JKKP / DOSH Perlis

JKKP / DOSH Perlis

Share

JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PERLIS

11/06/2026
11/06/2026

⚖️ KES PENDAKWAAN JKKP KELANTAN

Mahkamah Sesyen Gua Musang, Kelantan telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM10,000 terhadap sebuah syarikat yang mengaku salah atas pertuduhan di bawah Seksyen 15(1), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 [Akta 514].

Syarikat tersebut didapati gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja dengan tidak menyediakan sistem kerja yang selamat bagi pengendalian traktor sehingga menyebabkan kemalangan maut ke atas seorang pekerja.

Kes ini menjadi peringatan kepada semua majikan bahawa aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan bukan sekadar keperluan undang-undang, malah merupakan tanggungjawab penting dalam melindungi nyawa pekerja.

JKKP Kelantan akan terus komited dalam memastikan pematuhan terhadap peruntukan perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan demi mewujudkan tempat kerja yang selamat, sihat dan kondusif untuk semua.

09/06/2026

-[MAJLIS PELUNCURAN SISTEM BERSEPADU PENGURUSAN BAHAN KIMIA INDUSTRI (IICMS)]-

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) bakal meluncurkan Industrial Integrated Chemical Management System (IICMS)! Sistem yang dibangunkan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) ini bertujuan untuk memperkukuh pengurusan bahan kimia industri di Malaysia secara menyeluruh, khususnya bagi menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja. Majlis eksklusif ini akan disempurnakan oleh YB Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan, Timbalan Menteri Sumber Manusia.

Butiran majlis adalah seperti berikut:

Tarikh: 25 Jun 2026 (Khamis)
Masa: 8:00 Pagi – 5:00 Petang (Sesi Pendaftaran & Taklimat bermula jam 8.30 pagi)
Tempat: Bangi Avenue Convention Centre (BACC), Kajang, Selangor

Sesi pembentangan khas mengenai pengenalan IICMS, Modul Pengemukaan Inventori, serta Modul Daftar Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan juga akan diadakan sepanjang program berlangsung. Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran segera!

03/06/2026

Tahniah Tuan TKP...

Setinggi-tinggi Tahniah

diucapkan kepada YBrs. Encik Bahrudin bin Mamat, Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan Pekerjaan), JKKP Malaysia

atas penganugerahan pingat

JOHAN MANGKU NEGARA (J.M.N)

sempena

Hari Keputeraan Rasmi Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim

pada

1 Jun 2026

Ikhlas daripada:
Pengurusan Tertinggi
dan Seluruh Warga JKKP Malaysia

Want your organization to be the top-listed Government Service in Kangar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Kangar

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00