Leadership Development Centre - LDC
Empowering Tomorrow’s Leaders Through Resilience, Realignment, and Growth
19/05/2026
Belajar Dari Masa Lalu, Memimpin Masa Depan: Penutup Bermakna Buat EDGE 04
LDC-ILSAS, Bangi| 14 Mei 2026
Sebagai slot penutup yang istimewa dalam perjalanan 31 hari learning experience Executive Development for Growth & Excellence (EDGE) 04, sesi Conversation Amongst Leaders (CAL) bersama Chief Retail Officer, Datuk Kamal Ariffin bin A. Rahman menjadi ruang refleksi yang cukup bermakna buat para peserta. Program pembangunan ini merupakan hasil kolaborasi strategik antara Leadership Development Centre (LDC), ILSAS dan Group People Division (GPD), TNB, yang dirangka bukan sekadar sebagai program latihan, tetapi sebagai pengalaman pembelajaran menyeluruh untuk membentuk generasi pemimpin masa depan TNB. Dalam sesi ini, peserta bukan sahaja mendengar perkongsian seorang pemimpin korporat berpengalaman, tetapi diajak memahami perjalanan sebenar kepimpinan, strategi perniagaan dan pembentukan karakter dalam organisasi yang terus berkembang.
Salah satu mesej beliau yang paling memberi kesan ialah tentang bagaimana pembelajaran benar-benar berlaku. “What you write, you will remember. What you hear, you may forget. What you do, you understand. And when you understand, it stays with you.” Pesanan ini mengingatkan bahawa pembangunan diri tidak berlaku secara pasif. Menulis, merefleksi, mencuba dan menghayati pengalaman adalah sebahagian daripada proses membina pemikiran kepimpinan. Dalam konteks TNB, anggota kerja baharu digalakkan untuk bukan sekadar melaksanakan tugasan, tetapi memahami ‘why’ di sebalik setiap keputusan dan bagaimana pemimpin terdahulu membentuk hala tuju syarikat untuk memastikan kelestarian, pertumbuhan dan relevansi TNB dalam landskap tenaga yang sentiasa berubah.
Perjalanan transformasi TNB sendiri menjadi kelas kepimpinan yang sangat bernilai. Dari aspirasi T7 dengan fokus Get Our House in Order, Defend the Core Business, Prepare for Growth, kepada agenda Service Excellence 10/10, Gemilang 15, sehingga ke Reimagining TNB 2.0, setiap fasa menunjukkan bahawa organisasi yang hebat dibina melalui disiplin strategik, keberanian berubah dan kejelasan hala tuju. Namun mesej Datuk Kamal melangkaui strategi korporat, ia juga tentang pembentukan diri sebagai pemimpin. Tetapkan aspirasi peribadi, berani keluar dari zon selesa, bina reputasi sebagai team player, ukur prestasi diri kerana what gets measured gets done, jauhi politik pejabat yang tidak sihat, dan asah kemahiran mendengar dengan baik. Kerana akhirnya, membina kerjaya di TNB bukan hanya tentang memegang jawatan tetapi tentang membina kepercayaan, karakter dan keupayaan untuk memimpin masa depan.
19/05/2026
𝐒𝐭𝐫𝐞𝐧𝐠𝐭𝐡𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠 𝐋𝐞𝐚𝐝𝐞𝐫𝐬𝐡𝐢𝐩 𝐓𝐢𝐞𝐬 𝐰𝐢𝐭𝐡 𝐈𝐌𝐃
We were honoured to welcome representatives from the IMD SE Asia for a meaningful and engaging discussion with LDC, ILSAS on potential collaborations and future opportunities.
Recognized globally for its strong reputation in executive education, leadership development, and innovation, IMD continues to be a leading institution in shaping impactful leaders across industries and regions. We are excited about the possibilities of working together to elevate leadership capabilities in the region and further strengthen the development of our people in TNB.
The 1.5-hour discussion was fruitful and insightful, with both parties sharing aspirations, ideas, and strategic directions for future collaboration.
