Polis IPD Julau

Polis IPD Julau

Share

Laman ini merupakan laman rasmi Facebook IPD Julau.

Photos from Polis IPD Julau's post 14/05/2026

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT – LARIAN UJIAN KECERGASAN 2.4 KM PERINGKAT IPD JULAU

IPD Julau, Pada 14 April 2026 telah melaksanakan Program Gaya Hidup Sihat – Larian Ujian Kecergasan 2.4 KM melibatkan Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis serta Pegawai Awam IPD Julau bertempat di perkarangan IPD Julau.

Program ini diadakan bagi membudayakan amalan gaya hidup sihat, meningkatkan tahap kecergasan fizikal serta menggalakkan warga kerja mencapai BMI yang sihat dan berada di bawah paras bacaan 28.

Selain itu, aktiviti ini turut menjadi platform untuk mengeratkan ukhuwah silaturahim serta memupuk semangat setia kawan dalam kalangan seluruh warga IPD Julau.

Program telah berjalan dengan lancar, teratur dan penuh semangat kesukanan tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.





@

Photos from Polis IPD Julau's post 08/05/2026

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT – PERLAWANAN BOLA TAMPAR

IPD Julau, 7 Mei 2026 – Telah berlangsung Program Gaya Hidup Sihat melalui perlawanan bola tampar yang melibatkan warga IPD Julau bertempat di perkarangan IPD Julau. Program ini diadakan bagi memupuk semangat kesukanan, kerjasama berpasukan serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga pasukan.

Perlawanan berlangsung dalam suasana meriah, mesra dan penuh semangat kesukanan dengan penglibatan semua peserta yang memberikan komitmen serta sokongan yang baik sepanjang program dijalankan.

30/04/2026

πŸ“’ MAKLUMAN LATIHAN KETENTERAAN DI DAERAH JULAU

Dimaklumkan bahawa pihak Tentera Malaysia (9 Woksyop Briged) akan melaksanakan Latihan Ketenteraan (Eks Pasak Bumi Siri 1/2026) di sekitar kawasan Julau.

πŸ—“ Tarikh: 10 – 15 Mei 2026 (Ahad – Jumaat)
πŸ•˜ Masa: Siang & Malam

⚠️ Perhatian kepada penduduk:

* Kemungkinan akan melihat pergerakan anggota tentera bersenjata
* Aktiviti latihan dijalankan di kawasan hutan, ladang dan jalan tertentu
πŸ‘‰ JANGAN PANIK – INI ADALAH LATIHAN RASMI

🚫 Larangan:

* Aktiviti memburu adalah DILARANG sepanjang tempoh latihan
* Orang awam TIDAK DIBENARKAN memasuki kawasan latihan

πŸ“ž Sebarang kecemasan atau maklumat lanjut, sila hubungi:
Balai Polis Julau – 084-734216

🀝 Kerjasama semua pihak amat dihargai demi keselamatan dan kelancaran latihan.

β€œPolis dan Masyarakat Berpisah Tiada”
Keselamatan Tanggungjawab Bersama

Photos from Polis IPD Julau's post 29/04/2026

LAWATAN KEBAJIKAN IPD JULAU

IPD Julau, Pada 29 April 2026 - Lawatan kebajikan telah diadakan oleh IPD Julau ke Hospital Sarikei bagi menziarahi Insp. Eddy anak Ladi yang kini menerima rawatan akibat masalah apendiks.

Lawatan ini telah diketuai oleh Insp. Marson Lawai, Pemangku Ketua Polis Daerah Julau bersama anggota dan pegawai awam polis IPD Julau. Turut hadir, Sjn. Hairane binti Supaat pemangku pengerusi PERKEP dan ahli PERKEP IPD Julau. Sumbangan ikhlas telah disampaikan oleh Insp. Marson Lawai, Pemangku Ketua Polis Daerah Julau sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral kepada beliau serta keluarga.

Semoga Insp. Eddy anak Ladi diberikan kesembuhan yang segera dan dipermudahkan segala urusan rawatan.

Lawatan kebajikan ini telah berjalan dengan lancar.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Julau?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Ibu Pejabat Polis Daerah Julau, Polis Diraja
Julau
96600