Syahredzan Johan
🇲🇾 Ahli Parlimen Bangi
Member of Parliament for Bangi | 万宜区国会议员 | பாங்கி நாடாளுமன்ற உறுப்பினர்
🚀 Naib Pengerusi Kebangsaan DAP | DAP National Vice Chairman
21/06/2026
Liga Komuniti Bangi 2026
Penganjuran tahun ketiga Liga Komuniti Bangi menyaksikan penyertaan 10 pasukan daripada sekolah menengah dan kelab bola sepak sekitar Bangi di Stadium Seksyen 15, Bandar Baru Bangi.
Majlis perasmian diserikan dengan kehadiran Haji Mazwan Johar, Penyelaras DUN Sungai Ramal, Ahli Majlis MPKJ, Haji Bukhari Bachok dan En. Farhan Haziq serta Ketua Kampung Teras Jernang, Tok Fadzil.
Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Wayne Ong Chun Wei, ADUN Balakong.
Semangat kesukanan, perpaduan komuniti dan pembangunan bakat muda terus menjadi nadi Liga Komuniti Bangi.
Rakyat Malaysia yang layak, memiliki kenderaan diesel atas namanya akan nikmati diesel bersubsidi RM2.10/L mulai Julai guna MyKad
21/06/2026
Sempat borak pendek mengenai PRN Johor setelah selesai sesi taklimat pre-council pagi tadi.
20/06/2026
Pagi tadi, Sdri Nor Zulaila atau lebih dikenali sebagai Lily telah diumumkan sebagai bakal calon Pakatan Harapan bagi kerusi DUN Tiram dalam PRN Johor 2026.
Setelah bertahun berkhidmat di Bangi, kini anak Johor ini pulang untuk menawarkan khidmat di Tiram.
Saya dan DAP Bangi akan memberikan segala sokongan buat Sdri Lily dalam gelanggang tempur yang akan datang.
Tiram bukan kerusi yang mudah. Jauh sekali kerusi yang selamat.
DAP tidak pernah bertanding di Tiram, yang demografinya mempunyai lebih 60 peratus Melayu.
Cabaran untuk menawan kerusi DUN ini cukup besar.
Ukuran sebenar seseorang itu adalah sama ada dia bersedia untuk menyahut cabaran, apabila cabaran itu datang kepadanya.
Adakah dia akan menghadapinya dengan berani, atau sebaliknya mengambil jalan yang lebih mudah?
Sdri Lily menyahut panggilan untuk pulang ke Johor, menggalas tanggungjawab dan membawa harapan ke Tiram.
Menang kalah, di tangan pengundi. Apa pengakhirannya, ditentukan Ilahi.
Tetapi dengan Sdri Lily di hadapan, kami akan usahakan yang terbaik. Sehingga berjaya, insya-Allah.
19/06/2026
.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Telephone
Website
Address
67A, Tingkat 1, Taman Sri Reko, Jalan Reko
Kajang
43000
Opening Hours
| Monday | 10:00 - 17:00 |
| Tuesday | 10:00 - 17:00 |
| Wednesday | 10:00 - 17:00 |
| Thursday | 10:00 - 17:00 |
| Friday | 10:00 - 17:00 |