SK Jalan Raja Syed Alwi
SK Jalan Raja Syed Alwi
01000 Kangar Perlis
26/04/2026
FORGING TRADITIONS: EMPOWERING COMMUNITIES 2026
Arau, 19 April – Seramai 10 orang murid Tahun 4 dan Tahun 5 dari SK Jalan Raja Syed Alwi telah menyertai Bengkel Tarian sempena program Forging Traditions: Empowering Communities 2026 yang berlangsung di Dewan Seri Semarak, UiTM Arau, Perlis pada 18 dan 19 April lalu.
Program yang bermula dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang itu telah diiringi oleh tiga orang guru pengiring iaitu Cikgu Azmira, Cikgu Junaidah dan Cikgu Sarah. Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta didedahkan dengan asas serta teknik dalam dua jenis tarian iaitu Tarian Asli Melayu dan Tarian Kipas Cina.
Senarai peserta yang terlibat ialah Maryam Aisha binti Shafiq, Bea Ellora binti Elly Idzlianizar, Puteri Hannan Az Zahra binti Mohd Idzham, Annur Nusaibah binti Muhamad Hamdan, Nour Irdina Kayyisa binti Mohd Zulhilmi, Nur Aisya binti Mohd Faizal, Alya Alisya binti Khairon Hasha, Nur Aira Irdina binti Muhamad Azroy, Wafaa Imani binti Mohd Faizal dan Syarha Qisma binti Syahidan.
Penyertaan dalam program ini memberi peluang kepada murid untuk menimba pengalaman baharu selain memupuk minat terhadap seni tari, meningkatkan keyakinan diri serta menanam rasa penghargaan terhadap warisan seni budaya pelbagai kaum di negara ini.
Pihak sekolah berharap penglibatan murid dalam program seumpama ini dapat membantu membentuk sahsiah yang positif serta memperkasa potensi mereka dalam bidang kokurikulum, khususnya seni persembahan.
26/04/2026
🏐✨ KEJOHANAN BOLA BALING TERBUKA PERLIS BAWAH 12 TAHUN 2026 ✨🏐
SK Jalan Raja Syed Alwi, 18 April 2026 (Sabtu) – Pasukan bola baling SK Jalan Raja Syed Alwi telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Bola Baling Terbuka Perlis Bawah 12 Tahun 2026 yang berlangsung di Dfutsal Batu Dua, Kangar.
Penyertaan dalam kejohanan ini memberi pengalaman berharga kepada murid untuk mengukuhkan kemahiran permainan, membina semangat kerjasama berpasukan serta meningkatkan keyakinan diri ketika beraksi dalam pertandingan sebenar.
🏆 Pencapaian:
🏅 Peringkat Kumpulan
Walaupun persaingan amat sengit, para pemain telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dan komitmen yang membanggakan. Tahniah diucapkan kepada semua pemain, jurulatih, guru pengiring serta ibu bapa atas sokongan dan usaha yang diberikan sepanjang kejohanan ini. 🌟💪
26/04/2026
🏃♀️✨ SEKALUNG TAHNIAH ✨🏃♀️
Warga SK Jalan Raja Syed Alwi merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ilfina Aesya binti Mohd Aliff atas kejayaan meraih Tempat Ke-6 dalam acara Atlet Merentas Desa Bawah 12 Tahun MSSM 2026.
Kejohanan ini telah berlangsung pada 23 hingga 26 April 2026 bertempat di Kompleks Sukan Laut, Wilayah Persekutuan Labuan.
Setinggi-tinggi penghargaan turut diberikan kepada ibu bapa, para jurulatih serta guru-guru yang sentiasa memberikan sokongan, bimbingan dan dorongan sepanjang perjalanan kejohanan ini. Kejayaan ini merupakan hasil usaha bersama dan komitmen semua pihak.
Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada murid lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan dan kokurikulum. Syabas dan tahniah! 🌟💪
26/04/2026
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-26 TAHUN 2026
SK Jalan Raja Syed Alwi telah berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-26 Tahun 2026 pada 25 April 2026 (Sabtu) bertempat di Kantin SK Jalan Raja Syed Alwi.
Mesyuarat yang bermula pada jam 8.30 pagi ini melibatkan kehadiran ibu bapa, penjaga serta warga sekolah bagi membincangkan perkembangan sekolah, kebajikan murid serta perancangan program bagi meningkatkan kecemerlangan sekolah.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang hadir serta memberikan komitmen dalam mengukuhkan kerjasama antara pihak sekolah dan komuniti demi kemenjadian murid.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Jalan Raja Syed Alwi
Kangar
01000
Opening Hours
| Monday | 07:30 - 16:30 |
| Tuesday | 07:30 - 16:30 |
| Wednesday | 07:30 - 16:30 |
| Thursday | 07:30 - 16:30 |
| Friday | 07:30 - 16:30 |