Cikgu Razak Ibrahim

Cikgu Razak Ibrahim

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Cikgu Razak Ibrahim, Digital creator, Kemaman.

Photos from Cikgu Razak Ibrahim's post 09/05/2026

Alhamdulillah, hari ini sempena program Karnival Bersamamu Rakyat, Indahnya Hidup Bersyariat Peringkat DUN Air Putih 2026 saya berkesempatan menziarahi 10 buah rumah sekitar Felda Neram 2 dan Bandar Cheneh Baru.

Ziarah melibatkan warga emas, mereka yang diuji dengan kesakitan serta beberapa tokoh dan orang berpengaruh setempat.

Semoga setiap kunjungan ini dapat mengeratkan ukhuwah, menyantuni masyarakat dan membawa sedikit kegembiraan kepada mereka yang diziarahi.

Photos from Cikgu Razak Ibrahim's post 07/05/2026

Malam ini bersama kepimpinan PAS Cawangan Ban Ho, Cerul. Walaupun kawasan penduduknya kecil, namun kepimpinan di sini cukup bersemangat, komited dan sentiasa kuat dalam gerak kerja.

Semoga terus istiqamah membawa perjuangan demi masyarakat dan Islam.

Sejahtera Bersama Islam.

Photos from PAS Dun Air Putih N32- Terengganu's post 28/04/2026

24 April 2018. Kemenangan selepas 2013 🤲🏻 Disusuli anugerah kemenangan sehingga sekarang. Moga terus berterusan.

Photos from Cikgu Razak Ibrahim's post 26/04/2026

Hari ini genap usia saya 73 tahun. Namun tengah hari tadi, adik saya Mustaffa Kamal telah dijemput Ilahi.

Satu hari, dua rasa syukur dan kehilangan.

Saya bersyukur masih diberi peluang untuk terus bernafas, berkongsi ilmu dan berbakti. Dalam masa yang sama, saya reda dengan pemergian insan yang sangat saya sayangi.

Mohon doakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan diampunkan segala dosanya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang hadir menziarahi, membantu menguruskan serta menunaikan solat jenazah.
Hanya Allah SWT yang mampu membalas segala kebaikan kalian.

Al-Fatihah 🤍

26/04/2026

Solat Jenazah Allahyarham adinda Mustaffa Kamal bin Mohd Shaffi di Masjid Batu 2½ Mak Chili, Kemaman selepas Solat Asar, 26 April 2026.

Dijemput kepada mereka yang berkelapangan hadir sama-sama menunaikan solat Jenazah.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

Al Fatihah.

26/04/2026

Telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi adinda saya, Mustaffa Kamal bin Mohd Shaffi di Hospital Kemaman.

Al Fatihah.

Solat Jenazah serta urusan akan dimaklumkan nanti. Mohon sedekahkan Al Fatihah.

Want your business to be the top-listed Media Company in Kemaman?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Kemaman
24000