The session was graciously hosted by Puan Suhaila Shawal, Director of the Leadership Development Centre, together with Surinder Kaur from the LDC team. IMD was represented by Ms. Poonkodi Thirumalai, Country Director, IMD SE Asia, and Mr. Yong Sun Soh, Associate Director, Business Development, IMD SE Asia.
We look forward to building a meaningful partnership that will create valuable opportunities for both organisations and contribute towards developing future-ready leaders.
08/05/2026
𝐇𝐮𝐦𝐚𝐧 𝐆𝐨𝐯𝐞𝐫𝐧𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬: 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐥𝐮𝐬
“𝐁𝐢𝐥𝐚 𝐍𝐢𝐥𝐚𝐢 𝐃𝐢𝐮𝐣𝐢 — 𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧, 𝐓𝐞𝐤𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐦𝐚𝐧𝐚𝐡.”
6 Mei 2026 | ILSAS x LDC x TNB MITC Melaka
Dalam dunia yang semakin mencabar hari ini, isu integriti bukan lagi sekadar soal pematuhan atau polisi organisasi semata-mata. Ia berkait rapat dengan manusia bagaimana kita berfikir, membuat keputusan, mengurus emosi dan memilih jalan kehidupan. Atas kesedaran itu, Jabatan TNB Integriti dengan kerjasama Leadership Development Centre (LDC)-ILSAS telah menganjurkan Human Governance Series: Sembang Telus, satu platform perkongsian yang membawa pendekatan lebih dekat, jujur dan menyentuh realiti kehidupan sebenar.
Program yang berlangsung secara hybrid ini telah menghimpunkan kira-kira 100 anggota kerja TNB dari sekitar Melaka, Negeri Sembilan dan Johor secara fizikal, manakala lebih 750 warga kerja TNB turut mengikuti sesi ini secara dalam talian. Kehadiran dan sokongan yang memberangsangkan ini jelas menunjukkan bahawa isu berkaitan nilai, integriti dan kesejahteraan diri semakin mendapat perhatian dalam kalangan warga organisasi.
Turut hadir memeriahkan program ialah Encik Ahmad Petra Firdaus bin Abdullah, Chief Integrity Development Officer TNB, yang bukan sahaja menyampaikan ucaptama, malah turut memberikan inspirasi kepada para hadirin agar terus mengangkat integriti sebagai tanda aras dalam setiap tindakan, keputusan dan amanah yang dipikul. Kehadiran beliau menggambarkan komitmen berterusan TNB dalam memperkukuhkan budaya integriti yang bukan hanya diterapkan dalam sistem, tetapi juga dihayati dalam jiwa setiap warga kerja. Puan Mariati binti Che Omar, General Manager (Retail & Stakeholders - Melaka), SME & Residential, Retail Division, TNB hadir membuktikan sokongan pengurusan terhadap inisiatif pembangunan insan dan nilai yang memberi impak besar kepada organisasi.
Sesi pertama telah disampaikan oleh Encik Mohammad Farid bin Fadzil, Ketua Cawangan AKPK Melaka, menerusi tajuk “Antara Emosi dan Wang: Siapa Mengawal Siapa?”. Perkongsian ini membuka perspektif para peserta tentang bagaimana emosi boleh mempengaruhi keputusan kewangan dalam kehidupan seharian. Melalui pendekatan santai dan dekat dengan realiti masyarakat, beliau menjelaskan bahawa tekanan kewangan sering bermula daripada keputusan kecil yang dipandang remeh, namun mampu memberi kesan besar kepada kehidupan, hubungan dan prestasi kerja jika tidak diurus dengan baik.
Manakala sesi kedua bertajuk “Peluang Itu Milik Siapa” telah disampaikan oleh Dr. Malik Yatam (Dr. Murad), seorang bekas banduan yang berjaya mengubah perjalanan hidupnya sehingga memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD). Perkongsian beliau sangat menyentuh hati kerana bukan sekadar berkisar tentang peluang kedua, tetapi lebih mendalam tentang pilihan hidup, integriti diri, kebergantungan kepada Allah SWT serta kekuatan untuk bangkit daripada masa lalu. Kisah perjalanan beliau membuktikan bahawa satu keputusan mampu mengubah keseluruhan arah kehidupan seseorang, dan bahawa ilmu serta kesedaran diri mampu menjadi cahaya dalam kegelapan hidup.
