TSNN

TSNN

Share

The South East Asia News Network This is a centre for news from all over South East Asia Region.

26/03/2025

Manipulasi Lelongan: Peminjam Bank Rugi, Pegawai Kutipan Raih Keuntungan?

Kuala Lumpur, 27 Mac – Ramai peminjam yang gagal melangsaikan hutang mereka berakhir dengan status muflis apabila aset dilelong pada harga yang jauh lebih rendah daripada nilai pasaran. Namun, siasatan mendapati bahawa proses lelongan ini sering kali dipengaruhi oleh kepentingan bank, pegawai bank dan ejen tertentu yang mengambil kesempatan atas kesusahan peminjam. Surendhar Selvaraju, yang menjalankan siasatan, menggelar kes ini sebagai "Scam Tarmizi".

Beberapa sumber mendakwa bahawa pegawai kutipan bank bekerjasama dengan ejen hartanah atau ejen penjualan kenderaan untuk memastikan aset yang bernilai tinggi dijual pada harga murah kepada pembida yang dihantar oleh ejen pada hari lelongan. Taktik ini bukan sahaja merugikan peminjam, malah menguntungkan pegawai bank yang didakwa menerima komisen daripada maklumat yang diberikan kepada ejen-ejen terlibat. Mengapa bank berdiam diri walaupun mereka sedar perkara seumpama ini berlaku di bawah pengawasan mereka?
Selain itu, terdapat dakwaan bahawa bank menggunakan ‘ulat lelong’ yang membeli aset tersebut pada harga terendah dengan bantuan pegawai bank yang terlibat. Proses lelongan yang tidak telus ini menyebabkan aset dilelong pada nilai yang tidak mencukupi untuk menampung baki hutang peminjam, sekali gus menjerumuskan mereka ke dalam muflis, sementara bank terus mengenakan cagaran ke atas pinjaman tersebut.

Sebagai contoh, jika harga pembelian aset adalah RM100,000 dengan baki pinjaman sebanyak RM70,000, dan nilai pasaran semasa mencecah RM80,000, aset tersebut mungkin dilelong pada harga yang jauh lebih rendah, iaitu 50% hingga 90% lebih rendah daripada nilai pasaran. Dalam setiap jualan ini, pegawai bank dikatakan menerima komisen sebanyak 10% hingga 30% daripada harga akhir lelongan.

“Dari luar, ia kelihatan seperti prosedur biasa. Namun, hakikatnya, sistem ini sering dimanipulasi untuk menguntungkan pihak tertentu. Peminjam bukan sahaja kehilangan aset mereka tetapi juga terpaksa menanggung baki hutang yang masih tertunggak, tanpa memiliki sebarang asset” kata seorang bekas peminjam yang enggan dikenali.

Pakar kewangan berpendapat bahawa situasi ini berpunca daripada kelemahan pengawalseliaan dalam proses lelongan dan kurangnya ketelusan daripada pihak institusi kewangan. Mereka mencadangkan agar kerajaan dan Bank Negara Malaysia memperketatkan pengawasan serta menetapkan garis panduan yang lebih ketat bagi memastikan proses lelongan dilakukan secara adil dan terbuka atau memperkenalkan RUU "Lelong sampai dapat". Lelongan seharusnya membantu mengurangkan hutang peminjam, bukan membebankan mereka.

Orang ramai yang mengalami situasi serupa disarankan untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara Malaysia bagi memastikan tindakan dapat diambil terhadap pihak yang menyalahgunakan sistem lelongan demi kepentingan peribadi.
Sehingga kini, pihak bank masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai dakwaan ini. Namun, hampir kesemua lelongan dijalankan dengan cara yang menguntungkan ejen dan pegawai bank. Dengan semakin banyak aduan diterima, masyarakat menuntut ketelusan dan reformasi dalam sistem lelongan bagi melindungi hak peminjam yang terjejas.


゚viral🖤tiktok





Follow and Like un on -

FACEBOOK : https://www.facebook.com/SouthEastAsiaNewsNetwork/
TIKTOK : https://www.tiktok.com/
YOUTUBE : https://www.youtube.com/
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/tsnn_malaysia/

Want your business to be the top-listed Media Company in Kajang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Bandar Sungai Long
Kajang
43000