Uniten Ventures
We offer and manage professional services to create long term value for the university and community
25/05/2026
📅 22 & 23 April 2026
Seminar Kesihatan dan Keselamatan di Tempat Kerja – Ergonomik (SKKE) anjuran UNITEN Ventures (UV) telah berlangsung dengan jayanya di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Kampus Putrajaya.
Seminar ini menampilkan penceramah berpengalaman, En. Mohd Azlan Abdul Manaf daripada Makmur Safety Health Training & Consultancy, yang telah berkongsi ilmu dan amalan terbaik berkaitan ergonomik bagi meningkatkan tahap keselamatan serta kesejahteraan di tempat kerja.
Program ini memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan amalan ergonomik dalam mengurangkan risiko kecederaan pekerjaan, seterusnya membantu meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja dalam persekitaran organisasi.
Seminar ini turut dilaksanakan sebagai sebahagian daripada inisiatif PERKESO melalui misi Vision Zero, dan pihak UNITEN amat menghargai geran bantuan PERKESO dalam menyokong pelaksanaan program yang memberi impak positif kepada kesejahteraan tenaga kerja ini.
Hubungi kami:- [email protected]
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Address
Jalan IKRAM-UNITEN
Kajang
43000
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |