Az-Zaitun Wellness

Az-Zaitun Wellness

Share

We import & distribute Oxygen Concentrator in Malaysia. and provide Muslimah confinement & wellness

02/09/2021

SLEEP APNEA

"Saya ada panic attack, tu saya nk ada dua2 barang. Saya rasa selamat kalau ada CPAP dan Mesin Oksigen sekali" wasap puan S kepada saya.

Puan S ni ada sleep apnea. Bahasa mudahnya gangguan pernafasan ketika tidur.

Setelah mendapatkan rawatan, dia di sarankan untuk guna mesin CPAP (Continues Positive Pressure) di mana mesin ni dapat menghalang salur pernafasan dari tertutup sewaktu tidur.

Tapi sebabkan mesin CPAP ni memang gunakan pressure yang kuat, jadi akan berasa kurang selesa sikit. Sebab tu puan S decide untuk guna oksigen concentrator ni sebagai alternatif sebelah siang.

Katanya, siang hari pun kadang-kadang oksigen dia drop walaupun hanya nak baring je. Bila oksigen start low ni, dia cepat panik.
Itu yang dia nak stand by juga mesin ni 1 di rumahnya.

Semoga mesin ni bermanfaat untuk puan S menjalani kehidupan hariannya.

Photos from Az-Zaitun Wellness's post 31/08/2021

MESIN OKSIGEN...Oxygen Concentrator...
Household .. vs.. Medical Grade... apa beza nya? kenapa harga nya berbeza sangat ye? Fungsi sama ke?..
kali ni admin nak share, apa beza Mesin Oksigen (Oxygen Concentrator) yang household, dan yang medical grade??

Fungsi dan sistem mesin secara umum sama, iaitu mesin ini mengeluarkan oksigen yang di sedut dari udara sekeliling dengan sistem pengasingan nitrogen dan oksigen dari udara sekeliling ni..

tetapi ada beberapa perbezaan utama. ..

1. HARGA (utk 1-5LPM, Liter seminit)

Liter seminit tu = jumlah udara yang di keluarkan. cuba rujuk gambar. ada tombol dan bola besi tu.. itu le dia..

Household = dlm RM900-2000
Medical = dlm RM4500-7000

ni soalan yang selalu orang tanya.. kenapa beza harga jauh sangat.. nak menjawab soalan ni, korang kena baca di bawah.. baru boleh faham....

2. OXYGEN PURITY

ini adalah jumlah sebenar oksigen dalam udara yang di keluarkan. korang tengok di bawah perbezaannya.

HOUSEHOLD (purata).
Oxygen Purity
1lpm = 90%
2lpm = 70%
3lpm = 60%
4lpm = 50%
5lpm = < 50%

MEDICAL (purata)
Oxygen Purity
1lpm = 90%+
2lpm = 90%
3lpm = 90%
4lpm = 90%
5lpm = 90%

maka, ini adalah antara faktor terpenting yang membezakan antara household dan medical, iaitu jumlah oksigen yang di keluarkan oleh mesin pada berbeza LPM (liters se minit)..

3. PENGGUNAAN 24/7

biasanya household punya boleh pakai 4-10 jam, kena rest beberapa jam sebelum pakai balik. tapi dengan kecanggihan sekarang, ada juga mesin yang boleh guna terus 24 jam cuma kena stop beberapa jam sebelum on balik.

kalau medical punya, ia di reka untuk digunakan dalam persekitaran hospital yang kritikal dan sibuk. maka, ia memang boleh digunakan tanpa henti 24 jam sehari untuk berminggu-minggu. ..

3. SAIZ

ni juga ada beza. biasanya yang household, saiz agak comel, kecil dan kiut.

yang medical grade biasanya agak gedabak, besar, berat. dan biasanya mesti ada roda kat bawah dia..

kenapa?

sebab perbezaan komponen di dalam (pam, compressor, filter, tabung zeolite, sistem pengudaraan). ..

MAKA,

secara umum,

yg household tu boleh je korang guna kalau doktor kata penggunaan diperlukan sekitar 1-2liter seminit je. biasanya untuk yang ada asma tak teruk (mild) dan masalah pernafasan yang tak berapa serius.

yg medical ni kena pakai jika doktor kata perlukan lebih 2LPM dan kena konsisten selalu ada bekalan oksigen tambahan.

wallahu alam.

moga info ini berguna pada korang semua..
insyaAllah.

KAMI IMPORT & SUPPLY
yang medical grade.
kalau nak info lanjut, boleh wasap kami di 017 686 5868 ye.

29/08/2021

kejiranan yg prihatin
"setiap 1 jam ada yg ketuk pintu" brader ni bercerita.

mereka tanya ok ke, dah makan ke, hantar makanan, pagi, tghri, mlm.. Allahu..

bagus betul kejiranan brader ni. alhamdulillah, itu juga rezeki dan nikmat2 yg Allah berikan. semasa dia di kuarantin di rumah, manakala isteri beliau di Hospital akibat asma & covid, kejiranan di rumahnya support dan bantu.. bagus begini.. kena di contohi.

mesin ini untuk isterinya yang dengan izin Allah, dah masuk kategori 5, dan di tidurkan, diberikan kesembuhan oleh Allah. Alhamdulillah.

sekarang isterinya dah boleh balik, cuma doktor nasihatkan kena ada mesin oksigen, kerana paru paru baru sekitar 50-60% yang elok. oleh itu, paru paru tidak dapat memproses udara dengan cukup untuk menjadikan oksigen yang diperlukan oleh badan.

mesin oksigen ini insyaAllah dapat membantu salurkan oksigen tambahan yang diperlukan.

kami doakan isteri beliau cepat sembuh dengan sepenuhnya, ameen.

Photos from Az-Zaitun Wellness's post 17/08/2021

alhamdulillah.
6 unit Dynmed 20lpm baru sampai. kesemua unit ni untuk HUKM cheras.

unit ini agak istimewa kerana ia boleh digunakan oleh 2 pesakit serentak, pada output maksima 10lpm setiap pesakit.
kadar oxygen purity adalah pada 90% pada semua setting lpm.

InsyaALlah hari ni akan buat testing dan setting. dan esok jangka akan serahkan kepada pihak HUKM.

unit ini telah di tempah khas oleh ALKIS (alumni Kolej Islam Klang) sebagai sumbangan kepada pihak HUKM.

12/08/2021

We Import, Supply & Service OXYGEN CONCENTRATOR in Malaysia. Medical Grade. 5L, 10L and 20L available. Oxygen purity 93%, +- 3% with 24/7 non stop operation capable. .

1 YEAR WARRANTY IN MALAYSIA
We cover warranty for 1 year for all manufacturing defects. .
ONE TO ONE REPLACEMENT
If the unit needed to be repaired or serviced due to manufacturing issues within the warranty period; for more than 24 hours, we will provide a complimentary unit during the period. .
1-3 YEARS ON-SITE MAINTENANCE PACKAGE (Optional)
Our team will go to your place (Peninsular Malaysia) to clean, service and change the unit HEPA filter (HEPA = high-efficiency particulate absorbing filter) 2 times a year (every 6 month)..
BOOKING & ENQUIRIES
Whatsapp us
>> Zikri https://wa.me/60133485868?text=o2conc
>> Fieza https://wa.me/60176865868?text=o2conc

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kajang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Persiaran Kemajuan
Kajang
43650