AMGWorld BOX
“Bila sistem runtuh, barulah manusia jadi manusia”
Rancang, Ikhtiar, Doa, Tawakal & Redha
Hasbunallah Wanikmal Wakil
08/06/2026
🧭 “Peta dan Kompas Susah Sangatlah…”
Ini antara komen yang paling kerap kami terima di sini.
Dan kami setuju.
Ilmu peta dan kompas memang bukan ilmu yang mudah. Bila dengar istilah koordinat, bearing, azimuth, contour dan grid reference, ramai terus rasa pening dan hilang semangat.
Tetapi hakikatnya, semua ilmu yang bernilai memang memerlukan masa untuk belajar.
Dulu kita belajar membaca pun susah.
Belajar memandu pun susah.
Belajar guna komputer dan smartphone pun susah.
Tetapi kerana kita belajar sedikit demi sedikit, akhirnya semuanya menjadi biasa.
Begitu juga dengan navigasi.
🧭 Mulakan dengan mengenal arah.
🧭 Belajar membaca peta.
🧭 Fahami koordinat.
🧭 Belajar menggunakan kompas.
🧭 Kemudian praktikkan di lapangan.
Tak perlu tergesa-gesa.
Tak perlu malu jika lambat faham.
Tak perlu membandingkan diri dengan orang yang sudah lama berkecimpung dalam bidang ini.
Belajarlah secara sistematik daripada mereka yang berpengalaman dan sentiasa tambah ilmu sedikit demi sedikit.
Menariknya, konsep navigasi sebenarnya bukan sesuatu yang asing dalam Islam.
Allah SWT berfirman:
“Dan Dia lah yang menjadikan bintang-bintang bagi kamu supaya kamu mendapat petunjuk dengannya dalam kegelapan darat dan laut.”
(Surah Al-An’am: 97)
Dan Allah juga berfirman:
“Dan Dia menciptakan tanda-tanda (petunjuk jalan), dan dengan bintang-bintang mereka mendapat petunjuk.”
(Surah An-Nahl: 16)
Ayat-ayat ini menunjukkan bahawa sejak dahulu lagi manusia menggunakan bintang, gunung, bukit, sungai dan tanda-tanda alam untuk menentukan arah perjalanan.
Malah ketika peristiwa Hijrah, Rasulullah SAW juga menggunakan khidmat penunjuk jalan yang mahir untuk memastikan perjalanan dilakukan dengan selamat.
Ini mengajar kita bahawa merancang perjalanan, mengenal arah dan menggunakan ilmu navigasi bukanlah sesuatu yang asing, malah ia selari dengan tuntutan menggunakan akal dan ilmu yang Allah kurniakan.
Hari ini ramai bergantung kepada GPS dan telefon pintar.
Memang teknologi sangat membantu.
Tetapi teknologi bukan jaminan mutlak.
📱 Bateri boleh habis.
📱 Telefon boleh rosak.
📱 Isyarat boleh hilang.
📱 Peranti boleh gagal berfungsi.
Namun ilmu yang ada dalam kepala kita akan sentiasa bersama kita.
Sebab itu kami percaya ilmu peta dan kompas bukan sekadar untuk pendaki, pemancing, pengembara atau anggota keselamatan.
Ia adalah satu kemahiran hidup yang wajar diwariskan kepada generasi akan datang supaya mereka tidak menjadi generasi yang hanya tahu mengikut anak panah di skrin, tetapi tidak tahu memahami arah dan kedudukan mereka sendiri.
🧭 Belajar perlahan-lahan.
🧭 Belajar dengan sabar.
🧭 Belajar daripada guru yang betul.
🧭 Belajar sampai faham.
Kerana suatu hari nanti, ilmu yang dianggap susah hari ini mungkin menjadi ilmu yang membantu menyelamatkan nyawa kita dan orang lain.
Allah menyediakan petunjuk di langit dan di bumi. Tugas kita adalah belajar memahami petunjuk itu.
Kalau nak belajar ilmu navigasi dan ilmu alam rimba dari pakar-pakar terbaik:-
1. Long Survival
2. Pelayar Darat My
3. Kelab Baca Peta Navigasi Darat-MapLand
4. Pendekar Rimba
5. EcomecLanchang
6. Dll (akan di update dari masa ke semasa)
Mereka antara yang sentiasa menawarkan program lapangan dalam masa terdekat ini.
Sekian.
Dari hamba Allah yang masih terus belajar untuk lebih mengenali Allah SWT
🧭🌿
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
52B Taman Universiti, Sungai Tangkas
Kajang
43000