Dim Scarf
Our goal is to make sure women feels comfortable and confident. When in doubt, just go for Dim Scarf.
09/01/2023
Nampak ayu je kan pakai style ni
credit to: Jannah Reduan
Jannah Reduan on TikTok Black is always confidence
Hari ni Dim Scarf nak kongsi sedikit tips penting tentang cara pemilihan tudung supaya anda kelihatan jelita, ayu dan elegan selalu !
1. Jenis Tekstur
Sebelum membeli, pastikan anda pilih jenis tekstur yang bagus bagi memastikan keselesaan.
2. Warna yang Sesuai
Elakkan pemilihan warna tudung yang gelap dan suram jika anda hendak nampak muda. Corak sebegini sesuai jika hendak nampak lebih matang. Selain itu, jangan pakai tudung dan baju yang warnanya sama.
3. Corak tudung
Tudung yang coraknya kabur sedikit dan tidak tertumpu susunanya, mendekati sekeliling wajah pemakai, adalah pilihan yang baik. Jika hendak memakai tudung yang mempunyai kaki (border), pastikan ia dijahit, mengelilingi bahagian hujung tudung supaya nampak kemas. Pastikan tudung di bahagian kepala nampak luas dan tidak berselerak kedudukan corak.
4. Kesesuaian tudung
Tudung dan baju yang coraknya sama, misalnya, corak bunga-bunga yang besar, tidak patut dikenakan kerana badan pemakai akan nampak besar dan comot. Jika baju anda berbunga, pilih tudung yang coraknya tak seberapa. Contohnya, pemakaian corak batik, cantik dipadankan dengan baju atau blaus yang tidak bercorak.
05/01/2023
Hai korang jadi hari ni kita nak share sikit tips penjagaan tudung. Paling sayang, jika tudung yang biasa dipakai tiba-tiba ‘rosak’ seperti tertarik benang, turun warna atau bercapuk apabila dibasuh. Basuh sekali lagi pun tak juga hilang kesan kotoran.
Sekarang jangan risau dah! Korang boleh cuba tips ni :
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Website
Address
Kangar
02500