Sabah Update
Suara, Visual, Cerita & Digital Portal berita komuniti Sabah โ Menyajikan info terkini, isu semasa, politik, bencana, hiburan & aktiviti rakyat Sabah.
24/02/2026
๐๐๐๐๐ โ๐ฆ๐ฌ๐จ๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ข๐ง๐ข๐โ ๐ธ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฎ๐น๐ถ ๐ฑ๐ถ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐บ๐ฝ๐ฒ๐ป๐ฎ ๐ฎ๐ถ๐ฑ๐ถ๐น๐ณ๐ถ๐๐ฟ๐ถ, ๐ฒ๐ธ๐๐ธ๐น๐๐๐ถ๐ณ ๐ฑ ๐ต๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ฑ๐ถ ๐๐ฅ๐ข๐ช๐๐๐๐ ๐๐ฃ.
KOTA KINABALU - Bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, filem tempatan Syurga Dalam Botol (SDB) arahan Ebi Kornelis bakal kembali menemui penonton dalam tayangan khas terhad selama lima hari di GROWBALL CP.
Menurut beliau yang juga merupakn penerbit SDB, penganjuran tayangan semula ini adalah peluang eksklusif buat penonton yang masih belum berkesempatan menyaksikan karya berkenaan sebelum ini. Inisiatif tersebut turut dilihat sebagai usaha berterusan menyokong karya filem tempatan dan memperluas capaian penonton terhadap produksi kreatif tanah air.
โKita buka 5 hari sahaja untuk orang-orang yg belum tonton, jumpa di Growball CP nantiโ kata Ebi dalam satu kenyataan ringkas. Beliau menambah jika sambutan menggalakkan tayangan mungkin akan berlangsung sehingga seminggu.
SU
01/02/2026
๐๐๐๐๐
๐๐๐ ๐๐๐ง ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ญ๐๐ซ๐๐ข ๐๐๐, ๐๐๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐๐๐ซ๐ฃ๐๐ฌ๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐ญ๐๐ซ ๐๐๐ง ๐๐๐ซ๐ข
KOTA KINABALU, 31 Januari 2026 โ Akademi Seni dan Teknologi Kreatif Astif Ums, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah memeterai satu Surat Hasrat atau Letter of Intent (LOI) sempena Majlis Perasmian Program Teater dengan Tari yang berlangsung di Dewan Resital, UMS, hari ini.
Majlis pemeteraian LOI tersebut disempurnakan oleh Dekan ASTIF, Prof. Madya Dr. Zairul Anuar Md. Dawam bersama Pengarah JKKN Sabah, Puan Marina Abu Bakar, sekali gus menandakan satu langkah strategik dalam memperkukuh kerjasama antara institusi akademik dan agensi kebudayaan negara.
Kerjasama ini bertujuan memperkasa pembangunan seni persembahan, khususnya dalam bidang teater dan tari, melalui pelaksanaan program latihan, pementasan serta aktiviti pembangunan bakat secara berterusan.
Selain menjadi platform perkongsian kepakaran dan pengalaman, kolaborasi ini juga diharapkan dapat menyemai apresiasi terhadap seni dan budaya tempatan, di samping melahirkan penggiat seni kreatif yang berdaya saing dan berkualiti untuk masa hadapan.
Majlis tersebut turut diserikan dengan penganjuran Program Teater dengan Tari yang menampilkan elemen seni persembahan sebagai manifestasi gabungan kreativiti, warisan dan inovasi dalam dunia seni pentas.
Sabah Update melihat kerjasama strategik ini sebagai satu inisiatif penting dalam memperkukuh ekosistem seni persembahan di Sabah, selain membuka lebih banyak ruang kolaborasi antara institusi pengajian tinggi dan agensi kebudayaan demi kelangsungan serta pemerkasaan seni tempatan.
