Explore Perlis Geopark
Local explorers & volunteers for Perlis Geopark | AJK PROMOSI & KESEDARAN KOMUNITI PERLIS GEOPARK |
11/06/2026
11/06/2026
Hikers Perlis, salah satu daripada 17 Komuniti Perlis Geopark
Jemputan Trip Mendaki ke Gunung Perlis.
Tarikh : 18 Julai 2026 (Sabtu)
Masa : 7.45 Pg - 4.00 ptg (COT jam 4.00 ptg)
Kos : RM45 (Permit, Insurans serta Guide HiPs, MGP & Kacang Club)
Detail berikut diperlukan (Untuk tujuan Permit & Insurans) :
Nama Penuh :
Nom KP :
Nom HP :
Nama Waris :
Nom Phone Waris :
Utk sebarang pertanyaan & detail sila contact :
Hairil : 0195745227
Fiza : 0107714774
11/06/2026
MENGENALI PERLIS GEOPARK: MENGENAL LANDSKAP GEOLOGI DAN KEPENTINGAN PEMULIHARAAN GEOPARK
ARAU, 11 Jun – Satu sesi perkongsian “Mengenali Perlis Geopark: Mengenal Landskap Geologi dan Kepentingan Pemuliharaan Geopark” telah disampaikan oleh Pengurus Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Perlis, Cik Atilia Bashardin, kepada hampir 300 pelajar UiTM Arau dan ILKKM Kangar di Dewan Seri Semarak, UiTM Arau hari ini.
Ceramah ini bersempena Program Kempen Penghijauan Malaysia 2.0 anjuran Jabatan Perhutanan Negeri Perlis bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman peserta mengenai keunikan warisan geologi Perlis serta kepentingan memulihara sumber geologi, biodiversiti dan warisan budaya yang membentuk identiti Perlis Geopark.
Para peserta turut didedahkan kepada pembentukan landskap geologi Perlis yang unik, termasuk kewujudan formasi batu kapur berusia ratusan juta tahun, gua-gua batu kapur, bukit-bukau karst serta tapak-tapak geowarisan yang mempunyai nilai saintifik, pendidikan dan pelancongan yang tinggi.
Selain itu, ceramah ini turut menerangkan konsep geopark sebagai pendekatan pembangunan lestari yang mengimbangi aspek pemuliharaan, pendidikan dan pembangunan ekonomi komuniti setempat. Peserta juga diberi pendedahan mengenai peranan masyarakat dalam menjaga dan memelihara khazanah geologi agar terus terpelihara untuk manfaat generasi akan datang.
Program ini memberi peluang kepada para pelajar untuk menambah pengetahuan mengenai warisan geologi negeri serta menyemai rasa tanggungjawab terhadap usaha pemuliharaan alam sekitar dan sumber semula jadi negara melalui Perlis Geopark.
📷 Explore Perlis Geopark | Komuniti
07/06/2026
Perlis Geopark
Jabatan Perhutanan Perlis Kenal Pasti 83 Gua Belum Diterokai gua, Perlis, Banjaran Nakawan, ekopelancongan
07/06/2026
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Puncak Permatang Kars Bukit Lagi (utara)
Kangar
01000