AsamGaram

AsamGaram

Share

Menulis pelbagai isu. Kekeluargaan, kanak-kanak, dunia, wanita dan segalanya mengenai KITA. Seadanya mengenai KITA

03/05/2026

SUDAH TIBA MASANYA AJAR ANAK LELAKI JAGA MARUAH JAGA KEMALUAN

Seorang gadis 19 tahun ditikam 61 kali oleh lelaki dikenali dan dipercayai.
Bayangkan 61 tusukan tajam mengenai organ dalaman termasuk pada wajah
Itu bukan marah.
Itu bukan cinta.
Itu adalah kegagalan didikan.
Kita semua sedih. Kita semua marah.
Tapi kita kena jujur yang ini bukan kes terpencil.
Ini hasil daripada budaya yang kita sendiri bina dalam diam bertahun-tahun malah sehingga hari ini.

Apabila anak perempuan membesar, kita sebagai ibu sering berpesan,
“Jangan keluar malam.”
“Jangan pakai macam tu.”
“Jangan bercouple.”
"Jangan tegur lelaki tak dikenali"
Seolah-olah dunia ni bahaya disebabkan perempuan yang tidak cukup menjaga diri.
Tapi pada masa yang sama, apa kita ajar pada anak lelaki?
Kita diam.
Kita biar.
Kita anggap mereka “lelaki, biasalah…” Sudah tahu.
Inilah silap paling besar kita sebagai ibu bapa.

Yang kita perlu tahu anak lelaki hari ini bukan sekadar perlu diajar cari duit tetapi PALING PENTING
Mereka WAJIB diajar supaya menjaga nafsu.
WAJIB diajar jaga kemaluan.
WAJIB diajar jaga maruah wanita

Kalau dari kecil dia biasa melihat ayah meninggikan suara pada ibu, biasa mendengar perempuan dihina atau tidak pernah ditegur bila kurang ajar dengan wanita jangan terkejut apabila
dia membesar nanti akan menjadi lelaki yang tidak tahu erti hormat.
Apabila emosi tidak dapat dikawal,
tangan mula naik, mulut memaki membabi buta, akal hilang kewarasannya. Lebih menakutkan
nyawa orang jadi taruhan.

Ibu bapa, dengar ini baik-baik:
Anak lelaki bukan hanya perlu dilindungi,
mereka perlu DIDIDIK.
Didik mereka supaya faham dan ingat

1. Perempuan bukan tempat melepaskan nafsu
2. Perempuan bukan milik untuk dikawal
3. “Tidak” bermaksud tidak — walau dalam apa sahaja hubungan
4. Marah bukan alasan untuk sentuh apatah lagi mencederakan.
Dan yang paling penting
ajar mereka bahawa kemaluan itu amanah, bukan alat untuk merosakkan hidup orang lain.
Kalau anak lelaki tidak diajar batas dan Maruah dia bukan saja merosakkan orang lain
dia sedang menghancurkan masa depan dirinya sendiri. Akhrnya penjara dan dosa.menjadi hukuman selamanya.
Penyesalan akan menghantui seumur hidup.

Semua yang disebutkan di atas bermula dari satu
perkara: didikan yang kita abaikan. Nasihat yang tidak pernah dingatkan. Kerana apa? Kerana kita percaya dia anak lelaki, yang tidak perlu diberitahu, diingatkan mengenai menjaga diri, menjaga kemaluan dan menjjaga maruah diri. Malah mereka tidak pernah diingatkan supaya melindungi wanita seperti mana melindungi ibu, adik dan kakak sendiri.

Hari ini mungkin bukan anak kita.
Tapi kalau kita terus diam esok, siapa tahu?
Cukup-cukuplah kita hanya berpesan pada anak perempuan untuk takut.
Sudah tiba masanya kita bangunkan anak lelaki untuk bertanggungjawab.
Kerana dunia ini tak akan selamat…
selagi lelaki tidak diajar untuk menghormati dan bertanggungjawab.

Rakyat Malaysia Jual Domain AI.com Pada Harga $70 Juta | Amanz 08/02/2026

HEBAT- Rakyat Malaysia, Arsyan Ismail Jual Domain AI.com Pada Harga $70 Juta (RM276 juta)

Sejumlah nama domain sering dijual pada harga yang sangat tinggi disebabkan keunikkan dan permintaan tinggi. Terbaru, nama domain AI.com dilihat dijual pada harga mencapai $70 juta (~RM276 juta).