Secara keseluruhannya, Human Governance Series: Sembang Telus bukan sekadar program perkongsian biasa, tetapi sebuah ruang refleksi yang mengajak warga kerja melihat semula makna kehidupan, nilai dan amanah dalam dunia pekerjaan dan kehidupan seharian. Kadangkala, manusia tidak berubah hanya kerana arahan atau peraturan, tetapi kerana tersentuh dengan cerita, pengalaman dan kesedaran yang membuka jiwa. Dan mungkin itulah kekuatan sebenar program ini, memanusiakan manusia, agar integriti tidak hanya hidup dalam dokumen, tetapi turut hidup dalam hati dan tindakan setiap insan.
08/05/2026
𝐌𝐞𝐦𝐛𝐞𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐏𝐞𝐦𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧 𝐌𝐚𝐬𝐚 𝐃𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐓𝐍𝐁 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐞𝐫𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐍𝐢𝐥𝐚𝐢, 𝐊𝐞𝐩𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐈𝐦𝐩𝐚𝐤
5 Mei 2026 | Leadership Development Centre (LDC), ILSAS
Dalam usaha membentuk generasi pemimpin masa depan yang bukan sahaja kompeten, tetapi turut dipandu oleh nilai, integriti dan kejelasan dalam kepimpinan, Group People Division dan Leadership Development Centre (LDC), ILSAS telah menganjurkan CPeO Engagement Session bersama peserta Executive Development for Growth & Excellence (EDGE04) yang menampilkan Puan Feldatun binti Sharif, Chief People Officer, Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Sesi ini memberi peluang kepada para peserta untuk mendengar secara langsung perspektif kepimpinan strategik daripada pemimpin utama organisasi, khususnya tentang jangkaan TNB terhadap barisan pemimpin masa depan.
Dalam perkongsian tersebut, peserta diingatkan bahawa kepimpinan bukanlah sesuatu yang hanya bermula apabila seseorang memegang jawatan tertentu, sebaliknya dibentuk lebih awal melalui cara berfikir, membuat keputusan, berinteraksi dan membawa diri dalam organisasi. EDGE bukan sekadar program orientasi, tetapi satu platform pembangunan yang membuka ruang kepada peserta untuk memahami ekosistem perniagaan TNB, membina jaringan profesional merentas fungsi, memperkukuh identiti kepimpinan serta menterjemahkan pembelajaran kepada tindakan yang memberi nilai kepada organisasi. Seiring perubahan landskap perniagaan yang semakin kompleks, TNB memerlukan pemimpin yang bukan sahaja mampu menyelesaikan masalah, tetapi juga berupaya mencipta kejelasan, berfikir secara sistemik, berkolaborasi secara matang dan sentiasa bertindak berpandukan integriti.
Sesi ini turut menekankan bahawa profesionalisme, kolaborasi dan integriti merupakan asas penting dalam membina kredibiliti kepimpinan. Profesionalisme bukan sekadar bagaimana seseorang menampilkan diri, tetapi bagaimana amanah dilaksanakan dengan persediaan, disiplin, rasa tanggungjawab dan penghormatan terhadap kepercayaan yang diberikan. Dalam organisasi sebesar TNB, kejayaan tidak boleh dicapai secara bersendirian; kepimpinan menuntut kemampuan untuk bekerjasama melangkaui sempadan fungsi demi kepentingan organisasi secara keseluruhan. Lebih utama, integriti kekal sebagai nilai yang tidak boleh dikompromi kerana kepimpinan yang sebenar diukur melalui keputusan dan tindakan yang dilakukan walaupun ketika tiada siapa yang melihat.
Sesi ini menjadi satu peringatan bermakna kepada para peserta bahawa perjalanan kepimpinan bermula daripada pilihan kecil yang dibuat setiap hari membentuk karakter, membina kepercayaan dan akhirnya mencorakkan impak kepada masa depan organisasi.
