AFI Management Services

AFI Management Services

Share

Firma berdaftar MIA
No. Firma NF 2363
Setiausaha Syarikat Berlesen

Photos from AFI Management Services's post 12/05/2026

Bermula 1 Januari 2026, surat tawaran atau kontrak perkerjaan akan tertakluk kepada Akta Setem 1949 dengan duti sebanyak RM10.00 dikenakan bagi setiap perjanjian atau kontrak. Duti akan tertakluk kepada majikan.

Ini adalah tambahan kepada senarai dokumen yang tertakluk kepada duti setem sebelum ini.

Terdapat 2 jenis duti setem:

1. Ad Valorem

Kadar yang berubah bergantung pada amaun yang dipersetujui dalam perjanjian atau harga pasaran hartanah. Contoh dokumen:

✅Instrumen pindah milik: Seperti hartanah, sekuriti dalam syarikat dan harta tidak ketara (iaitu hakcipta, paten, harta intelek, lesen)

✅Instrumen dengan mendapat faedah dalam hartanah (Contohnya, perjanjian sewa dan pajakan)

✅Instrumen sekuriti kewangan (Contohnya, komitmen bayaran ansuran seperti bon)

✅Instrument pasaran kewangan (Contohnya, Nota Kontrak)

2. Duti tetap

Duti yang standard RM10.00 bagi setiap perjanjian.

✅Instrumen berkenaan perjanjian tanpa ada pindahan faedah. Hanya sebagai mengesahkan perjanjian sebagai benar dan wujud. (Contohnya, kontrak pekerjaan, polisi insurans)
✅Salinan atau perjanjian tambahan atau jaminan perjanjian

Tempoh stamping:

++Dalam 30 hari (sekiranya ditandatangani di Malaysia)

++30 hari lepas di terima di Malaysia (sekiranya ditandatangani di luar Malaysia)

Kesan tak setem:

📌 Sukar di mahkamah sebab dokumen dikira tidak sah. Tidak dikira bukti sehingga disetem dan penalti dibayar.

Perniagaan bukan saja untuk hari ini, tapi untuk kini dan masa depan.

Jangan malu Jangan segan, Mari rapat..Mari singgah pejabat kami. Pintu kami sentiasa terbuka untuk ANDA.

Ingin tahu lebih lanjut tapi anda sibuk?
Boleh PM ikat tepi +60187936367 (Encik Amirul) atau +60176917466 (Encik Amir) untuk maklumat lanjut.

AFIMS sebuah firma berdaftar MIA, memberi khidmat nasihat perakaunan, percukaian dan kesetiausahaan syarikat.

07/05/2026

Soalan: Sales saya slow..produk dah okay..product service dah cun tapi kenapa masih sales tak boleh naik?? mungkin strategi marketing saya ada masalah

Tapi bagaimana nak tahu ye??

Jawapan: Nak identify bahagian mana yang boleh dinilai, boleh lihat pada accounting report.

Antara cara akaun membantu marketing ialah:

1. Menentukan produk atau servis yang paling menguntungkan

Melalui analisis accounting report, anda boleh nampak:

📊margin keuntungan
📊kos jualan
📊contribution margin

dari analisis, management boleh tahu:

✅produk mana yang patut dipromosikan
✅produk mana yang kurang menguntungkan
✅servis mana yang memberi pulangan terbaik

2. Menentukan harga jualan (pricing strategy)

Maklumat akaun boleh membantu tentukan:

📊kos sebenar produk/perkhidmatan
📊minimum selling price untuk produk
📊target profit margin bagi produk berdasarkan market semasa product

Ini penting supaya marketing tidak menawarkan harga terlalu rendah dari market sehingga rugi.

Contoh:

👉kos produk RM80
👉target margin 25%
makanya, selling price perlu sekitar RM100 dan ke atas.

3. Mengukur keberkesanan kempen marketing

Akaun membantu mengira:

📊Return on Marketing Investment (ROMI)
📊cost per lead
📊customer acquisition cost

Contoh:

💰kempen Facebook Ads kos RM5,000
💰sales generated RM30,000
management boleh nilai sama ada kempen berbaloi atau tidak

4. Membantu penyediaan bajet marketing

Accounting membantu management:

📊tetapkan bajet iklan
📊kawal perbelanjaan promosi
📊elakkan overspending

Contoh:

Syarikat allocate 5% daripada revenue untuk marketing. Allocation tu berdasarkan kepada keperluan dan cashflow syarikat.

5. Analisis trend jualan

Laporan akaun menunjukkan:

📊musim jualan tinggi/rendah
📊trend pelanggan
📊lokasi atau segmen yang paling banyak menyumbang jualan

Marketing boleh fokus kepada:

📊kawasan yang berpotensi
📊produk yang mendapat permintaan tinggi

Ini penting bagi allocate fund dan resources kepada lokasi, segmen dan masa yang betul

6. Membantu cash flow planning

Marketing kadang-kadang mahu buat:

🚀promosi besar
🚀diskaun
🚀roadshow

Accounting akan menilai:

🔍adakah cash flow mencukupi
🔍impak kepada working capital
🔍risiko collection lambat

7. Menilai profitability pelanggan

Ada pelanggan yang:

✅sales tinggi
❌tetapi lambat bayar atau kos servis terlalu tinggi

Accounting boleh bantu analisis:

📊customer profitability
📊aging collection
📊bad debt risk

🛡️Kalau tak kawal memang jenuh nak operate dan nak penuhi komitmen overhead

8. Membantu strategi expansion

Jika marketing mahu masuk market baru:

🔍accounting boleh buat feasibility study
🔍projected profit
🔍break-even analysis

Analisis ini perlu dibandingkan dengan analisis market semasa dan juga laporan yang terdahulu supaya boleh dibuat penilaian kerana

'SEJARAH MUNGKIN BERULANG'

Kesimpulannya, accounting bukan sekadar “rekod nombor” dan boring, tetapi membantu management membuat keputusan marketing yang lebih strategik, terkawal dan profitable.

Perniagaan bukan saja untuk hari ini, tapi untuk kini dan masa depan.

Jangan malu Jangan segan, Mari rapat..Mari singgah pejabat kami. Pintu kami sentiasa terbuka untuk ANDA.

Ingin tahu lebih lanjut tapi anda sibuk?
Boleh PM ikat tepi +60187936367 (Encik Amirul) atau +60176917466 (Encik Amir) untuk maklumat lanjut.

AFIMS sebuah firma berdaftar MIA, memberi khidmat nasihat perakaunan, percukaian dan kesetiausahaan syarikat.

Want your business to be the top-listed Business in Kajang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


NO 20-1(B), Jalan PUTERI 2A/2, BANDAR PUTERI BANGI
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00