Pengarah Pendidikan Perlis

Pengarah Pendidikan Perlis

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pengarah Pendidikan Perlis, Educational Research Center, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Kangar, Kangar.

06/06/2026

DAULAT TUANKU๐Ÿ™๐Ÿป

Merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-80 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan yang berpanjangan, kesejahteraan, kebahagiaan serta berada di bawah limpah rahmat dan keberkatan Allah SWT.

Patik sekalian mendoakan agar Institusi Diraja Perlis terus kekal berdaulat, dihormati dan menjadi payung perpaduan serta kemakmuran rakyat negeri ini.

DAULAT TUANKU๐Ÿ™๐Ÿป

Sembah takzim daripada
Pengarah Pendidikan Negeri Perlis dan
warga kerja Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.

31/05/2026

๐ƒ๐ˆ๐‘๐†๐€๐‡๐€๐˜๐” ๐“๐”๐€๐๐Š๐”

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM

sempena

๐—ฆ๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—จ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฅ๐—ฎ๐˜€๐—บ๐—ถ
๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ต ๐——๐˜‚๐—น๐—ถ ๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐— ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ ๐— ๐˜‚๐—น๐—ถ๐—ฎ
๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฑ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ ๐—•๐—ฎ๐—ด๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฑ๐—ถ-๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ด๐—ผ๐—ป๐—ด

pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Patik merafak sembah mendoakan ke hadrat Allah SWT agar KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan, kebijaksanaan dalam memayungi rakyat serta terus dilimpahi rahmat dan keberkatan-Nya.

Semoga institusi Raja Berperlembagaan terus utuh sebagai payung kedaulatan negara dan lambang perpaduan rakyat Malaysia.

Daulat Tuanku.

Ikhlas daripada,

Pengarah Pendidikan Negeri Perlis
serta seluruh warga pendidikan Negeri Perlis.

31/05/2026

Selamat Hari Wesak 2026.

Semoga perayaan ini membawa kegembiraan, keharmonian dan kesejahteraan kepada semua.

Ikhlas daripada,
Pengarah Pendidikan Negeri
dan warga kerja
Jabatan Pendidikan Negeri Perlis

26/05/2026

Dalam kesyukuran dan keinsafan, marilah kita bersama-sama meraikan Hari Raya Aidiladha 1447H dengan penuh ketundukan dan penghayatan terhadap makna pengorbanan yang sebenar.

Aidiladha bukan sekadar perayaan, tetapi lambang ketaatan Nabi Ibrahim a.s. dan keikhlasan Nabi Ismail a.s. dalam menyahut seruan Ilahi, satu pengajaran besar buat kita dalam mendidik generasi pewaris bangsa.

Sebagai warga pendidik, pengorbanan masa, tenaga dan kasih sayang yang kita curahkan saban hari adalah manifestasi nilai-nilai murni yang tersirat dalam Aidiladha. Sama ada guru di bilik darjah, pentadbir di pejabat, mahupun staf sokongan yang setia di belakang tabir; anda semua adalah wira pendidikan yang sebenar.

Semoga sambutan Aidiladha ini membawa ketenangan, keberkatan dan limpahan rahmat buat semua. Nikmatilah saat bersama keluarga, dan doakanlah keselamatan serta kesejahteraan sesama insan, khususnya saudara-saudara kita yang sedang menunaikan ibadah haji di Tanah Suci.

"Salam Aidiladha 1447H.
Kuatkan jiwa, kukuhkan ukhwah dan suburkan cinta kepada tugas mulia ini."

Ikhlas daripada,
Pengarah Pendidikan Negeri
dan warga kerja
Jabatan Pendidikan Negeri Perlis

16/05/2026

Daulat Tuanku!

Merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-83 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Negeri Perlis.

Semoga Duli Tuanku dan Raja Perempuan Perlis sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan serta berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.

Sembah Takzim daripada :
Pengarah Pendidikan Negeri Perlis
dan warga kerja
Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.

Daulat Tuanku!

16/05/2026

Hadiah Hari Guru 2026

Photos from Fadhlina Sidek's post 16/05/2026
16/05/2026

Selamat Hari Guru 2026.

โ€œGuru Bitara Nadi Negaraโ€

Terima kasih kepada seluruh warga pendidik yang sentiasa mencurahkan ilmu, membimbing dengan penuh dedikasi dan menjadi inspirasi kepada generasi masa depan negara.

Guru bukan sekadar pendidik, malah pembina sahsiah, pencetus impian dan penggerak kecemerlangan anak bangsa. Semoga segala jasa dan pengorbanan para guru terus dihargai dan diberkati.

Selamat Hari Guru kepada semua insan bergelar pendidik. Teruslah menjadi cahaya yang menerangi masa depan negara.

Kementerian Pendidikan Malaysia

15/05/2026

Selamat Hari Guru 2026.
โ€œGuru Bitara Nadi Negaraโ€

Terima kasih semua cikgu atas segala ilmu, pengorbanan dan dedikasi dalam membentuk generasi masa depan negara. Jasa guru sentiasa dihargai.

Kementerian Pendidikan Malaysia

Want your school to be the top-listed School/college in Kangar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Kangar
Kangar
01000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00