’sfuture
20/04/2026
𝐊𝐞𝐩𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐨𝐦𝐢𝐭𝐦𝐞𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐞𝐬𝐚𝐧.
10 April 2026 | Dalam satu sesi perkongsian kepimpinan di LDC, ILSAS, Datuk Ir. Ts. Shamsul Ahmad menekankan bahawa orang bukan sekadar hadir untuk berjumpa bos, tetapi untuk didengari.
Pemimpin yang berkesan ialah mereka yang benar-benar mendengar. Seorang pemimpin ibarat harta awam sentiasa diperhatikan, dipertanggungjawabkan, dan diharapkan untuk memahami emosi serta keperluan orang lain. Orang ramai ingin merasakan bahawa pemimpin memahami apa yang mereka lalui.
𝐋𝐢𝐛𝐚𝐭 𝐔𝐫𝐮𝐬 𝐏𝐞𝐦𝐞𝐠𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐫𝐮𝐡 & 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐚𝐧𝐭𝐚𝐮
Perjalanan kepimpinan beliau bermula dengan BCM di Manjung, yang menjadi asas kepada kepercayaan bahawa kepimpinan dibentuk melalui pengalaman, khidmat, dan rasa tanggungjawab. Datuk Ir. Ts. Shamsul Ahmad turut berkongsi pengalaman berharga dalam pengurusan pembekalan arang batu melalui kerjasama serantau dengan Indonesia, yang kini menyumbang kira-kira 70% sumber arang batu. Hubungan jangka panjang ini membuktikan kepentingan kepercayaan, konsistensi, dan saling menghormati dalam kerjasama rentas sempadan.
𝐊𝐞𝐣𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐓𝐢𝐧𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧
Apabila ditanya tentang motivasi di sebalik kejayaan, Datuk Ir. Ts. Shamsul Ahmad berkongsi satu peringatan yang bermakna:
"Kejayaan kadangkala bukan lahir daripada motivasi semata-mata, tetapi daripada keadaan yang memaksa kita untuk bertindak. Rasa takut p**a boleh menjadi pemangkin pembelajaran mendorong seseorang untuk terus belajar, menyesuaikan diri, dan berkembang."
16/04/2026
𝐃𝐚𝐭𝐨’ 𝐑𝐚𝐣𝐚 𝐀𝐛𝐝 𝐉𝐚𝐥𝐢𝐥 𝐁𝐢𝐧 𝐑𝐚𝐣𝐚 𝐙𝐚𝐢𝐝 𝐒𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢 𝐖𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐑𝐒𝐌𝐃 𝐝𝐢 𝐋𝐃𝐂, 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐀𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧 7 𝐇𝐚𝐛𝐢𝐭𝐬 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐊𝐞𝐩𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐢𝐦𝐩𝐚𝐤 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢
9 April 2026 | LDC amat berbesar hati menerima kunjungan Dato’ YM Raja Abd Jalil Bin Raja Zaid yang menyantuni warga RSMD dalam sesi latihan berteraskan The 7 Habits of Highly Effective People.
Walaupun dalam masa yang singkat, perkongsian yang disampaikan cukup bermakna dan sarat dengan refleksi kepimpinan yang relevan dengan cabaran dunia kerja masa kini.
Perkongsian ini menekankan bahawa pembelajaran sebenar tidak hanya berlaku di bilik latihan, selaras dengan konsep 70:20:10, tetapi terbentuk melalui awareness → behaviour → habit yang diamalkan secara konsisten dalam kerja seharian.
Peserta diingatkan bahawa peranan kita bukan sekadar compliance, tetapi untuk mempengaruhi, menyelaras dan membentuk stakeholder ke arah matlamat bersama, sambil memastikan hasil perniagaan dan kelestarian kewangan organisasi terus dipelihara.
Melalui prinsip seperti Be Proactive, Put First Things First, Think Win-Win dan Seek First to Understand, warga kerja digalakkan untuk bertindak secara lebih strategik, berfokus, seimbang dan berimpak tinggi dalam mendepani persekitaran kerja yang semakin kompleks.
