CGSO Perlis

CGSO Perlis

Share

"RAHSIAKAN RAHSIA KERAJAAN"
"LINDUNGI ASET NEGARA"

Photos from CGSO Perlis's post 12/05/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐏𝐑𝐄𝐒𝐈𝐀𝐒𝐈 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆 (𝐀𝐏𝐂) 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐂𝐆𝐒𝐎)

𝟏𝟏 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐭𝐢𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝟏 - Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) telah menganjurkan Majlis Apresiasi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 bagi menghargai warga kerja yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dan berintegriti tinggi dalam perkhidmatan.

Pejabat CGSO Negeri Perlis turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada:

1. YBrs. Tuan Ahmad Tarmizi bin Abd Shukor, Pengarah, Pejabat CGSO Negeri Perlis
atas kenaikan pangkat. Semoga dengan pelantikan ini, amanah dan tanggungjawab yang digalas dapat diteruskan dengan lebih cemerlang demi memperkukuh keselamatan negara.

2. Puan Noor Azura binti Ahmad Tajuddin
Penolong Pengarah, Pejabat CGSO Negeri Perlis
atas penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025. Komitmen dan dedikasi yang ditunjukkan wajar menjadi contoh kepada seluruh warga CGSO.

YBhg. Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia dalam ucapannya menzahirkan penghargaan kepada semua warga CGSO dan berharap agar penganugerahan ini menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada negara.
Syabas dan tahniah!

Photos from CGSO Perlis's post 11/05/2026

𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐘𝐁𝐑𝐒. 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐀𝐇𝐌𝐀𝐃 𝐓𝐀𝐑𝐌𝐈𝐙𝐈 𝐁𝐈𝐍 𝐀𝐁𝐃 𝐒𝐇𝐔𝐊𝐎𝐑, 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐂𝐆𝐒𝐎 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐄 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐘𝐁𝐑𝐒. 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐑𝐎𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐍 𝐌𝐎𝐇𝐀𝐌𝐄𝐃, 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐈𝐋𝐊𝐄𝐌

𝟏𝟏 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧 - YBrs. Tuan Ahmad Tarmizi Bin Abd Shukor, Pengarah Pejabat CGSO Perlis telah mengadakan Ziarah Kasih ke atas YBrs. Tuan Roselan Bin Mohamed, Pengarah Institut Latihan Keselamatan Perlindungan (ILKEM) yang sedang menerima rawatan di Institut Kanser Negara. Turut hadir bersama ialah YBrs. Puan Noor Asa binti Elang, Pengarah Pejabat CGSO Negeri Perak.

Ziarah ini sebagai tanda keprihatinan, sokongan moral serta mengeratkan hubungan silaturahim antara warga jabatan.

Semoga YBrs. Tuan Roselan Bin Mohamed dikurniakan kesembuhan yang berpanjangan, dipermudahkan segala urusan rawatan serta diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

Photos from CGSO Perlis's post 23/04/2026

𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝗥𝗨𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐉𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝐏𝐀𝐑𝐎𝐋 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒

𝟐𝟑 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬 - Pemeriksaan Keselamatan Ruang Pejabat Pelanjutan bagi Pejabat PAROL Negeri Perlis dan Ruang Pejabat Baharu bagi Pejabat JKPTG Perlis telah dilaksanakan oleh Puan Noor Azura binti Ahmad Tajuddin, Penolong Pengarah Keselamatan Kerajaan serta dibantu oleh Puan Haznida binti Baharom dan Puan Wan Nor Azzuria binti Megat Taib dari Unit Keselamatan Perlindungan, Pejabat CGSO Negeri Perlis.

Photos from CGSO Perlis's post 23/04/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐈𝐋𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 (𝐉𝐊𝐏𝐊) 𝐒𝐀𝐒𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐈𝐍𝐆 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐄 𝐈𝐁𝐔 𝐒𝐀𝐖𝐀𝐓 𝐓𝐌 𝐊𝐀𝐍𝐆𝐀𝐑, 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒

𝟐𝟏 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚 - Pejabat CGSO Negeri Perlis selaku Urus Setia Jawatankuasa Sasaran Penting Negeri (JSPN) Perlis telah melaksanakan Pemeriksaan Penilaian Keselamatan yang diketuai oleh YBrs. Tuan Ahmad Tarmizi bin Abd Shukor, Pengarah Keselamatan Kerajaan Negeri Perlis merangkap Setiausaha Jawatankuasa Sasaran Penting Negeri Perlis bersama Ahli Jawatankuasa Kecil Pemeriksaan Keselamatan (JKPK) Sasaran Penting Negeri Perlis ke Ibu Sawat TM Kangar, Perlis.

Lawatan kerja ini bertujuan untuk melaksanakan penilaian aspek tahap Keselamatan Perlindungan di instalasi Sasaran Penting Negeri Perlis.

14/04/2026

𝗣𝗘𝗠𝗔𝗞𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗝𝗨 𝗕𝗔𝗧𝗜𝗞 𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗝𝗨 𝗞𝗢𝗥𝗣𝗢𝗥𝗔𝗧 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗦𝗔 𝗪𝗔𝗞𝗧𝗨 𝗕𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔

📌 Sebagaimana ketetapan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian UP.7.2.3 mengenai Etiket Pakaian dan Penampilan Pegawai Awam di bawah perenggan 5, Jadual 1 (iii): Pakaian Pegawai Lelaki Ketika Menjalankan Tugas dan perenggan 8, Jadual 2 (ii): Pakaian Pegawai Wanita Ketika Menjalankan Tugas, 𝗽𝗲𝗺𝗮𝗸𝗮𝗶𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗷𝘂 𝗯𝗮𝘁𝗶𝗸 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝘄𝗮𝗷𝗶𝗯𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗵𝗮𝗺𝗶𝘀 𝗱𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗴𝗮𝗹𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗽𝗮𝗸𝗮𝗶 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗯𝗲𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗮𝗹𝘁𝗲𝗿𝗻𝗮𝘁𝗶𝗳 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗮𝗸𝗮𝗶𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁.

📌 Pemakaian baju korporat p**a digariskan di perenggan 13 Ceraian UP.7.2.3 bahawa Ketua Jabatan boleh membenarkan pegawai memakai baju korporat atau baju kerja lapangan (field-work) pada hari tertentu untuk tujuan tertentu semasa bertugas.

📌 Keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 1 April 2026 yang telah menetapkan agar suhu penyaman udara di ruang pejabat Kerajaan diselaraskan kepada suhu minimum 24°C sebagai langkah penjimatan tenaga, Kerajaan menggalakkan pegawai memakai baju batik mengikut ketetapan Ceraian UP.7.2.3 sebagaimana di perenggan dua (2) surat ini. Pegawai juga dibenarkan memakai baju korporat setiap hari kecuali pada hari Khamis. Namun, ketetapan ini adalah dikecualikan bagi pegawai yang disyaratkan memakai pakaian seragam.

Jabatan Perdana Menteri
Jabatan Perkhidmatan Awam



Pautan: https://www.jpa.gov.my/perkhidmatan/surat-edaran/surat-edaran-pemakaian-baju-batik-dan-baju-korporat-semasa-waktu-bekerja

Want your organization to be the top-listed Government Service in Kangar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


PEJABAT KETUA PEGAWAI KESELAMATAN KERAJAAN MALAYSIA NEGERI PERLIS, TINGKAT 5, BANGUNAN PERSEKUTUAN KANGAR, PERSIARAN JUBLI EMAS
Kangar
01000