SIGS Rendah
OFFICIAL PAGE SK (P) SULTAN IBRAHIM
(2024-2025)
22/12/2025
MAJLIS TAMAT BELAJAR KELAB SRIKANDI TARI SKPSI
Tarikh : 19/12/2025 (Jumaat)
Masa : 2:15 ptg -4:00 ptg
Tempat : Dewan Srikandi
Seramai 45 orang murid Srikandi Tari SKPSI telah menamatkan Program Pembelajaran Tarian sebanyak 12 kali kelas yang merangkumi tarian Zapin, Joget dan Inang. Kesemua murid telah berjaya menguasai teknik asas tarian dengan baik.
Sepanjang tahun 2025, murid-murid Srikandi Tari telah menyertai pelbagai pertandingan dan persembahan bermula dari peringkat daerah hingga ke peringkat antarabangsa.
Majlis ini diadakan bagi menghargai segala usaha, komitmen serta penat lelah mereka sepanjang tahun 2025.
Semoga Srikandi Tari SKPSI akan terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.
🎓 MAJLIS APRESIASI TAHUN 6 & PRASEKOLAH 🎓
SK (P) Sultan Ibrahim Menobat Kecemerlangan, Mengilhami Generasi Bitara
📅 Tarikh: 13 Disember 2025
📍 Tempat: New York Hotel
🔖 Majlis Apresiasi Tahun 6 & Prasekolah merupakan acara penghargaan bagi meraikan murid-murid bitara cemerlang dalam pelbagai aspek merangkumi akademik, sahsiah, kepimpinan dan kokurikulum, termasuklah penyampaian Anugerah Khas Puteri SIGS. Majlis ini dirasmikan oleh YB Suhaizan bin Kayat, Ahli Parlimen Pulai, sebagai manifestasi sokongan terhadap usaha memperkasa kecemerlangan pendidikan holistik.
🔖 Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada Hajah Rosmawati binti Mohamed, Guru Besar SIGS, barisan GPK, PIBG, jawatankuasa majlis, ibu bapa dan murid-murid Tahun 6 atas komitmen dalam menjayakan program ini. 🌟🤝
------------------------------------------------------
UNIT PUBLISITI DAN MULTIMEDIA
SK (P) SULTAN IBRAHIM
18/12/2025
https://www.youtube.com/live/KmUJ_37dgMI?si=pVPC8jVSZpX5CkBz
PERSARAAN CIKGU ROZANA BINTI MD.TAIB@SANIN PERSARAAN CIKGU ROZANA BINTI MD TAIB@SANIN 1989-2025
14/12/2025
📢 MAKLUMAN CUTI SEMPENA KEJAYAAN PASUKAN BOLA SEPAK JDT MENJUARAI PIALA FA 2025 ⚽🏆
Dengan ini diisytiharkan bahawa Isnin, 15 Disember 2025 sebagai cuti peristiwa sempena kejayaan Pasukan Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala FA 2025.
Sehubungan dengan itu, murid-murid akan kembali bersekolah seperti biasa pada Selasa, 16 Disember 2025.
Sekian, terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.
Info Pentadbiran
SK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru
10/12/2025
♻️PERTANDINGAN INOVASI STEM BOTOL KACA♻️
CABARAN KACA PUN BOLEH
PERINGKAT NEGERI JOHOR
Tarikh : 2 Disember 2026
Anjuran :
SWM Environment
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Yayasan JCORP
Syabas dan tahniah diucapkan
🥈 NAIB JOHAN
1. ATIKA FAIRUZ KHALIFA BINTI FAIYAZ ALI (6AFNAN)
2. NURSYAHIRAH BINTI AZME (6AKMAL)
3. DHAMIA AZZHAFIRAH BINTI MOHD GHAZALI (5AFNAN)
3. QAIRA IMAAN BINTI MUHAMAD ZULKARNAIN (5AFNAN)
Guru Pembimbing :
Cikgu Khasnor binti Kamdi
Cikgu Ahmad Nazir bin Hamzah
Semoga pertandingan ini memberi manfaat kepada daya kreativiti dan inovasi dan dalam usaha pendidikan STEM dan kelestarian.
🥗SHOWCASE CHOOSE HEALTHY, GROW
MIGHTY 🥗
Hari: Rabu
Tarikh: 3 Disember 2025
Masa: 7.20 pagi – 12.50 tengah hari
SK (P) Sultan Ibrahim telah melaksanakan Program Showcase Choose Healthy, Grow Mighty untuk memperkukuh kesedaran murid tentang pemakanan berkhasiat melalui aktiviti yang bersifat informatif dan praktikal.
Pengisian program:
🎤 Persembahan murid
🍽️ Ceramah “Sarapan Sihat dengan Planta”
👩🍳 Demonstrasi masakan Planta
🍳 Aktiviti memasak bersama murid Tahun 5
🥦 Ceramah “Jom Makan Sihat” (MyGAP)
🎨 Pertandingan Mewarna MyGAP (Tahap 1)
🌱 Aktiviti penanaman biji benih buah (Tahun 6)
Program ini memberi murid pendedahan tentang pilihan makanan yang berkhasiat dan pembentukan tabiat pemakanan yang seimbang. 🌿✨
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Jalan Abdul Rahman Andak
Johor Bahru
80100