Quantum Success Program - QSP

Quantum Success Program - QSP

Share

Kami sebuah Program Seni Kuasa Minda & Manip**asi Aura Terulung di Malaysia! Kami mencari Professional Therapist seterusnya!?

Photos from Quantum Success Program - QSP's post 27/11/2024

KONTRADIKSI EMOSI KEBERLIMPAHAN

Mengapa ada sesetengah orang sangat 'membenci' tanpa sadar dengan orang-orang kaya?
Kadangkala ada orang yang selalu memandang serong kepada orang-orang yang pada sudut pandangnya 'kaya', apatah lagi yang 'gila-gila kaya',

Baginya orang itu pastinya seorang atau sekump**an koruptor, merancang untuk memusnah dunia, ada agenda tangan tersembunyi, ada agenda menguasai dunia, golongan yang lebih dekat dengan dajal dan neraka dll,

Pendek kata sosok-sosok 'orang kaya' itu pasti adanya keterlibatan aktiviti kriminal di dalamnya dan harus berperan seperti orang-orang jahat dalam diam di sudut pandangnya,

Mengapa begitu?
Namun di sebalik semua itu, mereka selalu p**a mengeluh akan perihal rezekinya, pendapatannya dan hasil perolehannya jika mereka berniaga sendiri mahupon yang bekerja memperoleh gaji,

Sudah pasti mereka tidak menyalahkan diri mereka sendiri atas kegagalan itu sebaliknya akan melampiaskan bebanan emosi itu kepada pihak lain atau entiti lain yang lebih mudah dihalakan muncung meriamnya seperti kepada pihak pemerintah yang tiada keadilan, pihak berkuasa yang selalu menganggu perniagaannya, jin yang dihantar oleh orang-orang yang tidak senang akan keberadaannya mahupon kondisi ekonomi yang semakin terpuruk akibat dari ketidakadilan sosial itu tadi,
Entah kenapa dan entah bagaimana, itu semua tidak menjamin rasa tenang di hati mereka malah semakin jauh mendalam membuatkan mereka membenci sosok-sosok orang yang dianggap mereka 'kaya' atau 'gila-gila kaya' itu tadi,

Kontradiksi inilah yang menjadi polemik yang kian sistemik di dalam kebanyakan orang termasuk mungkin diri kita sendiri,
Perlu diingat...

Keberlimpahan, Rezeki dan Kekayaan itu adalah Energi.

Duit itu p**a alatnya atau representasi kepada pertukaran Energi itu tadi,

Masakan orang yang membenci Energi Keberlimpahan dia didatangkan dengan Kekayaan yang mencurah-curah p**a? Sangat kontradiksi,

Mindset itulah yang perlu kita ubah dan Diri kita inilah yang perlu kita 'Healing' (murnikan) Energinya agar kelancaran kepada Energi yang namanya Keberlimpahan itu mengalir tanpa batas,
Oleh yang demikian,

Buat kesekian kalinya atas permintaan ramai, kami mengadakan sekali lagi dan mungkin buat kali terakhir kali mengadakan sebuah Kelas 'Healing Diri' yang mana di dalamnya kita akan mula memprogram Diri kita termasuk Body, Mind & Soul kita ke arah Diri yang Merdeka Energinya,
Bermaksud Energi kita dapat dihalakan dengan bebas tanpa adanya hambatan (blocking) dalam mencapai segala Impian dan Kerezekian,

Topik seperti Berdamai dengan Dunia, Teknik Ibu Duit, Pemprograman kata-kata Keberlimpahan, membuang hambatan dalam Diri, Loncatan Potensi Terpendam, Kaedah 'money magnet' melalui Pancaindera, Teknik Energy Healing dll akan kami kongsikan kepada anda,
Usah lepaskan PELUANG kali terakhir ini memandangkan ramai yang minta diadakan semula kerana waktu kami adakan bulan lepas katanya tidak dapat hadir kerana atas alasan kambing terberanak, ada mesyuarat dengan menteri, terjatuh dari katil dan sebagainya,
Kali ini, Pasakkan NIAT, bayangkan yang anda telahpon HADIR dan bersama kami lalu tinggal gerakkan tindakan anda untuk menyertainya, Inshaallah!

Usah risau,

kali ini juga kami adakan program ini di Selayang Height pada 21 Disember di Mikayla Centre (9 pagi hingga 5 ptg). Kami juga mengadakan kelas ini secara hybrid iaitu boleh dihadiri secara online mahupon berdepan atau kedua-duanya sekali,
Berjumpa kita pada 21 Disember ini dalam SEMINAR BANGKITKAN SANG PHOENIX yang Paling Bersemarak sekali di Alam Semesta, Terjadilah!

-Salam Semesta Alam-

Want your practice to be the top-listed Clinic in Johor Bahru?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


No. 7L, Jalan Dato' Musa
Johor Bahru
81200