Green Resource Recovery Sdn Bhd

Green Resource Recovery Sdn Bhd

Share

Recycling Facility and Waste Management

01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Semoga Allah SWT mengurniakan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja kesejahteraan, kesihatan yang berpanjangan dan keberkatan dalam memayungi negara tercinta.

Dirgahayu Tuanku. Daulat Tuanku. Menjunjung Kasih Tuanku.

Sembah Takzim Daripada
Ahli Lembaga Pengarah, Pihak Pengurusan dan Seluruh Warga Kerja E-Idaman Group of Companies

Photos from Green Resource Recovery Sdn Bhd's post 15/04/2026

Raikan Syawal Bersama GRRSB

JITRA, 13 April 2026 – Suasana penuh meriah jelas terasa dengan penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Green Resource Recovery Sdn Bhd (GRRSB) yang bertemakan “Raikan Syawal Bersama GRRSB” yang berlangsung di BDB Glass Hall, Tasik Darulaman di sini, baru-baru ini.

Seawal pagi, semua kakitangan GRRSB telah bertungkus lumus melakukan pelbagai persiapan bagi memastikan kelancaran majlis, daripada penyediaan tempat hinggalah kepada susun atur dewan. Kerjasama erat yang ditunjukkan mencerminkan semangat kekeluargaan yang kukuh dalam kalangan warga syarikat.

Pelbagai hidangan istimewa disediakan untuk para tetamu, antaranya nasi putih bersama ayam masak masala, daging masak pasamah, acar buah serta pilihan makanan sampingan seperti mi rebus, air batu campur (ABC) dan sate. Tidak ketinggalan menu tradisi Hari Raya iaitu ketupat, lemang dan rendang yang menjadi tarikan utama.

Majlis tersebut berjaya menarik kehadiran hampir 300 tetamu yang terdiri daripada kakitangan. Keindahan lokasi yang menghadap Tasik Darulaman turut menambahkan lagi seri suasana, menjadikan sambutan lebih santai dan menyeronokkan.

Suasana bertambah ceria dengan kehadiran En. Zaki Abd Aziz Daud Ketua Pegawai Eksekutif E-Idaman Sdn Bhd, bersama isteri. Turut hadir ialah En. Mokhtarrudin Mohd Salleh, Ketua Sokongan Perniagaan, En. Munir Amani Dasheer, Ketua Operasi, serta En. Muhammad Idzham Kamaruddin, Ketua Kewangan dan Komersial.

Penganjuran program seperti ini diharap dapat terus mengeratkan jalinan silaturahim dan semangat kekitaan dalam kalangan kakitangan, seterusnya memperkukuh kerjasama dalam organisasi pada masa hadapan.

















Jangan lupa ikuti TWITTER : ;
https://twitter.com/envidaman
Jangan lupa follow Instagram : e-idaman ; https://www.instagram.com/envidaman
FACEBOOK : E-Idaman Sdn Bhd ; https://www.facebook.com/envidaman/
https://www.tiktok.com/...

Photos from E-Idaman Sdn Bhd's post 06/04/2026

Tahniah dan syabas diucapkan.

21/03/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1447H / 2026M.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1447H / 2026M

Sempena ketibaan bulan Syawal, bulan kemenangan setelah sebulan menunaikan ibadah puasa, Ahli Lembaga Pengarah, Pihak Pengurusan, dan seluruh warga kerja E-Idaman Sdn Bhd ingin mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri” kepada seluruh umat Islam.

Mari kita raikan Syawal dengan semangat bermaafan, mempeerat silaturahim, dan menghayati keberkatan serta kesejahteraan yang dibawa oleh bulan yang mulia ini. Semoga sambutan Aidilfitri tahun ini dipenuhi keceriaan dan kebahagiaan untuk semua.

18/02/2026

MARHABAN YA RAMADAN 1447H | 2026M

MARHABAN YA RAMADAN 1447H | 2026M

Selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak.

Semoga bulan yang penuh keberkatan ini membawa rahmat, keampunan dan ketenangan buat kita semua.
Marilah kita memperbanyakkan amal ibadah serta menyemai nilai kebersihan dan tanggungjawab dalam kehidupan seharian.

Ikhlas daripada,
Ahli Lembaga Pengarah, Pihak Pengurusan serta seluruh warga kerja E-Idaman Group of Companies

Want your business to be the top-listed Business in Jitra?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


PLOT 19, DARUL AMAN INDUSTRIAL Estate, BANDAR DARUL AMAN
Jitra
06000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00