KITA Restaurant
Kita is a Malay personal pronoun meaning "we," "us," or "our," specifically used as an inclusive pronoun.
06/06/2025
Kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam, walau di mana jua anda berada, Kedai Kopi Kita mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1446H | 2025M.
Di hari yang mulia ini, marilah kita saling bermaafan, mengeratkan silaturahim, serta mensyukuri nikmat yang telah dikurniakan. Semoga amal ibadah kita, samaada haji, puasa, kurban dan doa kita diterima oleh Allah SWT.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.
Taqabbalallahu minna wa minkum.
23/03/2025
Alhamdullilah,
Selesai sudah amanah yang diberikan Derma Old Boys kepada Kedai Kopi Kita.
Hari ini sekali lagi berlangsung Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak yatim daripada Pertubuhan Kebajikan ANAK YATIM Perlis - PKAYPs , Kompleks Penyayang Tun Siti Hasmah, Jejawi, Perlis.
Seramai kira-kira 40 orang anak-anak yatim dan kakitangan PKAYPs diraikan dengan jamuan berbuka puasa dan solat tarawih berjemaah bersama-sama.
Solat terawih dipimpin oleh Ustaz Hanafy Zakariya, Imam Masjid Al Ghufran Batu 2.
Menu spesial Nasi Mandy Talam Ya Marhaba telah disumbangkan oleh alumni SMK Derma.
Terima kasih juga kepada Datin Seri Shamsiah Md Yassin selaku Timbalan YDP Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis yang sudi meluangkan masa untuk berbuka puasa bersama kami semua.
Daripada Ibn ‘Abbas RA:
Maksudnya: Adalah Nabi ﷺ seorang yang paling pemurah dan menjadi lebih pemurah pada bulan Ramadhan ketika Jibril AS bertemu dengannya. Adalah Jibril AS bertemu dengan Nabi ﷺ pada setiap malam pada bulan Ramadhan untuk mengulangkaji Al-Quran dan kemudiannya Rasulullah ﷺ menjadi lebih pemurah daripada hembusan angin yang pantas.
Riwayat Al-Bukhari (3554)
Dalam hadis yang lain Rasulullah ﷺ telah bersabda:
Maksudnya: Siapa yang menyediakan makanan berbuka buat orang yang berpuasa, maka dia mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan tidak dikurangkan sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu.
Riwayat Al-Tirmizi (807) dan al-Imam al-Tirmizi mengatakan hadis ini hasan sahih.
18/03/2025
Alhamdullilah,
Selesai salah satu amanah yang diberikan kepada Kedai Kopi Kita.
Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak yatim daripada Pertubuhan Kebajikan ANAK YATIM Perlis - PKAYPs , Kompleks Penyayang Tun Siti Hasmah, Jejawi, Perlis.
Seramai kira-kira 40 orang anak-anak yatim dan kakitangan PKAYPs diraikan dengan jamuan berbuka puasa, solat tarawih berjemaah dan jamuan moreh.
Terima kasih kepada para penyumbang yang datang daripada pelbagai latar belakang, antaranya bekas pelajar SMK Derma dan beberapa lagi penyumbang individu yang dengan murah hati sudi memberi sumbangan untuk majlis berbuka puasa dan moreh ini.
Terima kasih juga kepada Puan Najwa Othman selaku YDP Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis yang sudi meluangkan masa untuk berbuka puasa bersama kami semua. Juga jutaan terima kasih tidak terhingga kepada Datin Seri Shamsiah M Yassin yang bermurah hati menyediakan musolla khas di premis bersebelahan untuk kami semua solat tarawih berjemaah.
Daripada Ibn ‘Abbas RA:
Maksudnya: Adalah Nabi ﷺ seorang yang paling pemurah dan menjadi lebih pemurah pada bulan Ramadhan ketika Jibril AS bertemu dengannya. Adalah Jibril AS bertemu dengan Nabi ﷺ pada setiap malam pada bulan Ramadhan untuk mengulangkaji Al-Quran dan kemudiannya Rasulullah ﷺ menjadi lebih pemurah daripada hembusan angin yang pantas.
Riwayat Al-Bukhari (3554)
Dalam hadis yang lain Rasulullah ﷺ telah bersabda:
Maksudnya: Siapa yang menyediakan makanan berbuka buat orang yang berpuasa, maka dia mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan tidak dikurangkan sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu.
Riwayat Al-Tirmizi (807) dan al-Imam al-Tirmizi mengatakan hadis ini hasan sahih.
26/02/2025
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
37B, Jalan Sena Indah, Taman Sena Indah
Kangar
01000
Opening Hours
| Monday | 17:00 - 23:00 |
| Tuesday | 17:00 - 23:00 |
| Wednesday | 17:00 - 23:00 |
| Thursday | 17:00 - 23:00 |
| Friday | 17:00 - 23:00 |
| Saturday | 17:00 - 23:00 |