Prestigious Sport Society - Football Development Program

Prestigious Sport Society - Football Development Program

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Prestigious Sport Society - Football Development Program, Sports Club, Arena Mutiara Johor Land, Johor Bahru.

07/02/2026

Big thanks to Abon Jalie, Haikal Ismail, Steven Kanna Kanages, Syamsul Bahri Ahmad

for all your support! Congrats for being top fans on a streak πŸ”₯!

22/08/2024

Apa pun kita tetap cuba buat walaupun masa ni jejak 78kg..alhamdulillah sekarang coach Pss Mohd Shafiq Sulaiman dah berjaya turunkan berat badan πŸ˜‚

Photos from Unit Sukan, Sektor Pembangunan Murid, JPN Johor's post 27/06/2024

Terima kasih Unit Sukan, Sektor Pembangunan Murid, JPN Johor, kita akan teruskan usaha membina dan menyalurkan bakat kepada program elite kebangsaan dan kelab elit negara demi kemenjadian murid di dalam sukan bola sepak dan dalam mana - mana sukan berprestij yang turut dikelolakan oleh pihak Unit Sukan JPN Johor

Photos from Prestigious Sport Society - Football Development Program's post 23/06/2024

WAKIL TUNGGAL PSS FOOTBALL DEVELOPMENT PROGRAM JUGA PEMAIN NFDP MALAYSIA U11 DAN PASUKAN KULAI FA U12 RAIH ANUGERAH PEMAIN TERPANTAS KEJOHANAN DI SHONAN COPA BELLMARE, KANAGAWA, JEPUN DALAM AKSI BERSAMA SKUAD KEBANGSAAN NFDP MALAYSIA DARI 20 JUN 2024

Adik Mohamed Izz Zidane Zihni, 11 tahun telah mewakili Malaysia menerusi National Football Development Programme - NFDP Malaysia U11 dan berlatih bersama Akademi Tunas Johor Bahru serta pasukan kelab komuniti Prestigious Sport Society - Football Development Program yang berpengkalan di Johor Bahru.

Menerusi proses pemilihan dari beberapa siri kejohanan "NFDP Series" yang dijalankan oleh pihak National Football Development Programme - NFDP serta beberapa siri Liga Akademi Tunas Zon yang turut disertai oleh adik Mohamed Izz Zidane Zihni bersama pasukan Akademi Tunas Johor Bahru U11 dan beberapa pasukan jemputan seperti TSSX FC yang kerap memberi peluang kepada adik Zidane dalam beraksi dengan pemain pada intensiti sama dan kerjasama diantara Prestigious Sport Society - Football Development Program dan TSSX FC sejak ia ditubuhkan sudah mula membuahkan hasil yang positif.

Anugerah yang tak terjangka ini juga diperoleh dari semangat setia kawan2 dalam memberi peluang dan aksi bersama sebagai satu pasukan dan bantuan sokongan taktikal serta arahan teknikal oleh Ketua Jurulatih, Juzairi Samion serta barisan staff kejurulatihan National Football Development Programme - NFDP Malaysia U11 sangat membantu setiap seorang pemain

Terima kasih untuk setiap kenangan dan pengorbanan yang diberikan oleh semua pihak, terutama pihak sekolah SK Putra Utama, Kulai Sekolah Agama Bandar Putra 2 Rasmi, Akademi Tunas Johor Bahru dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Memori ini akan terpahat kemas dalam lipatan bukti kemenjadian program ini untuk semua lapisan dan kaedah proses kemenjadian menerusi kolaborasi bersama program elite kebangsaan dan pasukan elite kelab lainnya..

Tidak lupa kepada penaja yang pernah dan yang masih kekal bersama pasukan, baterikereta.com, AMH FC Syed Mohd Faizal & Kerry Malaysia, Hobby Collector Event, Street Crew Kulai, The Sekolah Bola, WR Fc, 𝑱𝑩 𝑼𝑡𝑰𝑻𝑬𝑫 𝑭𝑢𝑢𝑻𝑩𝑨𝑳𝑳 π‘ͺ𝑳𝑼𝑩 dan semua yang pernah membantu

Kolaborasi bersama Persatuan Bola Sepak Daerah Kulai menerusi kejohanan Piala Putera Johor Football Development Program bersama Akademi Tunas Johor Bahru U11 sedikit sebanyak memberi impak besar kepada proses ini.

Terima kasih buat semua yang pernah melatih dan membantu Mohamed Izz Zidane Zihni hingga ke hari ini.

Terima kasih dari kami di PSS football Development Program.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Johor Bahru?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Arena Mutiara Johor Land
Johor Bahru

Opening Hours

Thursday 16:30 - 18:30
Friday 08:30 - 12:00