Takaful Anda - Ameer Safwan Rasmi
Saya ingin membantu anda untuk menyediakan perancangan kewangan yang sistematik dan memberi manfaat
29/05/2024
INI BETUL BETUL BUKAN COBAAN
1) Inflasi perubatan = kos rawatan + kos ubatan. Sebab tu bila nak mohon medical card, make sure atleast annual limit 100k lifetime unlimited supaya worst case scenario kita tak perlu keluarkan extra cash dalam amaun yg sangat tinggi. Ada kenalan saya pernah cerita, saudara rapat dia ada masalah dgn heart condition, annual limit 60k sedangkan bil cecah 80k at that time. So cash RM20k sdn. bhd.
2) Balik kepada inflasi, seingat saya last saya sembang dgn org kena ACL dlm 2020-2021 bills dlm RM25k - RM35k tapi client saya ACL bulan 3 2024, cost dlm RM53k.
3) Jadi, allocate lah 10% income tu utk persediaan perubatan. Bukan gertak, tapi beringat. Sekian.
p/s rasa macam lama menyepi dari fb. lebih kepada silent reader. Ok nak kena ubah habit lah mcm ni supaya hidup sentiasa aktif 😝
18/05/2022
Hati hati semua. jaga kebersihan anak anak, dia mai musim HFMD serupa dengan durian baru kutip.
Yang mana ada medical card untuk anak, pastikan tak lapse dan lepas waiting period.
27/01/2022
Alhamdulillah sedikit achievement pada bulan Disember 2022
Champion QFYLP
2nd FYC
6th ANC
25/08/2021
BENTUK
Dalam kewangan, benda paling susah nak bentuk adalah disiplin kerana ia bukannya suatu benda yang memang termaktub bahawa "ok kena ikut, kena ikut b, kena ikut c" dan dalam pendidikan di mana mana peringkat pun kita tidak didedahkan dengan ilmu disiplin kewangan.
Tetapi TEGAS adalah pasangan terhadap disiplin. Ramai orang lupa untuk tegas. TEGAS perlu ada dalam mendisiplinkan :
Perbelanjaan
Sekuriti kewangan
Penjanaan kewangan.
Perbelanjaan - ukur baju badan sendiri. Jangan belanja RM2,000 jika income hanya sekadar RM1,700
Sekuriti kewangan - carilah apa2 pelan takaful yang anda hanya perlu membayar 10% daripada pendapatan sahaja.
Penjanaan kewangan - laburlah dalam mana2 unit trust @ instrumen kewangan JANJI patuh shariah.
p/s settle register pelan hibah 250k bulan RM62.50✔️
07/08/2021
[ TIPS BAJET TAKAFUL]
Kaedah utk Sign Up Takaful yang tidak membebankan kewangan anda !
1- Pastikan allocate hanya 10% sahaja daripada pendapatan bersih untuk takaful.
2- cari perlindungan TINGGI dgn caruman RENDAH yang tidak lebih 10% drp pendapatan bersih bulanan tetapi maksimum coverage untuk kewangan anda
3- Buat senarai & jumlahkan semua hutang2 dan pastikan hutang ada perlindungan supaya bila meninggal tidak meninggalkan hutang.
Tabung Pelupusan Hutang :-
Kematian - 100% wajib ada coverage
Kecacatan - 100% selalunya sama amount tabung kematian
Sakit Kritikal - 4 tahun pendapatan bersih bulanan
Harga tabung TAKAFUL untuk sakit kritikal agak tinggi kos jadi boleh mulakan perlindungan 4 tahun tabung sakit kritikal dahulu…. Jika pendapatan meningkat boleh tambah sbg persediaan akan dtg …
4- Kira berapa amount yg kita nak tinggalkan duit utk dana persiapan utk pewaris meneruskan kelangsungan hidup ..contoh komitmen bulanan RM3K/sebulan …sebaiknya prepare tabung pampasan kematian 10 tahun ( RM3K x 12bulan x 10 tahun = RM360K )
RM360K nihh kalau tabung hibah ni caruman bulanan dalam RM50 - RM100 sebulan sahaja tetapi ➡️ ( ikut umur / jantina / pekerjaan )
…..
6- Perlindungan ada sehingga umur 100 tetapi pastikan kewangan kita mampu
7- Tempoh perlindungan pendek caruman lebih murah….jika mampu bayar sedikit mahal ambik perlindungan yg tempoh lebih panjang ..jika tak mampu ambik tempoh pendek dulu maybe sehingga age 60..tetapi jika ada bajet income naik boleh tambah perlindungan dgn tempoh yg lebih lama
8- Apa2 jgn langgar rules kewangan
Ukur baju di badan sendiri
Kalau berat 90kg, jgn pakai baju saiz S. Ukur kewangan poket kita
Ingat duit kita kena bersedia utk 2 kemungkinan dlm kehidupan…
Risiko MATI Awal / Kecacatan / Sakit kritikal prepare tabung LINDUNG
Jika UMUR panjang prepare tabung LABUR ya !
Sapa nak tahu boleh komen NAK!!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Website
Address
Kangar