TNB Integrated Learning Solution - ILSAS

TNB Integrated Learning Solution - ILSAS

Share

We incorporate PRAXIS - a hands-on approach to ensure total application of the knowledge translating to job-ready workforce.

02/07/2026

Sekalung Tahniah

Tahniah diucapkan kepada En. Bhumi Mas Pian atas pelantikan sebagai Head (Group Strategy, Planning & Performance Delivery), Strategy & Ventures Division, TNB berkuat kuasa 1 Julai 2026.

Warga kerja TNB ILSAS mendoakan kejayaan dan kecemerlangan berterusan.

Photos from TNB Integrated Learning Solution - ILSAS's post 01/07/2026

ILSAS SAFETY DAY 2026: SAFETY PULSE DENYUTKAN BUDAYA KESELAMATAN

30 Jun 2026 – Institut Latihan Sultan Ahmad Shah (ILSAS) terus memperkukuh komitmennya dalam membudayakan keselamatan menerusi penganjuran ILSAS Safety Day 2026, yang menyaksikan pelancaran inisiatif Safety Pulse – Denyut Nadi Budaya Selamat sebagai simbol iltizam untuk menjadikan keselamatan sebagai nilai teras dalam setiap aspek operasi dan amalan kerja.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan ILSAS, Tuan Haji Zulfikli Haji Salahudin, serta diserikan dengan kehadiran En. Ryan Loh Kin Weng, Head of HSE TNB, Prof. Ir. Dr. Kharul Salleh Mohamed Sahari, Naib Canselor UNITEN dan En. Mohd Zahid Mohd Nordin, Ketua Pegawai Operasi Allo Technology.

Bertemakan usaha memperkasakan budaya kerja selamat, program ini menghimpunkan pelbagai pengisian yang memberi nilai tambah kepada warga ILSAS. Antaranya termasuk sesi perkongsian ilmu oleh barisan pakar yang membincangkan isu kesihatan mental di tempat kerja, keselamatan dari perspektif Islam serta keselamatan jalan raya. Para peserta turut mengunjungi Gallery Walk yang mempamerkan pelbagai inisiatif, amalan terbaik dan maklumat berkaitan keselamatan sebagai medium meningkatkan kesedaran serta memperkukuh budaya kerja selamat.

Pelancaran Safety Pulse bukan sekadar satu acara simbolik, sebaliknya menjadi pemangkin kepada usaha berterusan ILSAS dalam menyemai budaya keselamatan yang mampan. Dengan semangat kebersamaan dan komitmen seluruh warga, ILSAS komited memastikan keselamatan terus menjadi denyut nadi organisasi, sekali gus mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat, sihat dan lestari untuk semua.

Want your business to be the top-listed Engineering Company in Kajang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


ILSAS, University Tenaga Nasional, Jalan Ikram/UNITEN, Km 7, Bandar Baru Bangi
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00