak datang lagi, perasan itu melebihi nilai wang itu
Kami S**a!
Kaizan Nazlan | www.teambuildingkedah.com
19/12/2025
MISI BERSAMA
Bersama kita menawan puncak KEJAYAAN. Bersama team DK Speed & Panama Automotif
Kaizan Nazlan | www.teambuildingkedah.com
07/12/2025
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Team Building bersama geng FFM FARM di Teratak Al Qarni . We grow stronger
Kaizan Nazlan | www.teambuildingkedah.com
Mencabar betul guna Stand Up Paddling (SUP), akhirnya jadi Stand Down Paddling sahaja. Berapa Kali jatuh tak ingat dah, berapa kali tertelan air tak tahu lah. Yang pasti, ia sangat menyeronokkan dengan air yang sejuk. Fuh
Yang berminat nak buat team building & aktiviti air di sekitar Jitra, roger jer. Kita sembang-sembang
Kaizan Nazlan | www.teambuildingkedah.com
Kayak & Standing Up Paddling untuk aktiviti air di sini. Jom kita set!
www.teambuildingkedah.com
26/11/2025
“Moment Kecil Yang Akan Dirindui”
Asbab rumah pengasuh dimasuki air, maka aku kena bawa dua ketul ini ke Teratak Al Qarni. Tempat untuk buat family day & team building
Dalam 5 min sahaja mereka landing kaki di sini, habis berselerak pejabat aku.
Namun!
Aku hargai moment ini, cukup mahal, cukup berharga. Arwah ayah aku pernah kata antara benda mahal dalam hidup ini adalah melihat anak-anak membesar.
Sangat betul.
Hari ini anak-anak ini dekat dengan kita, main blok dan bersepah. Esok lusa mereka dah pandai kemas, dan mereka tinggal berjauhan dari kita.
huhuhu..anak anak ku...janganlah membesar.
Hargai, hayati dan nikmati moment ini
Kaizan Nazlan
www.teambuildingkedah.com
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Address
Sri Awanaz 1
Jitra
06000