PAS Negeri Perlis

PAS Negeri Perlis

Share

Wadah rakyat untuk bersama mewujudkan negeri dan negara berkebajikan...

08/06/2026

KENYATAAN MEDIA PAS PUSAT

KERJASAMA POLITIK PAS–BERSATU

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan pada hari ini, Isnin 8 Jun 2026, telah membuat ketetapan seperti berikut:

i. Memperakukan keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Jun 2026 berhubung pertimbangan dasar, hukum dan maslahah kerjasama politik PAS, atas prinsip penyatuan ummah;

ii. Meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik PAS–BERSATU berdasarkan laporan, kajian dan penilaian semasa;

iii. Menghentikan kerjasama politik dengan BERSATU;

iv. Meneroka suatu bentuk persefahaman politik dan kerjasama pilihan raya (electoral pact) demi penyatuan ummah, bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum ke-16; dan

v. Menerima hasrat tokoh-tokoh akademik, profesional, pemimpin politik, dan aktivis masyarakat untuk menyertai PAS.

“Kembali Kepada Penyelesaian Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 22 Zulhijjah 1447 / 8 Jun 2026

Kemajuan bukan hanya pelancongan, bangunan fizikal 06/06/2026

Kemajuan bukan hanya pelancongan, bangunan fizikal

Kemajuan bukan hanya pelancongan, bangunan fizikal KANGAR: Usaha untuk terus memperkasakan sektor pelancongan sebagai pemangkin ekonomi negeri disambut baik, namun diharapkan tidak tersasar daripada identiti dan nilai yang menjadi kebanggaan rakyat Perlis. Wan Badariah Wan Saad (PN-Mata Ayer) berkata, selain itu pendekatan pelancongan yang dilaksana...

22/05/2026

Kenyataan Media
PIMPINAN DAN AHLI PAS DILARANG BUAT SEBARANG KENYATAAN DAN ULASAN TANPA KEBENARAN PARTI

PAS meminta semua pimpinan dan ahli PAS agar tidak membuat sebarang kenyataan ataupun ulasan mengenai perkembangan terkini yang melibatkan pihak-pihak lain dengan PAS dalam mana-mana saluran media atau komunikasi melainkan dengan kebenaran khas Parti.

Semua pihak diminta kekal tenang dan menyerahkan perkara seumpama ini kepada
Tuan Guru Presiden dan kepimpinan Parti yang akan menguruskannya dengan cermat
dalam waktu terdekat.

Terima kasih.

TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS
22 MEI 2026

17/05/2026

17 Mei 2026

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan doa kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Negeri Perlis sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-83.

Semoga Allah SWT terus mengurniakan keafiatan, kesejahteraan dan keberkatan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta DYMM Raja Perempuan Perlis, agar terus memayungi negeri dan rakyat dengan penuh kebijaksanaan dan kasih sayang.

“Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju.”

Daulat Tuanku.

16/05/2026

1. Selamat Hari Guru buat seluruh insan pendidik yang telah mencurahkan ilmu, mendidik akhlak dan membentuk jiwa generasi.

2. Sesungguhnya kejayaan yang kita kecapi hari ini tidak lahir dengan sendiri. Di sebalik setiap kejayaan, ada guru yang sabar mengajar, menegur, membimbing dan mendoakan.

3. Guru pertama dalam hidup saya ialah Baba dan Emak yang mengajar mengenal Allah, mengenal kehidupan serta memimpin langkah sejak kecil.

4. Kemudian hadir guru-guru di sekolah, madrasah, universiti dan dalam masyarakat yang terus memimpin perjalanan ilmu dan pengalaman hidup kita.

5. Hakikatnya, tugas guru tidak pernah berhenti. Seorang guru mendidik sepanjang hayatnya, walaupun kadang-kadang tanpa mengenal penat dan jemu.

6. Begitu juga kita sebagai murid, jangan pernah merasa cukup ilmu. Kehidupan ini menuntut kita terus berguru, menerima nasihat, teguran dan tunjuk ajar daripada mereka yang berilmu serta berpengalaman.

7. Orang yang berjaya bukanlah orang yang merasakan dirinya sudah sempurna, tetapi orang yang sentiasa mahu belajar dan memperbaiki diri. Ilmu menjadikan manusia lebih matang, manakala adab terhadap guru menjadikan ilmu itu berkat.

8. Sempena Hari Guru ini, marilah kita menghargai semua guru yang pernah hadir dalam kehidupan kita. Kenanglah jasa mereka dengan doa, penghormatan dan akhlak yang baik. Mudah-mudahan segala ilmu yang dicurahkan menjadi pahala yang berpanjangan di sisi Allah SWT.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Kangar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Kangar