Juang
Juang Football Club is a community driven football club base in northern state of Perlis, Malaysia.
24/11/2025
🏆 JUANG TITANS KANGAR FC — JUARA LIGA SUPER PERLIS 2025! 🔥
Detik yang dinanti akhirnya tiba.
Dengan kemenangan penuh karakter 2–1 ke atas Bintong FC, Juang Titans Kangar FC kini rasmi mengangkat trofi Liga Super Perlis 2025 buat pertama kali!
Segala disiplin yang dibina, taktikal yang diasah,
dan semangat juang yang tidak pernah padam—
hari ini menjadi bukti bahawa usaha itu berbaloi.
Terima kasih kepada barisan kejurulatihan dan coaching staff yang tidak pernah berhenti percaya.
Terima kasih kepada para pemain yang bertarung hingga ke detik terakhir.
Kalianlah nadi, kalianlah sejarah.
Terima kasih juga kepada para penaja yang terus menyokong perjalanan pasukan hingga ke puncak kejayaan ini.
Hari ini bukan sekadar kemenangan.
Hari ini bermulanya era Juang.
🟦⚫️⚔️
02/11/2025
STATISTIK PERLAWANAN JUANGTITANS KANGAR FC & STORMZ PADANG BESAR FC
JuangTitans Kangar FC memperlihatkan dominasi permainan dengan penguasaan bola sebanyak 65% serta mencatat 181 hantaran berjaya, manakala Stormz FC p**a menunjukkan daya saing tinggi dengan 125 hantaran dan beberapa percubaan berbahaya ke gawang lawan.
Perlawanan berlangsung dalam tempo tinggi dengan kedua-dua pasukan menampilkan disiplin dan semangat juang yang baik. JuangTitans Kangar FC lebih tersusun dalam membina serangan manakala Stormz Padang Besar FC mempertahankan kawasan dengan berkesan dan sesekali melancarkan serangan balas pantas.
Kedua-dua pasukan terus menunjukkan peningkatan dari segi taktikal dan kerja berpasukan, satu petanda positif untuk saingan Liga Super Perlis 2025 yang semakin sengit.
Semoga perjalanan Liga Super Perlis 2025 terus berjalan lancar & perlawanan sentiasa berlangsung dalam cuaca yang baik.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
NO. 58, PERSIARAN PUTRA
Kangar
01000