KEDAI PGPI.com

KEDAI PGPI.com

Share

Selamat datang ke KEDAI PGPI.com. Kami menjual pelbagai jenis barangan jualan dengan harga yang menarik terutamanya buat mahasiswa pendidik IPG Kampus Perlis.

18/07/2023

RESEPI AYAM MASAK KICAP


Ayam masak kicap bukan semata mata tuang kicap je..

bahan2 lain jugak main peranan utk dapatkan rasa yg sedap.


BAHAN-BAHAN :

1/2 ekor ayam gaul dgn garam n kunyit (goreng)

1 biji Bwg merah (hiris)

2 ulas Bwg putih (ketuk)

Halia (hiris)

tumbuk @ blend 1 bwg merah, 1 biji bwg putih & halia..

1 senduk cili kisar

1 sudu rempah kari daging (optional)

2 sudu sos cili

1 sudu sos tiram

2 sudu sos abc

1 sudu kicap pekat

4 sudu kicap lemak manis

1/2 cwn air (if nk berkuah letak lebih skit)

1 btg Kayu manis

2 Bunga cengkih

1 bunga lawang

1 btg serai (ketuk)

Bwg besar potong bulat

Ubi kentang (goreng dulu)

Cili padi

Daun sup & daun bwg


CARA-CARA :

Tumis bwg merah, bwg putih, halia & serai hingga kekuningan.. Masukkn bwg2 n halia yg ditumbuk hingga bau wangi.. Masuk cili kisar & rempah.. Masak hingga pecah myk.. masukkan sos cili, sos tiram, kicap abc, kicap pekat & kicap lemak manis.. kacau2 (boleh masukkan bawang besar potong bulat..

masukkan ayam goreng... gaul sebati

nampak pekat sgt masukkan air... dah masak.. tabur cili padi

dgn daun sup & daun bwg

*tak perlu letak bahan perasa sbb kicap2 n sos dh cukup manis n masin..


Kredit : Mami Mirza

18/07/2023

Inilah rendang saya yang telah mendapat 587k share.
Katanya sangat sedap....

Dalam resepi masakan sudu' bererti 'sudu besar dan kalau sudu kecil , barulah akan disbut ' sudu kecil".
Inilah resepi saya untuk cicah ketupat dan lemang.

RENDANG AYAM ini sangat sesuai untuk cicah ketupat lemang.

Dah siap resepinya....

RENDANG AYAM @ DAGING IDASHAHIDA
Sika guna resepi yang sama .

saya baru lepas buat rendang ayam style saya.rendang ni sangat sangat sedap untuk dimakan dengan nasi, ketupat dan lemang.saya masukkan daun kunyit sama untuk menambahkan selera dan kesedapannya.

Bahannya:

Daging 1-1 1/2 kg dipotong kecil agak seketul untuk sesuap ketupat.

ATAU
2 ekor ayam sederhana besar (3kg)
Jng potong terlalu kecil sebab nanti isi ayam akan hancur.
Serai 12- 15 batang* (jika saiz serai besar dan gemuk sila kurangkan)
Bawang putih 1 labu*
Bawang merah 20 biji*
Halia 3 inci*
Lengkuas 2 inci*
Cili mesin 4 sudu
Santan kotak 800- 1000ml( dibahagi 2) atau 3 biji santan pekat ( separuh santan pekat dan separuh lagi santan cair)
Kerisik 4 sudu besar
Garam 1 sudu besar
Gula 4 sudu besar
Ajinomoto 1/2 sudu kecik
1 /2 sudu kecil serbuk kunyit
Serbuk ketumbar 1 sudu besar
Serbuk Jintan manis 1 sudu besar
Serbuk Jintan putih 1/2 sudu besar
Serbuk Lada putih 1/2 sudu besar
Rempah 4 sekawan( kulit kayu manis, bunga lawang, biji pelaga dan bunga cengkeh)
( kalau guna yang biji -dikisar halus
Daun kunyit 6-8lembar dihiris halus

Letak kuali yg besar atas dapor. Buka api:-
Masukkan ayam
bahan bahan kisar
serbuk kunyit
Jintan manis
Jintan putih
Lada putih
Ketumbar
Cili kisar
Garam
Gula
Rempah 4 sekawan

Kacau dan sebatikan semuanya. Terus balik balikkan sampai ayam keluar air.selepas 10 minit masukkan santan setengah kotak(250ml)
Gula
Garam
Kiub ayam/ serbuk perasa
kacau lagi sebab nak elak berkerak dibawah.
Agak dalam15 minit dikacau masukkan santan lagi separuh tadi (250ml). Waktu ini anda boleh rasa sikit apa yg kurang boleh tambah ikut selera anda.kacau lg dalam 20 minit.
Terus kacau sampai kuah agak pekat anda masukkan kerisik.kacau lg selama 10 minit.
( bila dah nampak kuah mulai pekat waktu ini anda mesti keluarkan ketulan ketulan ayam tersebut sebab nak elakkan isi ayam jadi pecah atau hancur( masukkan isi ayam sahaja kedalam mangkuk).
Kuahnya biarkan didalam kuali dan masukkan daun kunyit yang kita potong kecil kecil tadi. Kacau dan balikkan selama 5 minit.
Lepastu anda masukkan isi ayam tadi semula dalam kuali dan sebatikan semuanya dengan kuah yang dicampur daun kunyit tadi. Dalam 5 minit lepas dikacau tutup api. Sebab biar daun kunyit tu masih nampak segar lg dan masih bewarna hijau.

Kiahnya dah kering seperti mana yang anda kehendaki boleh pindahkan kedalam periuk dan tudung. Dah siap.

Want your business to be the top-listed Business in Kangar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Kangar
01000