Math Thinker
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Math Thinker, Education, Taman Nadayu 92, Kajang.
19/07/2017
Lagi Isu Pasal Silibus Math Darjah 1
Assalamualaikum & selamat pagi semua.
Maaf sebab lama tak update. Math Thinker agak sibuk sikit kebelakangan nie.
Sekarang sementara tunggu urusan selesai kat PJ, Math Thinker nak berkongsi la apa yang Math Thinker think pasal isu nie.
Sekadar berkongsi ye. Jangan kecam Math Thinker p**a. 😅
Sebenarnya nak mahir dalam apa-apa subjek/bidang, bagi Math Thinker kita kena FAHAM KONSEP.
Begitu juga dalam Math. Nak mahir Math nie, nak tak nak memang kena FAHAM KONSEP. Teknik HAFALAN sekadar membantu saja. Bukan kunci utama untuk mahir.
Ikut pengalaman Math Thinker mengajar pelajar-pelajar dalam kategori sederhana ke atas, mereka nie agak hebat dalam TEKNIK HAFALAN tapi tak semua hebat dalam menguasai FAHAM KONSEP.
Sebagai contoh, soalan direct tentang persamaan serentak (Gambar #1), insyaAllah ramai yang boleh jawab. Sebab ia ada TEKNIK yang kita boleh INGAT walaupun mungkin kita TAK FAHAM KONSEP.
Tapi, apabila melibatkan soalan menyelesaikan masalah/KBAT (Gambar #2), tak ramai yang mampu menggunakan KONSEP persamaan serentak tadi. Sebabnya ialah mereka tak FAHAM KONSEP persamaan serentak yang sebenarnya mereka boleh gunakan untuk selesaikan masalah tu.
Jadi, bagi Math Thinker, silibus Math Darjah 1 yang telah dikemaskini dan diperbaiki ada kebaikannya.
Kebaikan yang sangat penting ialah pelajar didedahkan lebih awal tentang kepentingan FAHAM KONSEP berbanding TEKNIK HAFALAN semata-mata.
Math Thinker yakin dan percaya, guru-guru Math mampu mendidik pelajar-pelajar zaman sekarang nie dengan lebih baik.
Pelajar-pelajar p**a jangan pernah rasa give up. Parents pun kena sentiasa bagi motivasi kepada pelajar dan sokongan kepada guru.
Ingat, pentingkan FAHAM KONSEP berbanding TEKNIK HAFALAN.
Kalam Math Thinker 😊
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Taman Nadayu 92
Kajang