Pixel Bookstore
Menjual Koleksi Buku-Buku yang tiada di pasaran mainstream
12/02/2021
𝐊𝐞𝐦𝐛𝐚𝐫𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐮𝐣𝐮 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡
Inilah adalah buku terbaru Ustazah Asma bersama karyawan terkenal di Indonesia iaitu Dwi Suwiknyo. Beliau seorang puitis dan mendalam tulisannya.
Buku ini mengandungi monolog-monolog hati, kisah-kisah yang menjadi iktibar, bingkisan firman Allah swt & hadis Rasulullah saw. Buku ini diibaratkan sebagai pakej kehidupan seorang hamba dalam mencari keredhaan Allah (mardhatillah).
Empat buah ini dipakejkan secara eksklusif dan dinamakan sebagai Siri Kembara Menuju Allah.
𝐉𝐔𝐃𝐔𝐋 𝟏 "𝐘𝐚, 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡. 𝐀𝐤𝐮 𝐑𝐢𝐧𝐝𝐮 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚-𝐌𝐮."
Kerinduan kepada Allah itu adalah fitrah. Namun, kita tidak sedar dan kita selalu menafikannya.
Buku ini akan membantu kita bagaimana menanam rasa rindu kepada Allah. Kerinduan ini akan membuatkan kita bersiap-sedia menghadapi kematian.
Kerana kita semua tahu, kematian adalah pintu untuk bertemu dengan Allah.
𝐉𝐔𝐃𝐔𝐋 𝟐 "𝐘𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡. 𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐢𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢."
Pada hakikatnya, Allah tidak pernah membiarkan kita bersendirian. Tetapi kita yang sering kali meninggalkan Allah.
"Ingatlah Aku, nescaya Aku ingat padamu, dan bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kufur." - Surah Al-Baqarah, ayat 152.
Kita tidak mahu hidup dalam keadaan dibiarkan oleh Allah dan jauh daripada hidayah-Nya.
𝐉𝐔𝐃𝐔𝐋 𝟑 "𝐘𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡. 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚-𝐌𝐮 𝐀𝐤𝐮 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚."
Inilah fasa seterusnya dalam hidup kita. Kita mahukan satu kehidupan yang cukuplah kita dengan adanya Allah.
Hidup dengan Allah, kita rasa cukup. Apa yang Allah beri, kita rasa cukup.
Apa yang Allah ambil, kita tahu itu yang terbaik untuk kita. Cukuplah Allah bagiku. Tiada apa-apa dalam hatiku melainkan Allah.
𝐉𝐔𝐃𝐔𝐋 𝟒 "𝐘𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡. 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚-𝐌𝐮 𝐀𝐤𝐮 𝐊𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢."
Buku ini sebagai bekalan untuk menghadapi saat kep**angan kita kepada Allah. Semoga kep**angan kita dalam keredhaan Allah.
"Wahai jiwa-jiwa yang tenang. Kembalilah kepada tuhanmu dengan redha dan lagi diredhai-Nya. Masuklah ke dalam golongan hamba-Ku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku." Surah Al-Fajr, ayat 27- 30.
Daripada Allah kita datang, kepada Allah jualah kita kembali.
Berminat klik link di bawah untuk tempahan:
https://nafasilmiah.com/
https://nafasilmiah.com/
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Uite 31b Jalan Flora 1/19
Johor Bahru
81300