RareCafe
RareCafe carries the living memoir of Dapur Raya Prihatin, a symbol of service, resilience, and togetherness.
19/06/2026
PROMOSI ISTIMEWA HARI BAPA – HERO MALAYA!
Ayah adalah wira yang tidak pernah meminta balasan, tetapi sentiasa memberi yang terbaik untuk keluarga.
Sempena Hari Bapa, kami ingin meraikan semua Hero Malaya dengan hidangan istimewa di Rare Café hujung minggu ini.
🍳 Shakshouka RareTV
🍜 Mee Kari Mak Long
BELI KEDUA-DUA HIDANGAN INI DAN NIKMATI Teh Tarik Barista secara PERCUMA!
Mahukan kopi premium?
Upgrade ke Latte atau Cappuccino hanya tambah RM4 sahaja.
Raikan Hari Bapa dengan hidangan yang mengenyangkan, minuman yang menyegarkan dan kenangan yang tidak ternilai bersama insan paling istimewa.
Kerana setiap ayah adalah Hero Malaya yang sentiasa berjuang untuk keluarganya.
Tag ayah atau suami dan ajak beliau menikmati set istimewa ini!
17/06/2026
Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H buat kau dan seluruh keluarga. Bila masuk lembaran tahun baru Islam ni, Abang terfikir satu benda.
Hijrah ni bukan sekadar cerita sejarah perpindahan Nabi dan sahabat sahaja. Tapi ia tentang bagaimana kita hari ini memilih untuk berhijrah mencari suasana yang lebih baik, lebih tenang dan lebih mendekatkan kita dengan orang-orang yang kita sayang.
Alhamdulillah, hari ini warga Putrajaya, Kajang, dan Bangi dapat pelepasan cuti umum. Rezeki kau dapat berehat seketika dari kesibukan kerja pejabat, menghadap kesesakan jalan raya atau urusan harian yang tak pernah habis.
Daripada kau duduk termenung kat rumah, apa kata kau bawa mak, ayah, pasangan dan anak-anak buat HIJRAH KECIL kau hari ini.
Luangkan masa berkualiti bersama mereka di RareCafe.
Macam biasa, pintu kami buka luas-luas hari ini:
Hari Ini (Awal Muharram): 8.00 Pagi - 7.00 Malam
Abang tahu, ada orang yang cuti-cuti macam ni memang wajib kena cari nasi lemak dulu baru enjin badan dia boleh hidup.
Kau jangan risau, Nasi Lemak DRP yang suci, bersih dan halal sentiasa sedia menanti kau sekeluarga.
Sambil kau melayan secawan kopi panas, cubalah rasa menu signature yang kau selalu tengok dalam travelog RareTV tu, layan Shashouka kami. Paduan daging lembu segar dari ladang RPWP Agro di Lenggeng, diproses sendiri oleh tangan kami, memang takkan mengecewakan.
Hah, Mee Kari Nyoya air tangan Mak Long jangan kau lupa. Ni wajib kau rasa, menu yang baru berusia 2 minggu di RareCafe tapi dah mendapat sambutan hangat. Panas-panas kuah tu kau hirup memang layan dik.
Kalau nak yang lebih santai, order p**a Roti Bakar yang dilumur pekat dengan Sekaya Telur Itik hasil ternakan kami sendiri. Barang rare ni, kalau kau tak rasa hari ni, memang rugi.
Paling penting, Abang nak kau sekeluarga rasa selesa.
Kat sini parking luas, tandas bersih dan surau pun kami sediakan dengan selesa untuk kau tunaikan solat.
Jadi tak ada alasan lagi untuk kau ragu-ragu nak singgah bawa rombongan keluarga besar.
Alang-alang hari baik bulan baik ni juga, kalau kau tergerak hati nak buat amal jariah, nak berinfaq makanan kepada mereka yang memerlukan, kafe kami sedia jadi pemudah cara.
Kau panggil saja Kak Liza kat kafe nanti, beritahu apa yang kau nak sedekahkan, biar kami uruskan selebihnya.
Mudah sangat nak kutip pahala tahun baru ni.
Jom orang Bangi, Kajang dan Putrajaya. Abang dah pesan dekat team supaya bersiap siaga terima kedatangan kau sebagai tetamu kehormat kami hari ini.
Lokasi penuh Abang tinggalkan di ruang komen. Kalau takut tak ada meja sbb cuti umum ni, boleh terus hubungi Kak Liza +60 12-380 7585 untuk tempahan awal ya.
Jumpa di meja makan, gais!
Shauqi Hasan
Barista sebelum terbang naik Aroya Cruise ke Istanbul dan Greece hari Jumaat ni.
08/06/2026
NIKMATI SARAPAN KAMPUNG RESEPI ASLI DAN HOMEMADE DI RARECAFE
Sarapan pagi paling simple dan paling sedap. Pagi-pagi tak lengkap kalau tak pekena roti bakar bersama sekaya homemade dan telur goyang 2 biji, pelengkap hidangan!
🍞 Roti homemade special dibakar rangup keemasan.
🥥 Sekaya homemade yang lemak, manis dan harum.
🥚 2 biji telur goyang yang dimasak sempurna.
☕ Memang ngam dicicah sambil hirup kopi atau teh tarik barista yang Rare...
Sekali cuba, memang susah nak move on!
Resepi homemade istimewa.
Sesuai untuk sarapan dan minum petang.
Jadilah orang yang terawal membuat pesanan sebelum habis. Dan jangan lupa tag sahabat wajib belanja set ni.
05/06/2026
MENU TERBARU RARECAFÉ MULAI ESOK!
