EKSA KKKB
EKSA(Ekosistem Kondusif Sektor Awam) Kolej Komuniti Kepala Batas
Warga Komited Persekitaran Kondusif
12/05/2026
Kempen Eksa bulanan iaitu Jimat Kertas Selamatkan Bumi akan berlangsung pada bulan May 2026.
See less
29/04/2026
Nama Program : Go Green with Recycle
Tarikh : 15 April 2026
Masa : 10.30 pagi - 3.00 petang
Tempat : Kolej Komuniti Kepala Batas
Anjuran : Unit Smartgreen dan EKSA KKKB
Unit Smartgreen dan EKSA Kolej Komuniti Kepala Batas (KKKB) dengan kerjasama Syarikat E-Idaman Sdn Bhd, KRT Fasa 4 & 5 Taman Bertam Indah dan Masjid At-Taqwa Bertam Indah telah menganjurkan Program GO GREEN WITH RECYCLE 2026. Program ini dianjurkan sebagai langkah proaktif dalam mendidik masyarakat mengenai kepentingan kitar semula serta memupuk sikap cintakan alam sekitar demi kesejahteraan generasi akan datang.
Para peserta berpeluang menjual barangan kitar semula seperti plastik, kertas, tin aluminium, besi dan sebagainya dan menerima pulangan wang tunai sebagai galakan untuk terus mengamalkan gaya hidup lestari. Program ini diwujudkan sebagai platform untuk KKKB menyertai dan bersaing dalam Recycle Now 2026, sebuah inisiatif yang dianjurkan oleh pihak E-Idaman sejak tahun 2023 bagi menggalakkan amalan kitar semula serta meningkatkan kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Encik Shuhaimi bin Samanol, Pengarah KKKB. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan inisiatif hijau ini.
Terima kasih atas komitmen dan kerjasama semua pihak dalam menjayakan program Go Green with Recycle. Teruskan usaha hijau kita!
24/11/2025
Kempen EKSA Amalkan 5 Perkara, 5Minit Sebelum Pulang Bekerja akan berlangsung bulan November hingga Disember 2025
25/08/2025
NAMA PROGRAM : LAWATAN PENANDARASAN KE IAB, JITRA, KEDAH
TARIKH : 21 OGOS 2025
Lawatan penandarasan EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) di Institut Aminuddin Baki (IAB), Jitra, Kedah telah diadakan pada 21 Ogos 2025 bersama dengan Timbalan Pengarah Pengurusan, Unit EKSA dan Unit Smartgreen. Tujuan lawatan ini diadakan untuk melihat dan mempelajari pelaksanaan serta amalan terbaik EKSA di IAB, yang merupakan sebuah institusi yang telah mendapat pensijilan EKSA dan merupakan champion serta untuk mencontohi dan memantapkan lagi pelaksanaan EKSA di KKKB.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Address
Kepala Batas
13200