Nota Visual
Medium untuk berkongsi tentang asas melukis dan aplikasinya dalam pembelajaran dan pengajaran. Terbu
29/08/2024
"Buatlah satu-satu," pesan ibu saya apabila melihat saya kelelahan dalam melakukan sesuatu perkara.
Benar, buatlah satu-persatu. Semampu kita dalam satu waktu. Yang penting perkara besar yang kita mahu capai itu dapat disempurnakan. Yang penting jangan terbengkalai di tengah jalan.
Cabaran dunia hari ini dengan kehadiran teknologi yang maju membuatkan ramai berfikir mereka mampu membuat pelbagai tugas dalam satu masa. Mungkin boleh tetapi bagaimana dengan kualiti atau daya efisien kerja yang dilakukan?
Oleh itu kita mesti mampu mengenalpasti keutamaan perkara yang ingin dicapai? Jika boleh dipecah-pecahkan perkara-perkara itu kepada tugasan lebih kecil maka kenal pasti p**a yang mana kita mesti lakukan dan yang mana p**a boleh kita serahkan kepada orang lain.
Maka buat satu-persatu. Yang penting kita jelas dengan apa yang ingin capai.
02/08/2024
Ramai yang gagal (boleh dikatakan kita semua pernah gagal) dan ramai juga yang gagal untuk belajar daripadanya.
Mungkin kita gagal belajar daripada kegagalan kerana tidak tahu bagaimana mahu menukar kejayaan itu kepada satu pembelajaran yang sangat berharga.
Saya kongsikan 6 langkah yang boleh diambil untuk kita belajar daripada kegagalan.
𝟏. 𝐀𝐤𝐮𝐢 𝐤𝐞𝐠𝐚𝐠𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮
Langkah ini yang paling penting. Selagi kita tidak mengakui kita tidak akan dapat pergi ke langkah seterusnya. Sekiranya kegagalan itu membuat kita terkhilaf dengan orang lain - akuinya dan mohon maaf. Pendek kata, rendahkan ego kita.
𝟐. 𝐊𝐚𝐣𝐢 𝐤𝐞𝐠𝐚𝐠𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮
Bertanyalah kepada diri kita apa yang sebenarnya berlaku. Apakah perkara yang tidak berlaku seperti yang kita mahukan. Cari punca sebenar bukannya simptom kegagalan. Apabila kita memahami apa yang sebenarnya berlaku dan puncanya maka anda akan mempunyai pilihan yang lebih baik pada masa datang.
Berlapang dada dalam melalui proses ini.
𝟑. 𝐃𝐚𝐩𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧
Jangan malu untuk mendapatkan pertolongan. Pasangan anda, rakan anda, ahli keluarga yang lain. Sesiapa sahaja yang mampu membantu kita kerana selalunya kita tidak mampu menyelesaikan sesuatu itu berseorangan.
𝟒. 𝐊𝐞𝐧𝐚𝐥𝐩𝐚𝐬𝐭𝐢 𝐤𝐞𝐥𝐞𝐦𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐧𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬𝐧𝐲𝐚
Kenal pasti apakah kekurangan yang menyebabkan kegagalan itu. Pemgetahuan? Kemahiran? Teknologi? Sokongan orang sekeliling? Pastikan kita dapat melakukan sesuatu ke atas kekurangan itu.
𝟓. 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐢𝐧𝐝𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠!
Bertindak! Tidak guna kita mengenalpasti kekurangan yang berlaku jika tidak ada tindakan susulan. Tetapkan sasaran anda sebaik-baiknya. Juga jangan lupa untuk sentiasa melihat semula di mana anda dalam proses ini.
𝟔. 𝐓𝐮𝐤𝐚𝐫 𝐦𝐢𝐧𝐝𝐚 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 '𝐆𝐫𝐨𝐰𝐭𝐡 𝐌𝐢𝐧𝐝𝐬𝐞𝐭'
Ini penting. Jika pemikiran anda masih di takuk lama kemungkinan anda jatuh semula ke jurang lama adalah tinggi. Tukar pemikiran kita kepada 'growth mindset' iaitu satu set pemikiran yang sentiasa ingin memajukan dan memajukan diri sendiri.
Semoga anda dapat mencapai apa juga impian anda. Memang benar mimpi itu percuma namun merealisasikannya itu memerlukan galang gantinya.
01/08/2024
Kelas Seni dengan anak-anak darjah 1 dan 2.
Objek : Harimau (kartun)
Medium warna : Oil Pastel
Masa : 2 jam
Selepas beberapa sesi terdapat beberapa murid yang telah bertambah baik hasil lukisan dan melukis mereka. Lukisan dan warna mereka lebih kemas dan bersih.
Boleh hubungi saya untuk kelas-kelas sebegini untuk komuniti di tempat anda.
15/07/2024
Mengapa perlu keluar daripada zon selesa? Apa yang ada di luar zon selesa kita itu? Jika kita cuba keluar daripada zon itu adakah ia diluar daripada zon itu?
Untuk keluar daripada zon selesa ia memerlukan kekuatan yang sangat kuat. Perlu ada kenapa dan mengapa kita mahu keluar. Ia penting kerana itulah yang akan terus mendorong kita melakukan perubahan.
Keluar dari zon selesa adalah satu kembara baru dengan cabaran yang pelbagai. Di antaranya adalah ia memberikan perspektif baru di dalam kehidupan kita. Akan datang kepada kita idea-idea dan pandangan baru yang mungkin kita hanya dengar sahaja selama ini.
Kedua; mungkin ada peluang yang tidak pernah kita fikirkan sebelum ini. Ia datang kerana sudah ada idea baru ataupun kita sudah menjalin hubungan baru.
Hubungan baru hanya terjadi sekiranya kita keluar daripada kump**an kenalan kita sahaja. Bagaimana kita mahu berkembang sekiranya hubungan kita hanya dengan orang yang itu-itu sahaja.
Malahan apabila kita sudah kenalan baru, idea baru dan peluang baru maka ini semua akan mematangkan diri kita semua dalam kehidupan sehari. Seterusnya ini akan dapat memacu diri mencapai kejayaan hidup yang kita impikan.
Keluar dari zon selesa anda. Bagaimana? Anda tahu sebenarnya, carilah.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Kajang
43000