PEMBINA UKM
Persatuan Belia Islam Nasional Cawangan UKM
VISI :
"Menjadi peneraju aktivisme belia Islam melalu
09/03/2026
AL-FATIHAH & UCAPAN TAKZIAH
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA UKM) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Prof. Diraja Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas yang telah kembali ke Rahmatullah pada 8 Mac 2026.
Beliau merupakan mutiara ummah dan tokoh pemikir peradaban Islam yang disegani. Sebagai antara intelektual Muslim paling berpengaruh, jasa beliau dalam mempelopori pendekatan Adab dalam Pendidikan menjadi rujukan utama dunia Islam kontemporari sehingga kini.
Pemergian beliau merupakan suatu kehilangan besar buat dunia ilmu dan umat Islam keseluruhannya.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan menempatkan beliau dalam kalangan para solihin serta hamba-Nya yang beramal soleh.
Amin Ya Rabbal 'Alamin.
Ikhlas daripada,
PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL (PEMBINA)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
SESI 2025/2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
Kajang
43600