Untuk makluman, nama domain AI.com ini dimiliki oleh Arsyan Ismail – yang sebelum ini turut pernah membeli Acer Predator 21X di Malaysia pada harga RM39,999. Jualan nama domain ini menjadikan ia sebagai nama domain yang paling bernilai tinggi di dunia setakat ini.
Nama domain AI.com ini kini dibeli oleh Kris Marszalek, CEO Crypto. Dibawah domain baharu ini, pihak Crypto.com menyasarkan penawaran perkhidmatan memfokuskan AI berejen.

Sejumlah nama domain sering dijual pada harga yang sangat tinggi disebabkan keunikkan dan permintaan tinggi. Terbaru, nama domain AI.com dilihat dijual pada harga mencapai $70 juta (~RM276 juta).

Untuk makluman, nama domain AI.com ini dimiliki oleh Arsyan Ismail – yang sebelum ini turut pernah membeli Acer Predator 21X di Malaysia pada harga RM39,999. Jualan nama domain ini menjadikan ia sebagai nama domain yang paling bernilai tinggi di dunia setakat ini.
Nama domain AI.com ini kini dibeli oleh Kris Marszalek, CEO Crypto. Dibawah domain baharu ini, pihak Crypto.com menyasarkan penawaran perkhidmatan memfokuskan AI berejen.

Sumber:

Rakyat Malaysia Jual Domain AI.com Pada Harga $70 Juta | Amanz Sejumlah nama domain sering dijual pada harga yang sangat tinggi disebabkan keunikkan dan permintaan tinggi. Terbaru, nama domain AI.com dilihat dijual pada harga mencapai $70 juta (~RM276 juta). Untu

08/02/2026

KURSUS POPULAR vs KURSUS ADA KERJA - IBU AYAH KENA TAHU BEZAKAN

Ramai ibu ayah bangga bila anak berkata,
“Mak, ayah… saya dapat masuk universiti.”
Persoalannya bukan sekadar masuk universiti.
Soalan yang lebih penting ialah, lepas grad, anak kita ke mana?

Mari kita kaji KURSUS ‘POPULAR’ biasanya ramai permintaan, nampak ‘kelas’
mudah dapat tempat, selalu disebut orang sekeliling Contohnya Pengajian Am, Komunikasi, Perniagaan umum, Sains sosial tanpa pengkhususan.

Masalahnya bukan kursus itu salah.
Masalahnya apabila terlalu ramai graduan, tapi peluang kerjaya terhad.
Akhirnya pointer cantik, sijil ada, kerja tiada dan terpaksa menganggur lama.
Akhirnya keyakinan diri anak makin runtuh
dan ibu ayah cuma mampu berkata,
“Sabarlah… rezeki belum sampai.”

KURSUS ‘ADA KERJA’ biasanya kurang glamour, tidak semua orang pandang.
Ada kemahiran spesifik dan terus boleh kerja
Contohnya
TVET / kemahiran teknikal
Kejuruteraan khusus
Kesihatan & penjagaan
Logistik & maritim
IT berfokus (data, keselamatan, AI, sistem)
Kursus ini mungkin agak penat, susah, tak nampak ‘pop**ar’ tapi majikan mencari dan industri perlukannya.

KESILAPAN BESAR IBU AYAH
❌ Pilih kursus ikut trend
❌ Ikut cakap saudara
❌ Tidak kaji pasaran kerja
❌ Tidak tanya minat & kebolehan anak
Akhirnya anak yang menanggung tekanan mental, rasa gagal, hilang arah hidup sedangkan niat ibu ayah cuma satu mahu anak berjaya.

INGATLAH, IBU AYAH pop**ar bukan jaminan kerjaya. Rezeki anak bergantung pada kebijaksanaan pilihan dan
ijazah bukan tiket automatik ke masa depan.
Kemahiran dan permintaan industri itu kuncinya.

Sebelum anak mendaftar kursus, tanya soalan ini:
“Kalau anak saya grad esok,
industri mana perlukan dia?”
Kalau tak ada jawapan,
jangan biarkan anak jadi eksperimen sistem.

08/02/2026

Dengar baik-baik..ini baru betul faham undang-undang.
Fasih betul bahasa Melayunya.

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Kajang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Jalan Ikram Uniten
Kajang
43000