KKTM Kemaman - Electrical Program
Diploma in Electrical Engineering Technology (Plant Operation) - DEO
19/04/2026
02/02/2026
LAWATAN PENANDA ARAS: MEMPERKUKUH KUALITI TVET MELALUI KOLABORASI STRATEGIK
Sekumpulan pensyarah daripada Program Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Operasi Loji), TVETMARA Kemaman telah mengadakan lawatan penanda aras ke Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Kampus Pekan pada Selasa, 27 Januari 2026.
Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan pendedahan menyeluruh terhadap amalan terbaik akademik dan industri, khususnya dalam aspek pengurusan program, pendekatan pengajaran berteraskan industri, kemudahan makmal serta penyelarasan kurikulum selari dengan keperluan semasa sektor tenaga dan operasi loji.
Sesi perbincangan dua hala yang konstruktif telah membuka ruang kepada perkongsian ilmu, pertukaran idea serta penerokaan potensi kolaborasi strategik antara TVETMARA dan UMPSA, sekali gus menyokong agenda pemerkasaan pendidikan TVET negara.
Secara keseluruhan, lawatan ini diyakini mampu menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti penyampaian akademik, pembangunan kompetensi pensyarah dan penghasilan graduan yang lebih berdaya saing, berkemahiran tinggi serta memenuhi kehendak industri.
06/10/2025
🎓 Majlis Penyerahan Sijil Kompeten Penjaga Jentera Elektrik (A1)
📅 5 Oktober 2025
📍 Dewan Sri Perdana, Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Kemaman
Suasana di Dewan Sri Perdana pada pagi 5 Oktober lalu menyaksikan satu detik penuh bermakna apabila seramai 18 orang alumni Diploma Kejuruteraan Teknologi Elektrik (Operasi Loji) Kohort ke-11 kembali ke alma mater tercinta bagi menerima Sijil Kompeten Penjaga Jentera Elektrik (A1) — satu pengiktirafan rasmi ke atas kecekapan mereka sebagai tenaga mahir bertauliah dalam bidang kejuruteraan elektrik.
Majlis penuh bermartabat ini telah disempurnakan oleh Ts Abdul Malib Bin Ludin, Pengarah KKTM Kemaman, diiringi oleh Ts Mohd Halimudin Bin Mohd Isa @ Hamid, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik (TP HEA), dan Puan Afizah Zubaidah Binti Embong, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar (TP HEP). Turut hadir bersama, Ir. Hanafi Bin Che Ab Halim, Ketua Program Kejuruteraan Elektrik, yang sentiasa menjadi tulang belakang dalam membimbing para pelajar menuju kecemerlangan profesional.
Kehadiran ibu bapa dalam majlis ini menambahkan lagi seri dan makna – menjadi saksi kepada kejayaan anak-anak mereka yang kini berdiri sebagai insan berkemahiran, bersijil, dan berdaya saing dalam industri tenaga negara.
💡 Sijil A1 bukan sekadar sekeping pengiktirafan, tetapi simbol kepada perjalanan panjang, dedikasi tanpa jemu, dan keazaman untuk menguasai bidang teknikal bertaraf profesional. Ia menjadi bukti bahawa graduan KKTM Kemaman bukan hanya cemerlang di makmal dan bengkel, tetapi juga bersedia menakluk realiti industri sebenar.
🌟 Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar lain untuk terus berusaha, membina kompetensi, dan menzahirkan kebanggaan TVET MARA di pentas nasional.
11/09/2025
Hari ini pelajar subjek Underground Cable berpeluang mempraktikkan sendiri proses sebenar mengorek trench untuk penanaman kabel bawah tanah. Aktiviti ini bukan sekadar latihan fizikal, tetapi juga latihan disiplin, kerjasama berpasukan, serta pendedahan kepada prosedur sebenar kerja lapangan.
Dengan bimbingan pensyarah yang turut sama berada di lokasi, pelajar bukan sahaja belajar teori di kelas tetapi juga menguasai kemahiran praktikal yang amat penting dalam industri elektrik.
🔌💡 Inilah semangat TVET — belajar dengan tangan, faham dengan pengalaman.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Website
Address
KKTM Kemaman, Jalan Mak Lagam
Kemaman
24000