Nidokko Botanic

Nidokko  Botanic

Share

NIDOKKO BOTANIC diformulas!kan khas utk mlancarkn sistem pgaliran dar@h dlm tubuh serta dpt membantu myelesaikan masalah kesihat@n seseorang tanpa bhn k!mia

13/09/2024

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
"Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada keburukan apa yang Dia ciptakan"

----
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ "‏ مَنْ قَالَ حِينَ يُمْسِي ثَلاَثَ مَرَّاتٍ أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ لَمْ يَضُرَّهُ حُمَةٌ تِلْكَ اللَّيْلَةَ ‏"‏
Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda:
Sesiapa yang membaca pada waktu petang sebanyak 3 kali

"Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada keburukan apa yang Dia ciptakan"

Tidak akan memudharatkannya sengatan haiwan berbisa pada malam itu.
[Jami' at-Tirmizi, hadis hasan]

Daripada Khaulah bte Hakim al-Sulamiyyah radiallahu 'anha:

سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ نَزَلَ مَنْزِلًا ثُمَّ قَالَ أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ لَمْ يَضُرَّهُ شَيْءٌ حَتَّى يَرْتَحِلَ مِنْ مَنْزِلِهِ ذَلِكَ
Aku mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang singgah di satu tempat, kemudian dia membaca 'Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada keburukan apa yang dia ciptakan'. Sesungguhnya tiada sesuatu pun yang dapat memudharatkannya sehingga dia beredar dari tempat tersebut. [Sahih Muslim, Kitab ad-Dzikr wa ad-Dua' wa at-Taubah wa al-Istighfar, hadis no: 2708]

Telegram: Contact @drahmadsanusiazmi 27/12/2023

Pengajaran Fitnah Dari Surah al-Kahfi
=====
1. Surah al-Kahfi benar-benar menunjukkan kepada kita bagaimana manusia boleh tewas dengan pelbagai fitnah dunia yang ada pada hari ini. Allah mempersembahkan kepada kita empat kisah yang mewakili setiap elemen dan mesej yang ingin disampaikan.

2. Kisah pemuda Kahfi pada permulaan surah ini menggambarkan bagaimana sekump**an pemuda yang lari dalam usaha menyelamatkan agama tauhid mereka. Mereka tidak berkongsi akidah dengan kepercayaan lain jauh sekali memperjuangkan konsep pluralisme agama.

3. Kisah kedua p**a adalah mengenai pemilik kebun yang dikurniakan oleh Allah harta dunia dan bagaimana harta dunia itu akhirnya menjadikan dia jauh dari Allah. Manusia terkadang berbangga dengan harta dan pengikutnya yang ramai. Follower yang ramai menjadikan dirinya ego. Firman Allah:

وَكَانَ لَهُۥ ثَمَرٌ فَقَالَ لِصَٰحِبِهِۦ وَهُوَ يُحَاوِرُهُۥٓ أَنَا۠ أَكْثَرُ مِنكَ مَالًا وَأَعَزُّ نَفَرًا

“Tuan kebun itu p**a ada mempunyai harta (yang lain); lalu berkatalah ia kepada rakannya, semasa ia berbincang dengannya: "Aku lebih banyak harta daripadamu, dan lebih berpengaruh dengan pengikut-pengikutku yang ramai". (al-Kahfi: 34)

4. Perhatikan dalam ayat ini, bagaimana Allah menyebutkan bahawa harta yang banyak, pengaruh yang kuat serta pengikut (follower) yang ramai menjadikan manusia keliru dan akhirnya merasa tinggi diri, ego dan jauh dari bimbingan Allah tanpa dia sendiri menyedarinya.

5. Kemudian Allah datangkan p**a kisah Nabi Musa, yang menceritakan tentang fitnah (ujian) ilmu. Dalam sebuah hadis, Nabi Musa dikatakan tidak menyangka bahawa ada orang yang mempunyai ilmu yang lebih sedikit dari dirinya. Lalu Allah wahyukan kepada baginda tentang Nabi Khidir.

6. Kisah ini dipaterikan dalam Surah al-Kahfi bagaimana ilmu yang tersemat dalam diri seseorang berupaya menjadikan mereka ego dan sombong. Merasakan dirinya lebih tahu dari orang lain, mereka mudah untuk menyalahkan malah merasakan hanya pandanganya yang benar.

7. Manakalah kisah yang terakhir adalah mengenai kisah Zulkarnain dan fitnah kuasa. Allah kurniakan kuasa kepada manusia adalah bagi memelihara agama Allah dan bukan menjadi sombong dan mengelirukan manusia mengenai agama Allah yang suci ini.

8. Menariknya dipenghujung surah ini Allah menegaskan mengenai satu amalan yang paling sia-sia. Manusia merasakan dia telah melakukan kebaikan, amalan atau sumbangan yang paling banyak sedangkan amalan itu pada hakikatnya sia-sia di sisi Allah. Firman Allah:

“قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالأَخْسَرِينَ أَعْمَالا * الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا”

Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan."

9. Sekalipun menurut Sheikh al-Tantawi, ayat ini merujuk kepada golongan musyrikin, Yahudi dan Kristian, namun pengajarannya adalah baik untuk kita semua. Ia mengingatkan kita bahawa dalam segala kurniaan nikmat dan fitnah dunia yang Allah berikan kepada kita, janganlah dunia menyebabkan kita lari dari petunjuk Allah, sombong dan ego dalam kehidupan dunia yang sementara.

Semoga Allah membimbing kita.

Telegram: Contact @drahmadsanusiazmi

08/11/2023

Sihir Pemisah&Saka part 3

04/11/2023

Salam

"Kami cintakan KEDAMAIAN, jangan dipaksa untuk BERPERANG"

Tuan puan yang ade mengalami gangguan saka,sihir dan apa2 bentuk gangguan termasuk juga masalah jantung juga kenser. insyaallah kami daripada team Tepuk Rukyah akan cuba memantu anda.

Jangan bersusah hati kerana setiap penyakit pasti ada jalan keluar dan penyembuhannya.

Hubungi kami
Ust lan 0139979025
Ust lie 0199360276
Ust kimie 01110280508

03/11/2023

Assalamualaikum warga Taiping,Perak
Kami akan berada di sana pada 3,4 dan 5 November 2023.. kepada sesiapa yang ingin dapatkan rawatan Team TEPUK RUQYAH boleh contact kami pada link di bawah

Ustaz Rosli - https://www.wasap.my/+60199360276/tepukruqyah

Ustaz Roslan-
https://www.wasap.my/+60139979025/tepukruqyah

Ustaz Kimie- https://www.wasap.my/+601110280508/tepukruqyah

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kemaman?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Kemaman
24000