Turut mendapat manfaat daripada sesi perkongsian ini ialah para peserta lain yang hadir daripada sektor Retail, Grid, Genco dan DN, yang bersama-sama memperkayakan pengalaman pembelajaran rentas fungsi di LDC.
LDC mengalu-alukan lebih ramai pemimpin untuk berkunjung dan menjadikan LDC sebagai ruang learning in the flow of work pada bila-bila masa.
Terima kasih, Dato’ YM Raja Abd Jalil Bin Raja Zaid
07/04/2026
🔥𝐂𝐨𝐧𝐯𝐞𝐫𝐬𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐀𝐦𝐨𝐧𝐠𝐬𝐭 𝐋𝐞𝐚𝐝𝐞𝐫𝐬 – 𝐂𝐨𝐚𝐜𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐟𝐨𝐫 𝐁𝐮𝐬𝐢𝐧𝐞𝐬𝐬 𝐒𝐮𝐬𝐭𝐚𝐢𝐧𝐚𝐛𝐢𝐥𝐢𝐭𝐲 𝐰𝐢𝐭𝐡 𝐃𝐢𝐠𝐢𝐭𝐚𝐥 & 𝐈𝐧𝐟𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐃𝐢𝐯𝐢𝐬𝐢𝐨𝐧, 𝐓𝐍𝐁
📢𝐂𝐨𝐧𝐯𝐞𝐫𝐬𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐀𝐦𝐨𝐧𝐠𝐬𝐭 𝐋𝐞𝐚𝐝𝐞𝐫𝐬 (𝐂𝐀𝐋) - 𝐒𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 𝟓/𝟐𝟎𝟐𝟔
📅 3 April 2026
📍 TNB ILSAS – Leadership Development Centre
Leadership Development Centre successfully held the Conversation Amongst Leaders session themed “Coaching for Business Sustainability” for the Digital & Information Division, marking the conclusion of the Coaching For Business Sustainability Pilot Project for ICT.
The session was attended by Chief Digital & Information Officer of TNB, Tn Hj Azlan Ahmad, members of Digital & Information Top Management, Managing Director of ILSAS, Tn Hj Zulkifli Salahuddin, Director of Leadership Development Centre, Pn Hjh Suhaila Shawal, as well as all participants of the coaching programme.
The programme commenced with opening remarks by Pn Hjh Suhaila Shawal, who emphasised that continuous leadership development initiatives are actively being carried out at the Leadership Development Centre (LDC) as part of TNB’s ongoing commitment to sustaining and strengthening leadership values across the organisation.
Session Highlights
🔹 𝐒𝐞𝐠𝐦𝐞𝐧𝐭 1: 𝐂𝐨𝐚𝐜𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐋𝐞𝐚𝐫𝐧𝐢𝐧𝐠 𝐈𝐦𝐩𝐚𝐜𝐭
Led by Coach Jahid Jamil, this segment focused on sharing the impact and outcomes of the coaching journey. Participants from the Coaching for Business Sustainability Pilot Project shared valuable reflections:
💡Coaching Apprentices highlighted improvements in communication skills and workplace relationships, with a stronger focus on outcome-driven conversations and the importance of leaders being effective listeners.
💡Coachees shared that coaching provided clearer direction, encouraged appreciation of ideas, and enabled more structured and systematic ways of working.
🔹 𝐒𝐞𝐠𝐦𝐞𝐧𝐭 2: 𝐈𝐧𝐯𝐢𝐭𝐞𝐝 𝐒𝐩𝐞𝐚𝐤𝐞𝐫 𝐒𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧
The session was enriched by a keynote sharing from Professional Coach Raja Azmi Raja Nazuddin, Former GCEO / CFO of Malaysia Airports (MAHB).
💡 Leadership is evolving adopting a leader-as-coach approach is essential for long-term organizational success.
💡 Many organizations struggle to execute strategy effectively, with only a small percentage achieving their intended outcomes.
💡 Effective leadership requires a shift from control to collaboration, and from compliance to genuine commitment.