Bayangkan semangkuk mee kari panas berasap dengan kuah kari pekat yang kaya rempah, dihiasi dengan:
🦐 Udang segar
🦪 Kerang pilihan
🍗 Ayam carik lembut
🥚 Telur rebus
🧆 Fish ball & fried fish cake
🥣 Tauhu pok yang menyerap kuah kari
Lepas perah limau kasturi dan gaul sekali dengan bawang goreng rangup serta sambal merah asli, memang padu! 🔥
Buat mereka yang gemarkan kuah kaw, rasa berempah, lemak secukupnya dan topping yang puas hati, korang kena cuba mee kari istimewa dari RareCafé bermula jam 11 pagi esok.
*Stok harian adalah terhad.
Bawa keluarga, ajak kawan-kawan, dan rasai sendiri kenapa menu ini bakal menjadi antara kegemaran pelanggan RareCafé.
Ini Baru Rare!
03/06/2026
Ini satu lagi rahsia menu RareCafe yang Abang nak bocorkan hari ni. Ramai yang datang cafe ingat kita cuma ada pakar kopi dengan menu western je kan?
Sebenarnya, kami ada satu resipi rahsia untuk kau yang berjiwa tenang iaitu siri teh Matcha daripada Niko Neko.
Bagi kau yang baru nak berjinak dengan dunia teh hijau ni, kami ada sediakan Matcha KYN. Yang ni dah siap-siap pre-mix dengan rasa manis-manis manja dan ada nota rasa vanilla.
Memang mesra tekak orang kita, sekali sedut terus jatuh cinta.
Sebelum masuk bulan Jun ni, Abang dengan team ada buat analisa
Abang dan team dah selesai buat analisa data jualan sepanjang bulan Mei yang lepas. Kita nak tengok apa sebenarnya yang ada dalam sanubari pencinta Matcha ni bila dia datang RareCafe. Dan hasil data kami... sangat menarik untuk Abang kongsi dengan kau.
Sepanjang bulan Mei, ini rekod yang team Abang kutip:
Matcha Latte: 76 cawan terjual.
Matcha Strawberry: 111 cawan terjual!
Haaa... dari pattern jualan ni, Abang dah boleh baca sangat dah taktik kau dik. Kau sebenarnya jenis yang tak boleh hidup kalau tak dapat benda manis kan?
Hahaha! Pantang nampak gabungan Matcha dengan strawberi segar, terus kau borong sampai pecah rekod.
Takpe dik abang faham... gabungan rasa pahit-pahit teh dengan masam manis buah tu memang boleh buat healing otak yang tengah serabut dengan kerja.
Disebabkan siri Matcha ni mendapat tempat kat hati kau, Abang ingat nak bawa masuk specialty grade yang baru untuk menu akan datang. Tapi Abang tengah pening kepala nak buat pilihan, sampai si Zalikha pun dah buntu nak tolong Abang fikir.
Abang nak minta pandangan jujur daripada kau yang tengah baca post ni. Antara dua gred premium ni, kau jenis layan yang mana:
AJISAI 2.0 (Uji Matcha): Yang ni jenis ada profil rasa yang sangat bold, ada rasa kacang (nutty), pembakarannya sederhana (medium-roasted) dan ada rasa sedikit savory atau umami. Kakak kau memang hantu Ajisai ni.
YURI (Pure Umami Matcha): Yang ni p**a lebih smooth, rasa hijau dedaun yang segar (fresh savory green note) dan sesuai sangat kalau nak buat Matcha Latte yang berkrim dan tenang.
Abang secara peribadi? Abang ni jenis peminat Matcha yang pahit, dik. Baru gentle orang cakap! Hahaha.
So dik, nak minta kau tolong Abang buat keputusan minggu ni. Cuba kau KOMEN kat bawah, kau lebih prefer Ajisai 2.0 atau Yuri?
Sambil-sambil kau bagi pilihan tu, abang nak tahu juga... kat kawasan rumah atau office korang sekarang, berapa harga secawan Matcha premium yang biasa kau minum?
Cuba kongsi sikit, Abang nak buat kajian pasaran j*p.
Sila pilih dan komen sekarang dik. Pilihan kau menentukan apa yang bakal keluar kat kaunter RareCafe minggu depan!
Jumpa kat ruang komen.
Shauqi Hasan
Peminat tegar matcha tegar yang pahit.
03/06/2026
MENU SIGNATURE RARE HANYA DI RARECAFÉ
Peminat sarapan style western wajib cuba Shakshouka RareTV!
Kuah tomato homemade yang pekat dan berperisa, dipadankan dengan 2 biji telur separuh masak. Ditabur herba segar dan dihidangkan bersama roti homemade garlic confit yang rangup di luar, lembut di dalam.
Sekali cicah roti dalam kuah tu, memang susah nak berhenti makan!
Nikmati hidangan istimewa ini secara;
🍳 Fresh dimasak bila order,
🍳 Mengenyangkan.
🍳 Sesuai untuk sarapan, brunch atau minum petang.
Hanya RM18 sahaja!
📍 Singgah di RareCafe dan cuba sendiri. Jangan lupa tag kawan yang kaki breakfast & mengopi untuk rasai suasana cozy di cafe kami.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Lot 79979, Kompleks RPWP, Jalan Abim, Sungai Ramal Dalam
Kajang
43000
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 20:00 |
| Tuesday | 09:00 - 20:00 |
| Wednesday | 09:00 - 20:00 |
| Thursday | 09:00 - 20:00 |
| Friday | 09:00 - 20:00 |
| Saturday | 09:00 - 20:00 |
| Sunday | 09:00 - 20:00 |