SSN KEDAH BATCH 2013

SSN KEDAH BATCH 2013

Share

TEAM BOLA SEPAK SSN KEDAH

20/03/2026

🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026 🌙

Dari SSN KEDAH Batch 2013, kami mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin kepada semua warga, sahabat, dan keluarga. Semoga hari yang mulia ini membawa kebahagiaan, keamanan, dan keberkatan dalam hidup kita semua.

15/03/2026

Alhamdulillah, selesai sudah perlawanan persahabatan yang berlangsung dengan semangat kesukanan yang tinggi.

Keputusan penuh perlawanan:
SSN Kedah 1️⃣ – 0️⃣ SSN Perlis

Tahniah kepada pasukan SSN Kedah atas kemenangan ini, dan syabas juga kepada SSN Perlis yang memberikan saingan sengit sepanjang perlawanan. Perlawanan ini bukan sahaja menguji kemampuan pemain, malah menjadi medan menimba pengalaman serta mengeratkan hubungan antara kedua-dua pasukan.

Terima kasih kepada semua jurulatih, pemain dan penyokong yang hadir memberi sokongan. Semoga terus maju jaya pada perlawanan akan datang! 💪⚽

12/03/2026
11/03/2026

🔥 FRIENDLY GAME 🔥
SSN KEDAH U13 🆚 SSN PERLIS U13

Satu lagi aksi persahabatan yang pasti menarik untuk disaksikan! 💪⚽
Ayuh hadir beramai-ramai memberi sokongan kepada pasukan muda SSN Kedah U13 yang akan turun menentang SSN Perlis U13.

📅 14 Mac 2026 (Sabtu)
⏰ 9.30 Malam – Kick Off
🏟️ Stadium Mini Jitra

Kehadiran anda semua pasti memberi semangat tambahan kepada pemain-pemain untuk mempamerkan aksi terbaik di padang. 🔥👏

Lawati TikTok untuk meneroka video! 05/03/2026

Lawati TikTok untuk meneroka video! Tonton, ikut dan terokai lebih banyak kandungan sohor kini.

04/03/2026

🔥⚽ AYUH PENYOKONG SSN KEDAH! ⚽🔥

Saksikan perlawanan persahabatan penuh aksi dan semangat juang 💪

FRIENDLY GAME
SSN KEDAH U13 🆚 DUCK KEDAH U15

📅 5.3.2026 (KHAMIS)
⏱️ 10.00 MALAM – KICK OFF
🏟️ STADIUM ARENA MPKP

Inilah masa untuk kita tunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pemain muda SSN Kedah! 💛💚
Sorakan anda adalah pembakar semangat mereka di atas padang!

Jom penuhkan stadium dan cipta suasana yang luar biasa! 🙌🔥

19/02/2026

🌙✨ SALAM RAMADHAN 1447H | SSN KEDAH BATCH 2013 ✨🌙

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua warga SSN Kedah dan rakan-rakan Batch 2013 🤍

Alhamdulillah, kita dipertemukan lagi dengan bulan yang penuh keberkatan, Ramadhan Al-Mubarak.

SSN Kedah Batch 2013 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua sahabat, guru, jurulatih dan keluarga tersayang. Semoga Ramadhan kali ini membawa rahmat, keampunan dan keberkatan dalam setiap langkah kehidupan kita.

Walaupun masa memisahkan kita dengan haluan masing-masing, kenangan bersama tetap terpahat kukuh. Moga bulan yang mulia ini menjadi ruang untuk kita memperbaiki diri, mengeratkan silaturahim dan saling mendoakan kejayaan antara satu sama lain.

🤲 Semoga dipermudahkan ibadah puasa kita
🤲 Dikurniakan kesihatan dan ketenangan
🤲 Dipertemukan dengan Lailatul Qadar

Selamat Berpuasa & Salam Ramadhan Al-Mubarak

Ikhlas daripada,
💚 SSN Kedah Batch 2013 💚

Photos from SSN KEDAH BATCH 2013's post 13/02/2026

SOROTAN PERLAWANAN PERSAHABATAN TIGA PENJURU

Perlawanan persahabatan tiga penjuru yang melibatkan pasukan
🏫 SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman (TATAR)
🏫 SMK Pendang
🏫 SMK Tanah Merah

telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh semangat kesukanan dan persahabatan.

Setiap pasukan mempamerkan aksi terbaik, disiplin tinggi serta kerjasama berpasukan yang mantap sepanjang perlawanan. Perlawanan ini bukan sahaja menjadi medan menguji strategi dan kecergasan pemain, malah mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara sekolah-sekolah yang terlibat.

Tahniah dan syabas kepada semua pemain, jurulatih dan ibu bapa serta pihak pengurusan yang menjayakan program ini. Semoga pengalaman ini menjadi pemangkin untuk prestasi yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Jitra?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Jitra