💡 Coaching plays a vital role in strengthening resilience, clarity, and emotional wellbeing within teams.
💡 Future-ready leaders need to continuously build critical thinking, emotional intelligence, adaptability, and sound decision-making.
💡 High-impact coaching enhances leadership effectiveness, drives innovation, and increases overall organizational value.
The session reinforced TNB’s commitment to developing future-ready leaders and embedding a coaching culture that supports sustainable business performance and people empowerment.
In the same session, Coach Jahid Jamil announced that the initiative will be further expanded across the wider TNB organization under a new programme known as Coaching for Business Excellence.
A similar programme is currently underway for the Finance Academy, reflecting TNB’s continued commitment to building future ready leaders through a strong coaching culture.
Business units are encouraged to take this opportunity to strengthen leadership capability and business performance by participating in this programme.
For further information or to express interest, may contact:
📩Leadership development (LDC) -
📩 Coach Jahid Jamil –
30/03/2026
𝐂𝐨𝐚𝐜𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐟𝐨𝐫 𝐁𝐮𝐬𝐢𝐧𝐞𝐬𝐬 𝐒𝐮𝐬𝐭𝐚𝐢𝐧𝐚𝐛𝐢𝐥𝐢𝐭𝐲 – 𝐅𝐢𝐧𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐀𝐜𝐚𝐝𝐞𝐦𝐲 2026
The Coaching for Business Sustainability programme continues to advance strongly as all selected participants from the Finance Academy 2026 cohort have successfully completed their Coaching Onboarding sessions at TNB ILSAS – Leadership Development Centre. The programme is led by Coach Jahid Jamil, who serves as both coach and trainer for all masterclass sessions.
𝐏𝐚𝐫𝐭𝐢𝐜𝐢𝐩𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐎𝐯𝐞𝐫𝐯𝐢𝐞𝐰 𝐚𝐧𝐝 𝐌𝐚𝐬𝐭𝐞𝐫𝐜𝐥𝐚𝐬𝐬 𝐒𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧𝐬
𝐂𝐨𝐚𝐜𝐡𝐞𝐞𝐬
• Masterclass: Coaching 101
• Date: 9 March 2026
𝐂𝐨𝐚𝐜𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐀𝐩𝐩𝐫𝐞𝐧𝐭𝐢𝐜𝐞𝐬
• Masterclass: Applied Coaching
• Date: 10–11 March 2026
Throughout the Coaching 101 masterclass, participants onboarded as Coachee were equipped with the overview what coaching is all about and how it benefits the organisation.
While in the Applied Coaching masterclass, participants onboarded as Coaching Apprentice were equipped with practical coaching skills designed to be applied directly in their workplace environments.
Professional Coach Announcement and Practical Coaching Phase
At the conclusion of the Applied Coaching session, Coach Aliya Yasmin Othman, representing the Professional Coach group, announced the appointment of seven Professional Coaches. These coaches will serve as shadow coaches to the selected Coaching Apprentices.
Each Coaching Apprentice will undergo three practical coaching sessions with their assigned coachee over a period of two months, with the practicum expected to conclude by end May 2026. Their key role is to support coachees in developing impactful workplace initiatives that contribute to meaningful and pride worthy success stories for the organisation.
Part of a Larger Organisational Effort: Coaching for Business Excellence
These activities form an integral part of Coaching for Business Excellence, one of the four core services under the Coaching as a Service framework developed by the Leadership Development Centre. This initiative is central to building a strong and sustainable coaching ecosystem across TNB.
𝐎𝐩𝐞𝐧 𝐭𝐨 𝐎𝐭𝐡𝐞𝐫 𝐁𝐮𝐬𝐢𝐧𝐞𝐬𝐬 𝐔𝐧𝐢𝐭𝐬
The Coaching for Business Sustainability programme remains open to other TNB business units interested in strengthening coaching culture within their teams.
For further information, please contact:
📩 Leadership Development Centre (LDC) – [email protected]
📩 Coach Jahid Jamil – [email protected]
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Website
Address
TNB Leadership Development Centre
Kajang
43000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |