Ustaz Haji Muhamad Rafee
Jom Berzakat (Lembaga Zakat Selangor)
25/11/2023
Jom Ikuti Edisi MAIS..
Pelbagai kupasan menarik nengenai isu-isu semasa
"MERAWAT LUKA SEMALAM"
https://mais.gov.my/e-edisi/?p=1996
Bagaimana masyarakat mahu tentukan individu yang masih sihat tubuh badan, samada layak terima zakat?
Dalam hal ini Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menukilkan secara agak terperinci kriteria seseorang yang dianggap mampu bekerja dan tidak boleh memperolehi bahagian zakat yang diperuntukkan dalam kategori fakir atau miskin.
Kriteria tersebut adaah :
Punya pekerjaan yang boleh menampung sara hidup (seharian)
Kerja yang dilakukan adalah halal di sisi syarak
Pekerjaan yang dilakukan tersebut tidak bermasalah dan tiada halangan yang luar biasa dari ianya dilaksanakan.
Kerja tersebut mestilah juga sesuai dengan keadaan, kedudukan, maruah mahupun status sosialnya.
Pendapatan yang diperolehi dari pekerjaan itu cukup untuk membiayai diri dan keluarganya.
Justeru, kriteria ini boleh dijadikan panduan alam kita mengusahakan bantuan ataupun menyalurkan zakat meskipun penerima itu mempunyai kesihatan tubuh badan dan ada pekerjaan. Di Wilayah Persekutuan, pihak Baitulmal akan membuat pemeriksaan dan penilaian berdasarkan had al-kifayah (had kecukupan perbelanjaan) dan situsai semasa pemohon zakat dan beberapa aspek lain yang dipertimbangkan.
Kisah Keengkaran Sahabat Nabi Muhammad SAW?Tha'labah?
Masyhur di kalangan para penceramah dan pendakwah darihal kisah Tha'labah bin Hatib r.a yang dikatakan seorang yang enggan membayar zakat lalu dihukumkan sebagai munafik. Beliau pernah meminta kepada nabi SAW agar mendoakannya supaya Allah SWT menambahkan lagi rezekinya. Seusai nabi s.a.w berdoa untuknya maka beliau dikurniakan dengan kambing yang beranak pinak seumpama tumbuhnya ulat sehingga dikatakan kota Madinah hampir sesak dan terasa sempit untuknya. Lantas, kekayaan itu? menyebabkan Tha’labah tinggal berjauhan di desa dan mula sedikit demi sedikit meninggalkan solat berjemaah bahkan solat Jumaat dek kerana kesibukannya. Tiba masanya Nabi s.a.w mengutus utusan bagi mengutip zakat dari Tha’abah dan Bani Sulaiman. Malangnya, dikatakan Tha’albah menolak dari memberi zakat kepada utusan Baginda s.a.w. Setelah baginda s.a.w mendapati utusan p**ang dengan tangan kosong lantas, Baginda Nabi s.a.w bersabda :
“Celaka engkau wahai Tha’labah! Sedikit yang engkau syukuri itu lebih baik dari harta banyak yang engkau tidak sanggup mensyukurinya. Apakah engkau tidak s**a menjadi seperti Nabi Allah? Demi yang diriku di tangan-Nya, seandainya aku mau gunung-gunung mengalirkan perak dan emas, niscaya akan mengalir untukku? [Riwayat Ibnu Jarir dalam Jami?ul Bayaan (VI/425 no. 17002), ath-Thabrani dalam al-Mu?jamul Kabir (VIII/218-219, no. 7873), ad-Dailamy, Ibnu Hazm dalam al-Muhalla (XI/208) dan al-Wahidi dalam Asbaabun Nuzul (hal. 257-259)]
Walaubagaimanapun dia telah bertaubat akhirnya, tetapi Nabi s.a.w tetap tidak mahu menerima zakatnya. Pada zaman Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman r.anhum juga tidak mahu menerima zakatnya kerana nabi SAW tidak menerimanya dahulu. Ini dikeranakan kisah ini dikaitkan dengan turunnya firman Allah SWT daripada surah at-Taubah ayat 75-76 bermaksud:
“Ada di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah dengan berkata: Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, tentulah kami akan bersedekah, dan tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh. Kemudian setelah Allah memberi kepada mereka daripada limpah kurniaNya, mereka bakhil dengan pemberian Allah itu, serta mereka membelakangkan janjinya; dan sememangnya mereka orang-orang yang sentiasa membelakangkan (kebajikan).”
Kenapakah Golongan Mangsa Banjir Layak Terima Zakat? Apa Kriteria Kelayakkan mereka?
Antara kriteria penerimaan zakat oleh golongan al-Gharimin adalah kedudukan mereka terpaksa berhutang untuk diri sendiri atau orang lain. Dr Yusuf al-Qaradhawi menyatakan : “Terlebih khusus untuk dimasukkan dalam golongan asnaf al-Gharimin ini adalah mereka yang dikejutkan dengan bencana alam yang menyebabkan mereka hilang atau keputusan sumber pendapatan dan menyebabkan mereka terpaksa berhutang kerana bencana tersebut disebabkan keperluan mendesak terhadap diri dan keluarga mereka maka hukumnya dibolehkan zakat untuk mereka.” [Fiqh zakat 2/622]
Imam Mujahid membahagikan al-Gharimin secara umumnya kepada tiga kump**an :
Pertama : Mereka yang hartanya hilang atau hanyut kerana banjir.
Kedua : Mereka yang musnah hartanya akibat kebakaran.
Ketiga : Ketua keluarga yang mempunyai tanggungan namun tiada harta atau punca pendapatan baginya untuk menaggung keluarganya.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Lot 1228
Klang
42100