Akademi ProSilat
Pusat Latihan Silat Pintar
"Smart Silat Training Centre"
18/05/2026
PENYERTAAN JURULATIH AKADEMI PROSILAT PERKUKUH KREDIBILITI WASIT & JURI KEBANGSAAN
Seramai 37 peserta daripada pelbagai perguruan silat telah menyertai Kursus Wasit & Juri Kelas 3 Kebangsaan serta Naik Taraf Kelas 2 & 1 Kebangsaan yang berlangsung pada 3 hingga 6 Februari 2026.
Daripada jumlah tersebut, tiga orang jurulatih Akademi Prosilat telah lulus dengan jayanya, sekali gus memperkukuh kredibiliti dan profesionalisme mereka dalam dunia persilatan.
Kursus ini dianjurkan oleh Persatuan Silat Kebangsaan Negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor serta Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), sebagai usaha berterusan memperkukuh jaringan persilatan di peringkat negeri dan kebangsaan.
Pencapaian ini menjadi bukti komitmen berterusan dalam memperkukuh kredibiliti persilatan, sekali gus mengangkat martabat silat ke peringkat lebih tinggi.
__________________________
Ikuti kami di media sosial Akademi ProSilat untuk info dan video yang menarik dan layari www.prosilat.org untuk maklumat lanjut.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Website
Address
NO. 34-01, Jalan PULAI MAKMUR 5/1, BANDAR BARU KANGKAR PULAI, SKUDAI BAHRU
Johor Bahru
81300
Opening Hours
| Friday | 09:00 - 23:30 |
| Saturday | 09:00 - 05:30 |