Gambar & Sumber : fb Jkkn Sabah
30/01/2026
๐ญ๐ฌ ๐ฆ๐๐ฎ๐ฟ ๐๐ถ๐ป๐ฒ๐บ๐ฎ๐ ๐๐๐ธ๐ฎ ๐๐ฎ๐น๐๐ฎ๐ป ๐๐ถ๐น๐ฒ๐บ ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ฑ๐ฒ๐ธ ๐๐ป๐ฎ๐ธ ๐ ๐๐ฑ๐ฎ ๐ฆ๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐ต ๐ธ๐ฒ ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ฟ ๐๐ฒ๐๐ฎ๐ฟ
PAPAR: Rangkaian pawagam 10 Star Cinemas mencipta satu lagi langkah signifikan dalam pembangunan industri perfileman tempatan apabila buat julung kalinya menjadi platform tayangan filem pendek terbitan anak muda Sabah ke layar pawagam komersial.
Melalui perkongsian Facebook oleh En. Onn Norshal Hamzah, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 10 Star Cinemas, satu sesi internal screening filem pendek bertajuk BEDILAN telah berlangsung malam semalam di 10 Star Cinemas, Parklane City, Papar.
Filem berdurasi 32 minit itu diterbitkan oleh Rixo, graduan muda Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTIF), Universiti Malaysia Sabah (UMS), dan dilihat sebagai petanda awal usaha menjadikan kategori filem pendek sebagai satu budaya baharu bagi menggalakkan karya kreatif tempatan ditayangkan di pawagam.
Menurut beliau lagi, filem BEDILAN dijadualkan untuk ditayangkan di seluruh rangkaian 10 Star Cinemas bermula Hari Raya Aidilfitri 2026.
Majlis tayangan tersebut turut dihadiri beberapa tokoh penting termasuk Datuk Kapt. Yahaya Othman, Dekan ASTIF UMS, Prof. Madya Dr. Zairul Anuar, para pensyarah ASTIF, rakan-rakan penggiat perfileman Sabah serta graduan universiti. Kehadiran jemputan dihadkan berikutan kekangan kapasiti lokasi.
Paling mencuri tumpuan, sesi tayangan itu turut dihadiri sutradara tersohor Indonesia, Hanung Bramantyo, yang dikenali menerusi filem-filem pecah panggung seperti Miracle in the Cell, Sukarno, Ayat-Ayat Cinta, Ipar Adalah Maut dan La Tahzan.
Melalui perkongsian sama, En. Onn Norshal memaklumkan kehadiran Hanung Bramantyo merupakan tanda sokongan bermakna terhadap usaha 10 Star Cinemas dalam mengangkat filem anak muda tempatan Sabah ke peringkat lebih tinggi.
Dalam ucapan inspirasi sebelum dan selepas tayangan, Hanung berkongsi pengalaman serta cabaran dalam menghasilkan karya dan menekankan kepentingan untuk terus percaya pada impian. Beliau turut memuji semangat anak muda Sabah, namun berharap usaha tersebut dapat diteruskan secara konsisten.
Difahamkan, Hanung Bramantyo hadir ke Sabah atas kos sendiri sebagai tanda sokongan terhadap program Titian Perfileman Nusantara Kota KinabaluโJakarta. Beliau tiba di Kota Kinabalu pada jam 3.00 petang dan berlepas p**ang ke Jakarta seawal jam 7.00 pagi keesokan harinya sebelum meneruskan perjalanan ke Eropah bagi menghadiri Festival Filem Rotterdam, di mana filem terbaharunya berjudul HOLE dipertandingkan.
10 Star Cinemas merakamkan penghargaan kepada Hanung Bramantyo atas kesudian beliau hadir ke Negeri Di Bawah Bayu, selain memaklumkan kunjungan balas ke Yogyakarta dijadualkan berlangsung pada bulan hadapan.
(Gambar : Pak Hanung Bramantyo (kiri) En Onn Norshal Hamzah (kanan)
30 Jan 2026 | 11.26 pm
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Website
Address
Kota Kinabalu
Kinabalu
88400