Huda Rashid

Huda Rashid

Share

Owner TAPC Early Learning Centre

Photos from Unit Tindakan Khas S1M's post 07/08/2023
Photos from Huda Rashid's post 30/03/2023

Untuk tidak menghampakan penggemar Roti Jon Kempas, ni kali kasi jadi💪💪💪 2 tahun dh x jual bulan puasa, bila dh ada ni reti2 la nk pm tepi ya🤭

Arini ni warm up dulu open order area Kempas ngan parent TAPC je, esok kita open order jauh skit. Kalau lebih 5 order kita lajak ke Pasir Gudang & Skudai

Korang x terliur ke 😋😋😋

Ramai yg memandang remeh @ tak kisah pun tentang telur yg tak dibasuh. Berbeza di Roti Jon Kempas yg mana kami akan pastikan setiap telur dibasuh bersih sebelum dipecahkan.

Jom kami bantu anda melengkapkan juadah berbuka puasa orang yg tersayang! 😘😋

www.wasap.my/60166652403/NakOrderRotiJonJumbo

19/12/2022

Team building sangat penting dalam pembangunan sesebuah organisasii terutamanya Taska dan Tadika. Disebabkan inilah selalunya Pengusaha Taska Tadika akan sentiasa membawa para Pendidik mereka mengikuti program ini sekurang-kurangnya setahun sekali.

Team Building atau Pengukuhan Pasukan merupakan satu program di mana semua peserta akan dikumpulkan bersama dan dikehendaki melakukan beberapa misi dan aktiviti yang telah diaturkan. Program ini diadakan supaya dapat mewujudkan kesefahaman di antara para peserta untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak majikan secara bersama.

Melalui aktiviti seumpama ini juga mereka akan dapat belajar bagaimana proses yang perlu mereka lalui untuk mencapai kesepakatan dalam membuat sesuatu keputusan dan bagaimana ingin melahirkan hubungan yang baik samada di antara mereka dengan pihak pengurusan mahupun sesama mereka.

Dengan mempunyai hubungan yang baik dalam pasukan, setiap peserta akan mampu membina interaksi yang berkesan dalam memajukan organisasi mereka dan bekerja seiringan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Selain itu, tujuan program ini diadakan adalah bukan sekadar untuk melihat atau menguji tahap semangat berpasukan para peserta malahan untuk mewujudkan sifat hormat-menghormati dan saling bantu-membantu dalam menyelesaikan aktiviti yang diberikan sepanjang program ini berlangsung. Hal ini akan dipraktikkan apabila mereka bekerja nanti.

Kebiasaannya selepas program dijalankan, para peserta akan kembali bersemangat untuk kembali bertugas. Ini menunjukkan yang program team building mampu memberi banyak manfaat bukan hanya kepada para peserta malahan kepada organisasi. Pengalaman ini akan merangsang mereka untuk lebih fokus terhadap kerja mereka nanti.

Inginkan program yang terbaik untuk team building organisasi anda boleh layari Page Facebook ELC Solusi @ hubungi Pn. Huda 016-6652403 untuk maklumat lanjut.

Utk mendaftar boleh Whatsapps no dibawah👇
Program Team Building 1.0 Indoor
Wasap.my/60166652403/DaftarTeamBuilding

Lokasi Program:
Seminar Hall Johor Bahru
22-02 Jalan Setia Tropika 1/7,
Setia Tropika, 81200 Johor Bahru, Johor
https://maps.app.goo.gl/Qakg6bqnwjR4Jks27

Yuran Pendaftaran:
RM50 Seorang

tengahari & minum ptg disediakan.

🏦 Bank in ke akaun CIMB:
ELC Resources & Services - 8603570216

Sila hantar bukti pembayaran kepada:
Pn. Huda Wasap.my/60166652403/SlipPembayaran

Tarikh: 24hb Disember 2022 @ Sabtu
Masa: 8.00am - 5.00pm

05/12/2022

Perasan tak, anak-anak kecil kalau "gaduh" atau merajuk, tak susah nak pujuk, cepat je berbaik semula? Sebab hati mereka suci tiada dosa.

Tapi bila dah besar, dosa makin banyak, hati pun makin keras.

Boleh jadi tak bertegur sapa 20 tahun hanya dengan sebab remeh-temeh atau salah sangka.

Satu kekurangan yang wujud, boleh padam 1001 kebaikan, baik pada keluarga sendiri atau sahabat handai.

Masa kecil berebut barang sebab 'jealous' pun nampak comel, tapi bila dah besar, berebut harta sebab dengki, boleh jadi perang besar.

Sebab tu Nabi ﷺ ajar, kalau merajuk atau bersengketa, cuba jangan lebih tiga hari, sebab makin bertambah hari makin keras hati. Hati yang terluka, makin lama makin besar parutnya.

Nabi ﷺ ajar lagi, sebaik-baik orang yang bergaduh adalah orang yang beralah dan memulakan huluran salam perdamaian.

Tapi sunnah yang ini memang sangat susah nak amal. Sebab awal-awal lagi Nabi ﷺ dah kata, ego itu menutup kebenaran dan menghalang dari melakukan sesuatu yang betul.

Apa yang penting, jangan cepat buruk sangka dan jangan mudah terasa.
Jaga hati.
Jaga mulut.
Jaga tingkah laku.

-Dr. Kamilin Jamilin-

Want your school to be the top-listed School/college in Johor Bahru?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Johor Bahru
81200