KEMAS Daerah BESUT

KEMAS Daerah BESUT

Share

Laman Rasmi KEMAS Daerah Besut ini memaparkan aktiviti-aktiviti di KEMAS Daerah Besut Terengganu.

Photos from KEMAS Negeri Terengganu's post 26/05/2026
Photos from KEMAS Daerah BESUT's post 26/05/2026

𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨 𝗨𝗡𝗜𝗧 𝗣𝗔𝗞 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 𝗞𝗘 𝗧𝗔𝗦𝗞𝗔 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗘𝗥𝗛𝗘𝗡𝗧𝗜𝗔𝗡

25 Mei 2026 || Satu lawatan kunjung bantu telah diadakan di TASKA KEMAS Pulau Perhentian,Besut bagi tujuan Pemantauan serta memberi bimbingan kepada pemdidik Masyarakat TASKA dalam meningkatkan kualiti pengurusan dan pembelajaran kanak-kanak.

Lawatan tersebut diketuai oleh En Norhisham bin Mohamad, Penolong Pengarah Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS Negeri Terengganu bersama beberapa orang pegawai dari Unit Pendidikan Awal kanak-kanak KEMAS Negeri Terengganu dan KEMAS Daerah Besut.

Antara perkara yang diberi perhatian ialah persediaan Warga Pendidik TASKA Pulau Perhentian dan mewakili KEMAS Negeri Terengganu bagi penilaian Validasi Standart Kualiti Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SKPAK) tahun 2026 serta perbincangan berkaitan keperluan kemudahan yang patut ada di TASKA ini.

Diharapkan lawatan kunjung bantu ini dapat membantu memperkukuhkan kualiti pengurusan TASKA serta melahirkan persekitaran pembelajaran yang lebih berkualiti,ceria dan selamat untuk kanak-kanak.

Photos from KEMAS Daerah BESUT's post 21/05/2026

🌟 Tahniah & Syabas 🌟

Warga Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Besut merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pemaju Masyarakat Masakan, Cik Wan Marzuani binti Mat Khalir,Pemaju Masyarakat Pendidikan Kemahiran (Masakan) KEMAS Daerah Besut atas pemilihan mewakili KEMAS Negeri Terengganu ke pertandingan World Chefs Championship (WCC) yang berlangsung di Persada Johor International Convention Centre.

World Chefs Championship ialah pertandingan masakan bertaraf antarabangsa yang menghimpunkan chef-chef profesional dari pelbagai negara untuk menunjukkan kemahiran, kreativiti dan inovasi dalam bidang kulinari. Pertandingan ini biasanya dianjurkan atau diiktiraf oleh World Association of Chefs' Societies atau organisasi kulinari antarabangsa lain.

Penyertaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dan membuktikan bahawa tenaga pengajar KEMAS sentiasa berdaya saing serta mampu mengetengahkan bakat dan kemahiran kulinari di peringkat lebih tinggi.

Semoga Cik Wan Marzuani terus cemerlang, berjaya mengharumkan nama KEMAS Negeri Terengganu dan membawa pulang kejayaan membanggakan. 💐👩🏻‍🍳✨

15/05/2026

SELAMAT HARI GURU
'Guru Bitara,Nadi Negara'

Terima Kasih Cikgu

Want your organization to be the top-listed Government Service in Kampung Raja?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Wisma Persekutuan Besut
Kampung Raja
22200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00