Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Perlis Public Library
18/06/2026
Lawatan Ceria ke Perpustakaan Kanak-Kanak. Hari ini, Perpustakaan Kanak-Kanak dimeriahkan dengan kehadiran anak-anak kecil dari Taska Keedsflix Campus Sena Perlis seramai 70 orang yang begitu teruja untuk meneroka dunia buku dan ilmu. Seawal ketibaan, wajah-wajah comel mereka jelas memancarkan rasa ingin tahu dan semangat untuk belajar.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang lawatan, antaranya sesi bercerita, membaca bersama-sama, mewarna, melihat koleksi buku bergambar, celik it, vr serta pengenalan kepada perpustakaan dan kepentingan membaca sejak usia muda. Anak-anak bukan sahaja seronok memilih warna dan melengkapkan lembaran aktiviti, malah turut belajar berinteraksi, berkongsi peralatan dan bekerjasama dengan rakan-rakan.
Gelak tawa dan keceriaan mereka memenuhi ruang perpustakaan, menjadikan suasana lebih hidup dan bermakna. Lawatan seperti ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu kepada kanak-kanak, malah membantu memupuk minat membaca serta menanam rasa cinta kepada buku sejak kecil.
Semoga kunjungan ini menjadi permulaan kepada perjalanan ilmu yang panjang dan menyeronokkan buat anak-anak kecil ini.
"Anak yang dekat dengan buku hari ini, berpotensi menjadi insan berilmu pada masa hadapan."
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Website
Address
Jalan Penjara
Kangar
01000
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 06:00 |
| Tuesday | 08:00 - 06:00 |
| Wednesday | 09:00 - 06:00 |
| Thursday | 09:00 - 06:00 |
| Friday | 08:00 - 12:00 |
| Saturday | 09:00 - 18:00 |