Xander By Syera
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Xander By Syera, Advertising/Marketing, Kajang.
13/09/2018
Cara Memilih Minyak Wangi Yang Sesuai Dengan Penampilan Diri
Berikut adalah cara memilih minyak wangi yang sesuai dengan penampilan diri anda;
Cara #1 : Ekstrovert
cara memilih minyak wangi sesuai untuk watak extrovert
Jika anda seorang yang aktif, mudah mesra, s**a bersosial dan gemar bekerja dalam kump**an, anda termasuk dalam kump**an ekstrovert, wangian yang sesuai bagi golongan ini adalah beraroma seperti vanila, anggur dan cendana kerana dapat meningkatkan daya penarik ekstrovert.
Cara #2 : Introvert
cara memilih minyak wangi sesuai untuk watak introvert
Introvert adalah seseorang yang s**a menyendiri, tidak s**a bergaul, pemalu, dan senang bekerja secara sendirian. Haruman lembut dan tenang seperti aroma bunga sakura sangat sesuai dengan penampilan seperti ini.
Cara #3 : Si Romantis
cara memilih minyak wangi sesuai untuk watak romantis
Buat si romantis di luar sana, pilihlah wangian aroma mawar dan melati yang memikat pada tubuh anda. Selain itu, parfum jenis musk putih menjadi aksesori sempurna buat anda untuk memancing pasangan.
Cara #4 : Elegan
cara memilih minyak wangi sesuai untuk watak elegen
Haruman akuatik sangat sesuai buat anda yang mempunyai penampilan yang elegan. Seorang yang mempunyai impian yang besar dalam hidupnya dan Bersemangat dalam apa jua yang dilakukan, intelektual dan bersahaja.
Cara #5 : Sofistikated dan Chic
cara memilih minyak wangi sesuai untuk watak sofistikated
Anda yang gemar mengenakan bauan yang segar iaitu hijau ini s**akan sedikit ‘drama’ dalam hidupnya. Haruman jenis ini mempunyai baunya yang tersendiri dan mampu menghilangkan stres.
Cara #6 : Klasik dan Berkeyakinan
cara memilih minyak wangi sesuai untuk watak klasik
Si pemakai haruman jenis sitrus membawa diri mereka sebagai seorang yang elegan dan mempunyai keyakinan yang sangat tinggi. Wanita yang s**a bauan sitrus mempunyai sisi kecantikan yang klasik.
12/09/2018
Panduan Memilih Minyak Wangi
Terdapat beberapa garis panduan dalam memilih minyak wangi antaranya:
-Kulit
Setiap minyak wangi akan mencetuskan aroma berbeza apabila terkena kulit. Oleh itu, pastikan kita mencuba dulu dengan membuat semburan pada kulit dan bukannya baju bagi memastikan aroma yang sesuai dengan tubuh. Jangan hanya membeli disebabkan terpengaruh dengan jenama sebelum benar-benar yakin wangian itu sesuai dengan diri kita.
-Bau
Pastikan kita memilih minyak wangi beraroma segar yang mempunyai bau mengesankan. Ketika membeli, pastikan kita meminta pandangan rakan (sebaik-baiknya wanita) mengenai minyak wangi sesuai. Biasanya rakan akan memberikan pandangan berbeza mengenai apa yang sesuai dengan personaliti diri kita.
-Bahan dan aroma
Minyak wangi boleh dipilih berdasarkan bahan serta aroma digunakan. Misalnya, minyak wangi berperisa kayu, buah-buahan, bunga-bungaan, lautan, sayur-sayuran dan wangian Timur. Biasanya, setiap wangian mempunyai pengkelasan berbeza sama ada sesuai untuk lelaki atau wanita. Bagaimanapun, pilih haruman yang sesuai dengan personaliti dan gaya hidup kita.
- Iklim dan Musim
Memilih minyak wangi juga harus mengambil kira iklim dan musim. Minyak wangi yang baik untuk musim sejuk tidak semestinya baik untuk musim panas. Oleh itu, amat penting memilih minyak wangi sesuai bukan saja pada kulit tapi iklim dan musim.
10/09/2018
Thankyou sis nadia krna brminat dngn
10/09/2018
Petua Wangikan Kereta.
Masalah dalaman kereta sering berbau busuk dan hapak pasti dilalui oleh sesiapa saja yang memiliki kereta. Lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai anak yang s**a makan ketika berada dalam kereta dan bahan makanan mungkin terjatuh atau tertumpah dan sebagainya yang akan meninggalkan bau yang kurang menyenangkan.
Tips mudah, korang isikan dalam bekas hampas kopi yg korang bancuh kopi... lepas tu masuk dlm bekas n letak bawah seat...
Tips yg paling mudah lagi...
Gunakan shj Xander Wanted utk kereta kami sekali sembur semua hapak hilang!!! Betul2 odour eliminate!!! Tak caye cuba laa sendri...
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Kajang