ENJINDOTCOM
ENJINDOTCOM -- ENJIN MEDIA RESOURCES -- 201703437266 (002752428-W) is a new automotive tourism media channel
29/05/2026
Jenama motosikal Malaysia, Aveta, telah secara rasmi memulakan operasi Pusat Servis Teknikal baharunya, yang berperanan sebagai kemudahan lepas jualan strategik yang dibuka khas untuk menyediakan sokongan teknikal lanjutan, perkhidmatan diagnostik rumit dan penyelesaian
waranti bagi pemilik motosikal Aveta dan
Peugeot di seluruh negara.
Bukan setakat pusat servis biasa, kemudahan baharu ini merupakan sebahagian daripada
pelaburan berterusan Aveta untuk menambah baik pengalaman pemilikan pelanggan, kecemerlangan teknikal, dan sokongan produk jangka panjang sambil syarikat mengembangkan
jaringan operasi di Malaysia.
Memandangkan jangkaan pelanggan semakin meningkat dalam pasaran kenderaan dua roda, khidmat sokongan lepas jualan yang boleh dipercayai telah menjadi pembeza penting bagi jenama motosikal. Pelancaran Pusat Servis Teknikal Aveta menekankan komitmen syarikat untuk memberikan ketenangan fikiran sepanjang perjalanan pemilikan.
“Pusat ini mencerminkan komitmen jangka panjang kepada pemilik motosikal di Malaysia. Memahami bahawa sokongan lepas jualan penting memainkan peranan yang sama dengan kualiti produk itu sendiri. Dengan menubuhkan sebuah pusat teknikal khusus, Aveta mencipta ekosistem sokongan lebuh kukuh yang membolehkan ianya menyelesaikan kes lebih rumit dengan secara cekap, memenuhi piawaian kualiti dan dapat memberikan tahap keyakinan lebih kukuh kepada para pelanggan kami,” kata Steven Lim, Pengarah Urusan Kumpulan Aveta Motor Malaysia.
Pusat ini beroperasi pada hari Isnin hingga Khamis dari jam 8:30 PG hingga 5:30 PTG (Rehat Makan Tengah Hari: 12:30 TGH HARI – 1:30 TGH HARI) dan hari Jumaat dari jam 8:30 PG hingga 5:30 PTG (Rehat Makan Tengah Hari: 12:30 TGH HARI – 2:30 PTG). Kunjungan adalah melalui temujanji sahaja bagi memastikan perkhidmatan yang lebih efisien dan perhatian yang lebih khusus kepada setiap pelanggan. Pelanggan boleh menjadualkan janji temu dengan menghubungi +6012 503 5409
16/05/2026
BMW enam paip ekzos, enam lampu hadapan LED. Setiap perincian BMW Motorrad Vision K18 ini memberi kelainan dengan enjin enam silinder sebaris yang ikonik.
14/05/2026
Motosikal Kove 450RR berjaya menawan 21 Selekoh. Motosikal bersaiz pertengahan dalam pertarungan besar, 450RR berjaya ke garisan penamat.
15–17 Mei Pusingan WorldSBK Czech
Autodrom Most, Republik Czech
KOVE MOTO | Fokus Pada Prestasi
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Bandar Baru Bangi
Kajang
43650