Al-Farabi Brain Development Center

Al-Farabi Brain Development Center

Share

Al-Farabi, Brain Development Center. http://www.alfarabi2u.com

14/04/2022

Subhanallah 😭

Sangat tersentuh setiap kali bacaan Imam Muhib Salikin dari Masjid Ar Rahman Taman Putri (MARTP) dalam solat terawih di Bulan Ramadhan ini.
Tak terasa solat 20 rakaat tatkala menghayati bacaan beliau, tak terasa berapa kali mengalir air mata setiap kali mendengar dan terasa betapa takutnya siksaan Allah.
بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْكَمُاَ فِيْ خَيْرٍ
buat Imam, semuga Allah memberi kebaikan buat imam dunia dan akhirat, tak lupa juga kepada mereka yang mengimarahkan masjid.
جَزَاكَ ٱللَّٰهُ خَيْرًا

اسْتَغْفِرْ لَهُمْ أَوْ لَا تَسْتَغْفِرْ لَهُمْ إِن تَسْتَغْفِرْ لَهُمْ سَبْعِينَ مَرَّةً فَلَن يَغْفِرَ اللَّهُ لَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ كَفَرُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

(Orang-orang munafik itu) sama sahaja engkau meminta ampun untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun bagi mereka. Jika engkau (wahai Muhammad) meminta ampun bagi mereka tujuh puluh kali (sekalipun) maka Allah tidak sekali-kali mengampunkan mereka; yang demikian itu, kerana mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya; dan Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik.

فَرِحَ الْمُخَلَّفُونَ بِمَقْعَدِهِمْ خِلَافَ رَسُولِ اللَّهِ وَكَرِهُوا أَن يُجَاهِدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَقَالُوا لَا تَنفِرُوا فِي الْحَرِّ ۗ قُلْ نَارُ جَهَنَّمَ أَشَدُّ حَرًّا ۚ لَّوْ كَانُوا يَفْقَهُونَ

Orang-orang (munafik) yang ditinggalkan (tidak turut berperang) itu, bers**acita disebabkan mereka tinggal di belakang Rasulullah (di Madinah); dan mereka (sememangnya) tidak s**a berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah (dengan sebab kufurnya), dan mereka p**a (menghasut dengan) berkata: "Janganlah kamu keluar beramai-ramai (untuk berperang) pada musim panas ini". Katakanlah (wahai Muhammad): "Api neraka Jahannam lebih panas membakar", kalaulah mereka itu orang-orang yang memahami.

فَلْيَضْحَكُوا قَلِيلًا وَلْيَبْكُوا كَثِيرًا جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan.

Surat At Taubah 80-82

16/11/2021

Sedang tular video pertikaman lidah yang disebabkan oleh tindakan seorang pengguna di R&R Ayer Keroh membawa haiwan peliharaan berehat bersama di salah satu kemudahan di situ.

Disebabkan kejadian itu, kemudahan yang terlibat telah disertu serta merta.

Kami tidak berhajat untuk berkongsi video tersebut kerana ia langsung tidak melambangkan semangat Keluarga Malaysia.

Justeru ingin kami berpesan, semua R&R adalah kawasan larangan untuk haiwan peliharaan. Tidak kira anjing, kucing, hamster, ayam laga, lembu brahman, kambing, cicak tokek, ikan beta, iguana mahu pun lipan.

Dunia untuk dikongsi, hormatilah kita sesama manusia.



Kredit Careta

27/09/2021

Nekad langgar palang sebab tak nak bayar tol

PETALING JAYA – Seorang pemandu kereta terkejut apabila sebuah kenderaan jenis Honda HR-V tiba-tiba meluru laju mengikuti belakangnya dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Plaza Tol Semenyih semalam.

Menerusi perkongsian video oleh di laman media sosial Twitter miliknya, pemandu kereta Honda HR-V itu bertindak memecut laju dan terus mengekori rapat di belakang kereta dipandunya.

Berdasarkan video berdurasi sembilan saat tersebut, pemandu kereta itu turut nekad merempuh palang tol terbabit walaupun palang berkenaan sudah mulai turun untuk menutup laluan.

Susulan daripada perkongsian video itu, orang ramai telah mengecam tindakan pemandu itu yang boleh mengakibatkan pelanggaran dengan kereta yang berada di hadapannya.

“Palang itu sepatutnya hentak kuat lagi kereta dia, biar terhempuk sekali sampai ke kepala pemandu itu,” kata .

“Awak tak akan selamat, tunggu sahaja surat dari firma peguam panel bagi syarikat konsesi tol ini sampai depan rumah,” jelas .

“Kalau kereta dekat depan itu brek, sekejap sahaja HR-V akan tercium bonet belakang kereta itu” ujar .

Kejadian seperti ini kerap kali terakam sejak akhir-akhir ini, tidak dapat dipastikan apa penyebab semakin ramai pengguna jalan raya semakin berani untuk mengelak membayar tol.

21/09/2021

Panjang Umur Uncle ni...

Kejadian MRR2 Cheras
Lorong laju
Uncle bawa motor 15-20km p/h .nasib baik x kena Sidai Belakang.

Jaga keselamatan anda dijalan raya..

Want your place of worship to be the top-listed Place Of Worship in Kepala Batas?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


No. 17, Tingkat Atas, Jalan Usahawan 4, Kompleks Perniagaan Dato’ Kailan
Kepala Batas
13200