3KJPNPerlis
Kelab Kebajikan Kakitangan
30/04/2026
โจ Selamat Bercuti & Selamat Hari Pekerja 2026 โจ
Selamat menyambut Hari Pekerja kepada seluruh warga kerja Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.
Terima kasih atas segala komitmen, dedikasi dan usaha berterusan dalam memartabatkan kualiti pendidikan di negeri ini. Setiap sumbangan anda amat bermakna dalam memastikan kecemerlangan pendidikan terus diperkukuh.
Gunakan kesempatan cuti ini untuk berehat dan meluangkan masa bersama insan tersayang.
Semoga kita semua terus diberi kekuatan dan semangat untuk melangkah lebih jauh.
Sehaluan Menerajui Kecemerlangan
Selamat Hari Lahir kepada Ahli Kelab Kebajikan Kakitangan yang lagir pada bulan Mac.
Selamat Hari Lahir kepada Ahli Kelab Kebajikan Kakitangan yang lahir pada bulan Februari.
10/04/2026
๐ข PERHIMPUNAN BULANAN JPN PERLIS (MAC) 2026
๐
Tarikh : 10 April 2026
โฐ Masa : 8.30 pagi
๐ Tempat : Dewan Serbaguna JPN Perlis
Dengan penuh komitmen dan semangat kebersamaan, Perhimpunan Bulanan JPN Perlis bagi bulan Mac 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.
Perhimpunan ini bukan sahaja menjadi platform penyampaian maklumat dan amanat, malah turut memperkukuh hubungan silaturrahim dalam kalangan warga kerja serta menyuntik motivasi dalam melaksanakan tugas dengan lebih cemerlang.
โจ Minda Sihat, Serlahkan Warisan, Kukuhkan Pasukan โจ
Tema ini mencerminkan kepentingan kesejahteraan mental, penghargaan terhadap warisan serta kekuatan kerjasama dalam membina organisasi yang unggul dan berdaya saing.
Perhimpunan ini merupakan anjuran bersama:
๐ Sektor Pembangunan Murid
๐ Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan
๐ Sektor Pembelajaran
Dengan kerjasama:
๐ค Kelab Kebajikan Kakitangan JPN Perlis
Semoga segala perkongsian dan pengisian yang disampaikan dapat dimanfaatkan bersama demi memperkasakan perkhidmatan pendidikan di Negeri Perlis.
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan perhimpunan ini.
20/03/2026
๐โจ Salam Aidilfitri 1447H โจ๐
Ahli Jawatankuasa 3K dengan penuh rasa syukur mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga staf Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.
Semoga Syawal yang mulia ini membawa sinar kebahagiaan, kesejahteraan serta mengeratkan lagi ukhuwah antara kita semua.
Terima kasih atas komitmen dan kerjasama yang berterusan dalam menjayakan setiap amanah yang dipikul.
Semoga segala amalan kita diterima dan diberkati.
Selamat pulang ke kampung halaman dan berhati-hati di jalan raya ๐๐
03/03/2026
Sumbangan Bubur Lambuk Bersama Maggi Sempena Ramadan 1447H / 2026
๐
Tarikh : 3 Mac 2026 (Selasa)
โฐ๏ธMasa : 2.00 petang
๐Tempat : Jabatan Pendidikan Negeri Perlis
22/02/2026
19/02/2026
https://youtube.com/playlist?list=PLJ9A1b9PcrNMCToicb4wdF2vLJZs4s-SJ&si=y3BOYdOvEVd0_RiL
TAZKIRAH RAMADAN 2026 Share your videos with friends, family, and the world
18/02/2026
Selamat menyambut bulan Ramadan dan menjalani ibadah puasa kepada semua ahli Kelab Kebajikan Kakitangan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis yang beragama Islam.
Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan, ketenangan jiwa, dan kekuatan dalam melaksanakan setiap amanah yang dipikul.
Moga setiap ibadah diterima, setiap doa dimakbulkan, dan setiap usaha dipermudahkan.
Ikhlas dari
JK 3K JPN Perlis
Salam Ramadan Al-Mubarak โจ
17/02/2026
๐งง Ucapan Tahun Baharu Cina ๐งง
Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina kepada semua ahli Kelab Kebajikan Kakitangan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis yang meraikannya.
Semoga tahun baharu ini membawa kebahagiaan, kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah, dan kejayaan dalam setiap usaha.
Semoga semangat kebersamaan dan keharmonian terus mekar dalam keluarga besar kita di JPN Perlis.
Gong Xi Fa Cai! ๐ฎโจ
13/02/2026
๐โจ SUMBANGAN MENGIMARAHKAN BULAN RAMADAN 1447H โจ๐
Bersempena ketibaan bulan yang penuh keberkatan ini, Kelab Kebajikan Kakitangan (3K) JPN Perlis mengalu-alukan sumbangan daripada warga PKK dan KBK (di JPN Perlis) bagi menjayakan program:
๐ฒ Penyediaan Bubur Lambuk
๐ค Sumbangan Kebajikan Pekerja PKK & KBK
Setiap sumbangan yang diberikan bukan sekadar bantuan, tetapi satu bentuk amal jariah yang insya-Allah membawa keberkatan dan pahala berpanjangan.
๐ณ Sumbangan boleh disalurkan ke akaun:
CIMB Kelab Kakitangan JPN Perlis
๐ 8008688815
Mohon hantarkan slip sumbangan kepada:
๐ฒ Pn Azah (Penolong Bendahari)
+60 12-447 5884
Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi asbab kebaikan, mengeratkan silaturahim dan menyemarakkan lagi semangat Ramadan dalam kalangan warga kita.
๐ Selamat Beramal & Semoga Ramadan Kita Diberkati.
โ
Kelab Kebajikan Kakitangan (3K)
Jabatan Pendidikan Negeri Perlis
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Jabatan Pendidikan Negeri
Kangar
01000