Anak Genius Generasi Hebat
Anak Genius generasi hebat harapan bangsa dan negara
28/11/2021
belajar sesuatu
Ada tak yang pernah experience masa kecik dulu. Dipanggil lembab, atau digelar lembam. Lepastu kawan sekelas ketawakan.
Hanya mampu tersengih seperti kerang busuk.
Walaupun sekadaran gurauan tapi gurauan biawak perlu dielakkan. Di hati siapa yang tahu.
Bagi saya, istilah slow learner atau dyslexic ini tidak melambangkan bahawa seseorang itu cacat atau tidak normal.
Senang kata, apabila mereka tidak menepati standard yang telah lama ditetapkan, telah lama disematkan dalam society.
Kenapa saya berkata demikian? Kerana itulah realiti. Terutama di sini.
Niat bukan ingin membebel. Sekadar berkongsi pendapat.
Kerana saya juga seorang ayah. Saya tahu betapa perit pengalaman yang ketika itu bermain dalam fikiran.
Apabila anak sendiri dilabel tidak setara tahap perkembangannya berbanding anak lain.
Anak sukar sesuaikan diri setelah berpindah ke Malaysia. Nak bertutur Bahasa Melayu pun susah. Merangkak siput.
Ketika itu, warga Bangladesh lagi pandai bertutur saya rasa. Sampai macam itu teruknya.
Anak-anak sudah biasa didedahkan dengan Bahasa Inggeris ketika tinggal di Australia. Di sana, mereka dipuji. Disanjung kerana mampu ikut silibus. Mampu speaking.
Berkawan lain bangsa, lain agama. Luas social circle.
Namun, takdir membawa kami semua p**ang ke tanah kelahiran. Mereka diuji. Diberi cabaran untuk mereka sendiri hadapi.
Bila sampai sini, segalanya berubah sekelip mata.
Diletaknya mereka dalam kelas paling tercorot. Masani anak-anak terkapai-kapai. Blur.
Dianggap menyusahkan walaupun dah besar. Yelah sebab ramai lagi budak-budak lain yang kena diberi perhatian.
Salah seorangnya tidak pernah mengenal silibus Bahasa Melayu. Masatu dah nak UPSR. Cikgu pun dah siap cop budak gagal.
Mampu ke nak kejar berbaki masa dua bulan sebelum peperiksaan? Mungkin itu yang difikirkan guru-guru ketika itu.
Tapi ingat, hanya kerana orang lain letakkan label tidak bermakna kita perlu give up.
Sebagai ibu bapa, saya dan isteri cari solusi untuk buktikan kepada mereka bahawasanya yang dilabel slow learner ini mampu jadi lebih lagi.
Ingin tahu kesudahannya?
Klik https://neuroversiti.com/10-tips-untuk-slow-learners/
Jangan lupa like, komen dan share✌️
Anak Genius Generasi Hebat
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Address
Kampung Bukit Keluang
Kampung Raja
22000